Tempat Menarik | Lombong Cantik Pulau Pinang

Tempat Menarik Di Pulau Pinang | Lombong Cantik Guar Perahu 

Lombong cantik dan menarik di pulau pinang yang lebih dikenali sebagai lombong guar perahu atau lombong air biru. 

arzmoha, lombong, cantik, gambar cantik, kehijauan. tempat menarik
| arzmohdhaniffa photography | Lombong terbiar yang cantik

Salam. Pernah tak melihat lombong yang cantik? Kebiasaannya lombong di Malaysia ni airnya langsung tak menarik. Tetapi tempat yang aRz lawati ni lain dari yang lain. Nak tau kat mana dan nak tengok gambar lain?


Menjejak Lombong Yang Cantik

Wujudkah lombong yang cantik di Malaysia ni? Dengan air kaler kehijauan kebiruan. Biasa kita lihat air yang kehijauan dan kebiruan ni di laut. Macam di Pulau Perhentian, Tioman, Pulau-pulau di Sabah. Asal terjadi penjejakan ke tempat ni adalah dari idea rakan sekerja. Dia jeles dengan rakan dia yang upload gambar selfie kat sini. Kemudian dia pula cerita kat aRz. 

Dalam hati " buang tebiat ka apa, mana ada lombong yang cantik"

Baik kalau betul jom kita pi jejak. Set punya set akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Rancang jam 8 pagi jumpa di Jetty Seberang. Maksudnya aRz kena kuar dari rumah paling kurang jam 730 pagi.

Perjalanan Ke Destinasi


Malam sebelum bertolak. Cik Puteri macam tau abah nak tinggal. Malam tu usaha tak tido. Layan tv sampai 230pagi. Abah dah ngantuk. Esok nak bangun awal. Pujuk punya pujuk akhirnya tido juga.

"Tutttt" Masuk mesej whatsapp tepat jam 7 pagi. Dah lambat. Tak sempat sarapan gayanya. Siap-siap terus ke Jetty. Member mesej "mana bro"

"Flight Delay" aRz balas. :P

Feri Pulau Pinang ni macam biasa. Bila nak cepat slow ja dia bergerak. Bila nak feel lama-lama. Sat saja sampai. Sambil feri yang bergerak macam Siput Sedut ni sempat ambil gambar dulu.

Feri, Penang, Lautan, permandangan, gambar cantik, arzmoha, tempat menarik
| arzmohdhaniffa photography | Permandangan dari atas Feri
Feri, Pulau Pinang, Laut, Gambar Cantik, arzmoha,
| arzmohdhaniffa photography | Dari tingkat atas Feri Pulau Pinang

Feri, Pulau Pinang, Laut, Permandangan, Gambar Cantik, arzmoha
| arzmohdhaniffa photography | Feri Pulau Pinang

Penang, Port, laut, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Penang Port

Bila tengok penang port, teringat masa kecil kata yang ni Dinosour. Zaman kanak-kanak kan? Semua di imaginasikan.

Sampai saja di jetty sebelah tanah besar ( seberang jaya) mula rasa gelabah. Berapa lama tak naik feri sampai banyak yang dah berubah. Member kata dia tunggu tempat bas lama. Masalahnya tempat ni dah lain. Rupanya kalau nak ke tempat bas lama perlu masuk ke dalam tempat jual tiket ada pintu keluar kat sana. Buat malu orang penang.

Tanpa berlengah member aRz memecut dengan kelajuan 110km/j dengan superbike dia. Sampai di Tasek Gelugor parking superbike naik kereta member sorang lagi. Naik kereta selamat sikit. Sebab kita tak tau kat tempat tu ada anjing ka, binatang berbisa ka, perompak ka, nama pun lombong kan mana ada orang dok kat sana.

Lokasi sebenar aRz akan beritahu dalam entri seterusnya. Bukan entri ini. Sabar ya. Jalan tanah besar ni aRz bukan cekap sangat. Duduk ja dalam kereta ingat nak tidoq dulu, member kata dah sampai. Cancel tidoq.

Sampai Lombong Cantik


Cuaca memang panas. Baru jam 10 pagi. Nampak gaya memang balik kena beli Qu Puteh haha. Sampai ja dah tak sabar nak tengok betul ka cantik sangat kawan ni. Pulun panjat tempat tinggi.

shoot, gambar cantik, bukit berbatu
 | arzmohdhaniffa photography | View dari atas.

Kawasan ni memang dipenuhi dengan batu. Kalau ke sini hati-hati sikit sebab batu ni boleh pecah. Membe kata batu kiwi. Tak pasti kesahihannya. (gambar atas) Sorang dah bersedia, sorang lagi tengah test camera.

kolam, lombong, kering, panas melampau, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Kesan kekeringan akibat cuaca panas

BUkit, arzmoha, gambar cantik
Terima Kasih kawan atas gambar ini. 

Bila pergi berjalan atau trip mana-mana sebaiknya minta rakan atau member tolong snapkan gambar. Dalam trip ni takpayah suruh memang depa ni rajin. Nampak macam Goku dok bertapa sambil berdiri.

Kegigihan, panjat bukit, hiking, gambar cantik, arzmoha,
| arzmohdhaniffa photography | Kegigihan

Kesungguhan, panjat bukit, hiking, gambar cantik, arzmoha,
| arzmohdhaniffa photography | Kesungguhan

Nampak tak gambar dua kat atas ni. Kegigihan dan kesungguhan mendaki bukit. Baik yang ni berlakon ja. Tak payah susah-susah nak panjat macam ni. Memang dah ada jalan cuma kena hati-hati sebab lincin dan batu mudah pecah.

Permandangan Sekitar Kawasan Lombong

Layan gambar dulu.

Lombong Cantik, gambar cantik, arzmoha, photography, landscape
Indahnya Melihat Alam Ciptaan Allah SWT

Gambar cantik, arzmoha, lombong dengan air kebiruan

lombong, gambar cantik, arzmoha, photography, landscape, awesome place in penang, penang,

Lombong, kehijuan, penang, gambar cantik, arzmoha, landscape,

Lombong, arzmoha, gambar cantik, landscape, penang, tasek gelugor

lombong, gambar cantik, landscape, photography, penang, must visit, pokok, place,
| arzmohdhaniffa photography | Pokok di kawasan bukit
Sebaiknya saya cadangkan jika ingin ke kawasan ini. Datang awal pagi. Kawasan ni kurang sangat pokok. Kalau ada pun masih kecil. Panas? Ya dalam musim yang kurang hujan seperti sekarang. Memang panas sangat. Jangan lupa bawa air. Baik rasa cukup setakat ini dulu. Tunggu entri seterusnya dalam minggu ini juga. Saya kongsikan map dan gambar lain.

Jumpa Lagi.

{ 60 comments.. read them below or add one }

syira yaya syira yaya 11 Mar 2015, 05:52:00
Tak sangka ada lombong yg cantik..hihi.
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 11 Mar 2015, 06:40:00
tak sabar nak tau dimana lokasi lombong cantik ni...
Nurul Shahira Nurul Shahira 11 Mar 2015, 07:57:00
Patutnya tajuk Son Goku di pergunungan lombong, ekeke :D
Kawasan rumah lama Sha dulu pun air lombong dia kaler hijau biru-biru jugak. Tapi, view dia tak adalah secantik dalam gambar ni. :)
Nik Ainaa Nik Ainaa 11 Mar 2015, 11:46:00
ingtkn sunggh2 kena pnjat =P tp memng cantiklah. xsngka Malaysiaku >_<
Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL 11 Mar 2015, 12:21:00
org yg minatnya 'menembak' ni memang suka cari sesuatu yg mencabar..baru la hasil lain dari kebiasaan..kan Arz.

singgah dari #exchangefeedgroup
Miss Xyz Miss Xyz 11 Mar 2015, 12:49:00
MasyaAllah, cantiknya.. rasanya Malaysia ni byk hidden beauty, eheh
cikpinz cikpinz 11 Mar 2015, 13:21:00
kena tunggu entri satu lagi baru dapat tahu kat mana lombong ni.
SalbiahM SalbiahM 11 Mar 2015, 13:57:00
cantiknya!tapi gaya panjat bukit tu macam iye-iye je..haha
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 11 Mar 2015, 14:25:00
mggu dpn sy ke penang boleh laa terjah tmpt ni
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 11 Mar 2015, 14:51:00
Jangan lupa makan Qu Puteh, barulah putih.. hehe
Tak payah pergilah tempat ni, tengok gambar Arz upload ni pun dah ok..(punyalah malas, padahal dah dekat pun,haha)..
over plak aksi memanjat tu.. iya..iya ingat kena panjat bagai.. haha

Ops, lupa plak.. hai..salam kenal.. hehe.. jemput singgah my blog.. :D
http://syidamenulis.blogspot.com/
anajingga anajingga 11 Mar 2015, 15:30:00
wah mencabar juga nak dapatkan view yang cantik kan aRz, tapi memang berbaloi lah dgn hasil foto yang sgt indah..

singgah dari #exchangefeedgroup
Norniwanie Nasarudin Norniwanie Nasarudin 11 Mar 2015, 15:58:00
Cantiknyaa...orang kalau ada ilmu fotografi ni, ambil gambar apa pun cantik kan..apa pun tak sangka ada tempat secantik ni kat sini.. ^_^
aRz MoHa aRz MoHa 11 Mar 2015, 21:17:00
alhamdulillah dah singgah. salam kenal
zarul farhana zarul farhana 11 Mar 2015, 22:47:00
ehhh area mana ni.... xpernah tahu pon
Harith Iskandar Harith Iskandar 11 Mar 2015, 23:47:00
wow cantiknyer tp sy rasa mcm bahaya jerk tempat ni..kalaulah xhati2 kan...mmm xdpt bayangkan trjatuh kat dlm tu
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 12 Mar 2015, 07:29:00
Wah teruja tengok..mmg cantik..biasa klau bercerita bab lombong mesti tempatnya tak berapa nak cantik.first time tgk lombong cantik
miminadam miminadam 12 Mar 2015, 11:20:00
cakap pasal lombong, rasa macam nak belek buku sejarah pulak. hihi. cantiknya lombong ni
Dr Singa Dr Singa 12 Mar 2015, 11:35:00
cantiknya!!!!!!

kalau dekat..
pasti saya pergi!!!!!!

cantik lah gambar tu awak!!!!!!
Deanna Morni Deanna Morni 12 Mar 2015, 14:21:00
betul...memang chantek lombong nih....gambar pon chantek..hihih
zarul farhana zarul farhana 12 Mar 2015, 15:35:00
saya suka shoot setiap pic... cntik la... pakai kamera apa ni...
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:06:00
wooot woot..beri laluan beri laluan...lori balak nak lalu nih heee
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:07:00
bukan flight delay tapi pilot baru bangun tido!
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:08:00
cameraMAN,,,kalau guna cameraWOMAN mmg x cantik!
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:09:00
lombong tu nampak cantik sbb airnya warna biru kehijauan...cer kalau air nya warna teh susu....MARI MINUM!!!!!
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:12:00
kak Lya tak nak tanya aRz ke..apa rahsia kecantikan lombong tu..pakai Q Puteh ke aahahaah..kalau betul JM pun nak!
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:14:00
x perlu risau...aRz kan ada
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:16:00
sediakan domino pizza ke..baru BEST nk singgah hehehe
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:20:00
feri gerak seperti siput sedut? dah tua sangat dah tu...suruh pencen cepat lah..dh x boleh buat keje tu...cukuplah usia sampai 60 tahun je hihih
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:26:00
waduhh...mencabar jugak nk ke lombong nih dari naik feri, superbike, kereta...cehh...buat saspen je..cakap je lah terus lokasi tu..
Jari Manis Jari Manis 12 Mar 2015, 21:33:00
jika ke sini pastikan jgn pakai selipar Jepun je pakai!

yes! Goku berjanggung heee

tgk air hijau kebiruan tu raya cam nk terjun ramai2 jika cuaca panas mcm tu
Farrah MF Farrah MF 15 Mar 2015, 16:04:00
Indahnyaaaaa! Kegigihan+kesungguhan dpt captured lombong cantek!
Farrah MF Farrah MF 15 Mar 2015, 16:06:00
Berjanggung,sis? Ohh, mashed up perkataan janggut & jambang ke? ;)
aRz MoHa aRz MoHa 15 Mar 2015, 16:44:00
itu buat gigih dan sungguh ja kak farrah. sebenarnya ada jalan yang mudah...tak perlu pun panjat macam tu :)
Bunda a.k.a KN Bunda a.k.a KN 19 Mar 2015, 11:06:00
Memang cantik...kena pulak teknik photography yang profesional...yang paling kagum tengok dua gambar yang last tu...macam peta dunia..
Nurul Hidayah Nurul Hidayah 20 Mar 2015, 15:09:00
pic nya cantik2.. sentuhan pro la katakan :D
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 26 Mar 2015, 03:04:00
Arz duduk kawasan seberang eh ? huhuhu.. mmg pun fery tu.. nk tnggu dah satu hal.. pastu cepat lak smpai. xdan nak feeling. time nak cepat lama tnggu huurm cem kekure.. sapa yg rajin naik je faham ehehe..

laaaahai mana tmpt ni Arz oi.. tp cem seram je kalau perempuan pi.. owh iols is paranoid sket benda2 mcm ni.. but the sceneries r great..!! cantik2..
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 26 Mar 2015, 03:04:00
bhahahhaa nak komen gitu gak tapi nmpak cem real pun ye gak.. hihi..
aRz MoHa aRz MoHa 26 Mar 2015, 20:50:00
saya duduk atas kerusi hihi
saya tinggal area pulau CT
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 08:59:00
Ehhhh.... Nak salam kenal jugak laaa kat Suida...
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 09:00:00
Mimpi kapal terbang terhempas agaknye...
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 09:01:00
Biru memang cantik JM.... Merah itu garang...
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 09:03:00
Kamera yang terbaik adalah kamera yang kita sedang ada di tangan...
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 09:05:00
Area umah SS pon ada lombong cantik... Siap dah masuk paper... Tapi sampai skrg tak ada kesempatan nak pegi... Lepas tgk gambar aRz ni rasa nak terjah jugak one fine day....
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 09:06:00
Jarang ada photographer gigih... Boleh join national geographic!
Yun Sing Yun Sing 1 Sep 2015, 23:16:00
Laa.. Kawasan seberang, patutlah tak tau 😂 bolehlah pergi "melancong" nanti haha
Yun Sing Yun Sing 1 Sep 2015, 23:17:00
Laa.. Kawasan seberang, patutlah tak tau 😂 bolehlah pergi "melancong" nanti haha
Dunia Zumal Dunia Zumal 1 Sep 2015, 23:35:00
Boleh camping atau picnic kan ^-^
sakura 8554 sakura 8554 3 Sep 2015, 17:16:00
Tempat ni dah jadi viral..nak kena p usha jugak kawasan ni...tunggu cuti kita serbu..hehe
khairul fazril khairul fazril 1 Nov 2015, 12:02:00
kalau xsilap LA..tempat ni dinamakan TASIK BIRU..dengar2 org yg biasa p sana..start jam 5petang-7malam..petang-7malam..permandangan kat situ memang TERRRRBAEKKK LA..jom pakat2 p usha..
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 5 Sep 2016, 17:07:00
gmbr ini la yg digunakan page popular tu siap padam watermark.. huhuhu

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih