Kisah Teladan Penjaga Parking | Hak Milik Allah
Kisah teladan seorang penjaga parking yang bila dengar bagaikan lucu tapi memberi teladan dan pengajaran yang baik yang mengingatkan kita akan semua yang kita punya adalah hak milik Allah. Kisah atau cerita ini sebenarnya dikongsikan oleh Ustaz Ferdaus Shahul Hamid di sebuah majlis ilmu. Kisah seperti ini bagus dikongsikan hari ini di mana kita hari ini telah masuk di zaman serba canggih dan penuh teknologi yang menjauhkan kita dengan Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Jom baca kisah Penjaga Parking sebagi satu motivasi buat diri sendiri.
![]() |
Google Images |
Kisah Teladan Penjaga Parking
Kisahnya mungkin agak melucukan tetapi bila difikirkan balik ianya ada mesej yang tersirat. Ianya mengingatkan kembali kepada kita mengenai diri kita cumalah Hamba Allah. Perkongsian ini juga sebagai satu peringatan kepada diri saya yang kerdil dan lemah yang kadangkala terlupa dan hanyut disebalik nikmat yang Allah kurniakan.
Penjaga Parking biasanya menjaga pelbagai jenis kereta daripada yang murah sehingga yang paling mahal dan mewah. Mungkin ada kereta yang kita mungkin tak dapat memilikinya mahupun tengok secara live. betul tak? Penjaga parking ada 3 sikap yang sangat baik yang tak mungkin kita mampu lakukan. Apa 3 sikap tersebut?
1. Penjaga parking menpunyai banyak kereta murah, sedang mahupun terlalu mahal tetapi beliau tidak berbangga dengan kereta yang banyak tersebut. Betulkan...? sebab kesemua kereta itu bukan miliknya.
2. Penjaga parking tidak pernah kisah bila mana kereta tersebut diambil semula. Selepas membayar parking beliau benarkan kereta tersebut diambil semula. Betulkan...? sebab kereta itu bukan miliknya.
3. Penjaga parking mempunyai banyak kereta samada murah atau mahal dia tetap amanah menjaga keselamatan kesemua kereta dibawah jagaannya. Betulkan.....? sebabnya kereta itu bukan miliknya tapi diamaanhkan untuk menjaganya.
Semua Yang Kita Miliki Hari Ini Bukan Milik Kita Tetapi Milik Allah
Kisah penjaga parking diatas memang macam agak lucu lawak, sebabnya memanglah semua kereta bukan miliknya. Cuma yang ke-3 agak logik sikit sebba menjaga amnah yang diberikan. Tetapi teladan iktibar serta pengajaran yang kita boleh belajar dalam kehidupan kita hari ini setiap yang kita punya hari ini tidak kira apapun adalah hak milik kepunyaan Allah S.W.T.
"setiap yang kita punya hari ini tidak kira apapun adalah hak milik kepunyaan Allah S.W.T"
Rumah, kereta, isteri, anak-anak, jiran, tanah, wang ringgit, termasuk wajah yang cantik, nafas, oksigen segala nikmat adalah kepunyaan Allah dimana satu hari nanti akan diambil oleh Allah S.W.T semula. Perlukah berbangga dengan jawatan yang kita pegang hari ini? Perlukah berbangga dengan harta yang kita miliki hari ini? Perlukah berbangga mempunyai isteri cantik dan anak-anak yang cantik serta bijak?
Maka mulai hari ini anggaplah kesemua yang kita miliki hari ini merupakan pelaburan untuk masa hadapan. Gunakan segala kelebihan yang Allah berikan hari ini untuk kebaikan dimasa hadapan. Tepuk dada jangan ditanya diselera, Sebab selera tak pernah merasa cukup. Tetapi tanyalah iman. Sekadar berkongsi mudah-mudahan memberi kebaikan buat diri ini dan yang membacanya.
Sharing is caring kan....
Hatta kuku kita yg dipotong saban minggu pun bukan milik kita
Apa lagi nyawa dan semua anggota tubuh badan dan harta kita.
Akan tiba masanya semuanya kita tinggalkan atau sebaliknya ia meninggalkan kita.