Jenis-Jenis Durian Di Malaysia
Peminat-peminat durian sudah pasti tak boleh duduk diam bila sampai musim durian ni. Durian pula ada bermacam-macam jenis. Jangan cakap peminat tegar durian kalau belum kenal jenis-jenis durian yang ada di Malaysia. Mungkin ada lebih lagi jenis durian ni. Perkongsian ini sebenarnya sekadar memberi info kepada orang ramai terutama yang memang meminati durian. Mungkin tercari-cari jenis-jenis durian tertentu. Cumanya aRz kongsikan beberapa jenis jela secara santai.
Di antara jenis-jenis Durian yang terdapat di Malaysia adalah
Di antara jenis-jenis Durian yang terdapat di Malaysia adalah
- Musang King (Mao Shan Wang),
- Golden Pheonix,
- XO,
- D24,
- D13,
- D1,
- D101,
- Red Prawn,
- Green Bamboo,
- Black Pearl
![]() |
Google Image Taktau nak kredit kat sapa |
Kat atas merupakan antara jenis-jenis Durian yang terdapat di Malaysia. Mungkin ada banyak lagi jenis. Bak kata member sorang tu "macam mana hang tau durian ada 10 jenis ja" haaa.....pening kepala nak jawab. Boleh baca lebih lagi dalam gambar atas tu.
Untuk pengetahuan semua aRz bukan seorang peminat tegar durian. Masa kecil dulu...Ya....memang peminat tegar. Bila semakin meningkat umur bau durian contohnya kalau terperap dalam kereta atau tempat tertutup boleh pening.
Cara Makan Durian
Baik dah tahu mengenai jenis-jenis durian kan...apa kata sekarang kita baca sikit cara makan durian. Sesetengah manusia memang suka makan durian saja tanpa dicampur dengan makanan lain. Kalau campur campur tak ada "aumm". Sesetengah manusia pula suka makan dengan pulut, makan dengan cendol (boleh baca sini Cendol Pulut Kuala Terengganu ), ada juga makan bersama nasi digaul-gaul letak garam dan gula sedikit ( ini kesukaan masa kecil dulu), ada juga dibuat serawa, atau boleh juga di buat cucur durian dan lain-lain. Banyak sebenarnya cara nak makan durian ni....
![]() |
Durian dan pulut |
Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan Durian
Mungkin kita selalu fokus pada jenis buah durian lepas tu nak buat apa dengna durian samada makan saja atau buat menu lain tetapi......kita selalu lupa perkara yang perlu kita elak lepas dari makan durian.
Sebelum tu tolong fahami bukan semua orang suka bau durian. Bagi orang yang tak makan durian ni bau dia boleh jadi pening. Itu baru bau...bukan bau yang datang dari dalam mulut kita....kalau keluar dari mulut kita atau dalam bahasa lain sendawa bau dia sangat...pffffttttttttt
Antara perkara yang patut kita elak selepas makan durian adalah
- Elakkan bercakap sambil menghembuskan nafas, atau bercakap dekat dengan orang lain. Sebabnya kita tak tahu samada kawan kita ni suka durian atau tak.
- Solat tanpa mencuci mulut sebersihnya terlebih dahulu. Bila solat berjemaah kita memang berdiri dekat-dekat kemudian sendawa..tolong k. Melainkan kita solat bersendirian. Tapi berjemaah kan lebih baik.
- Jangan hisap rokok selepas makan durian. Dua benda ni bila bergabung dalam mulut memang bau yang dihasilkan sangat teruk.
- Jangan makan ubat. Fakta ini tak pasti sahih atau tidak tapi ada geng-geng senior pesan sesama depa.
- Jangan buat-buat lupa bayar selepas makan durian. Almaklumlah durian balik pulau boleh cecah seratus lebih untuk 2 biji.
- Jangan lupa tapau untuk anak bini. :)
Setakat itu saja pesanan perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian. Dah kenapa asyik cerita bab durian ni?
Kebetulan tengahari tadi ada sedikit majlis jamuan makan durian bersama pulut. Durian ini kalau tak silap durian biasa-biasa, bau pun tak kuat sangat. Ada ang awarna kuning terang ada yang warna lesu. aRz pilih yang warna lesu saja. Kebiasaan yang warna lesu ni bau dia kurang sikit.
![]() |
Jom makan durian |
Sememangnya kaki kaki durian tersenyum dapat makan durian macam ni. Bagi yang tak boleh bau durian pula muka tengok jela. aRz pula rasa juga beberapa ulas. So far hari ini tak terasa pening atau nak muntah bila makan.
![]() |
Cik Puteri dan Durian |
Ini pula gambar Cik Puteri semalam dengan durian. Rezeki Mama Cik Puteri nak makan durian ada pula yang jual depan rumah. Beli kan satu tapi rasa macam mahal. Sebelum masuk ke rumah ada seorang budak umur lebih kurang 6-7 tahun melintas dengan tiba-tiba saja dia pesan
"Pakcik hati-hati durian ni duri tajam nanti kena dia" sambil tunjuk ke Cik Puteri. Tergamam. Walaupun rasa macam nak tergelak tapi tak salah dia beri nasihatkan??
Ok setakat ini saja. Semoga memberi manfaat buat semua. Jumpa Lagi
Comelnya budak tu pesan suruh hati-hati :)