Cara Langgan Channel Prebiu Astro Percuma 48 Jam
Khas untuk pelanggan Astro terutamanya yang melanggan Family Pack yang paling basic. Semestinya nak tahukan macam mana nak langgan Prebiu Astro Superpack secara percuma dalam tempoh 48jam? Kalau nak subscribe setiap bulan rasa macam mahal sangat nak bayar. Jadi bolehlah cuba cara yang bakal aRz kongsikan ini.
![]() |
Prebiu Astro Superpack (langkah 1) |
TERBARU >> CARA LANGGAN ASTRO PREVIEW PERCUMA 48 JAM SELEPAS DEKODER ASTRO DINAIKTARAF <<<
Langgan Prebiu Astro Superpack Selama 48jam
Apa yang bakal dikongsikan ini memberi keuntungan khas kepada yang mengambil atau subscribe basic pakej Astro atau Family Pack. Sebabnya kalau korang dah ambil semua channel macam mana nak dapatkan prebiu ni kan??
Terdapat banyak pakej yang disediakan dan anda boleh mencuba satu persatu ikut langkah di bawah.
1. Sila ke channel 200 kemudian akan keluar seperti gambar diatas sekali.
2. Pilih Pakej Berkas. JANGAN terus pilih pakej....ikut langkah ke 3
![]() |
Prebiu Astro Superpack (langkah 2) |
3. Nampak tak butang hijau tertulis PREBIU di bawah screen anda?....klik butang hijau di Remote Control.
![]() |
Butang Hijau ( Langkah 3) |
4. Pilih 3 pek mini pilihan anda....Tengok gambar di bawah ini yang aRz pilih. dan tekan TERUSKAN
![]() |
Langkah 4 |
![]() |
Langkah ke 5 |
Dalam 5 minit anda akan dapat menonton siaran pilihan anda selama 48 jam. Amcam menarik tak? Mana tahu ada yang masih bercuti dapat layan tayangan percuma seperti siaran HBO, FOX, Mustika Discovery Channel dan sebagainya.
PERHATIAN Sila ikut langkah demi langkah dengan betul. Selamat menonton dan beristerirehat.
Tiada caj dikenakan. Selepas 48jam anda boleh mencuba Superpack yang lain pula. Sampai bila? Entah....
Cubalah...Jangan lupa kongsikan cara ini kepada rakan dan sanak saudara....jangan tonton sorang-sorang.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen di bawah.
Jumpa Lagi