Dikala Musibah Kematian Berlaku

Salam. Musibah dan kematian datang pada bila-bila masa sahaja. Ianya datang dengan izin Allah. Seperti pepatah melayu "malang tidak berbau" betul kita tidak tahu bila sesuatu musibah itu akan berlaku. Ia sangat dekat dengan kita.

Kebiasaannya hari sabtu aRz biasa paparkan entri "Sabtu Yang Ceria". Hari ini bukan aRz tak sempat karang cumanya aRz tangguh seketika kerana bagi menghormati kawan sekolah yang pergi menghadap Illahi semalam. aRz sempat bertemu arwah 4 atau 5 bulan lepas. Langsung tiada tanda-tanda sakit yang serius walaupun aRz tahu dia sedang menghidapi "leukimia".

Pagi tadi whatsapp group sekolah, dikejutkan dengan berita pemergian arwah. Memang agak terkejut memandangkan semalam juga salah seorang dari rakan pejabat aRz REBAH di pejabat dalam jam 9 malam. Sebelum itu kami sama-sama berlatih bermain badminton. Mujur masa rebah dia sempat lagi hubungi salah seorang dari rakan pejabat yang lain. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku sebab dia adalah orang yang terakhir di pejabat.

Jadi teringat tentang dua kejadian yang berlaku musibah dan kematian kita disarankan untuk mengucapkan

Ucapan Ketika Berlaku Musibah/Kematian/Kehilangan 

Innalillah, Ucapan musibah, Islam itu indah,
Innalillahi wainna ilaihi rojiun

Ucapan ini bukan sahaja bila adanya kematian, tetapi juga ketika berlakunya musibah walaupun musibah yang kecil. Seperti kehilangan barang, kehilangan selipar, terjatuh atau sebagainya. Musibah itu boleh juga dimaksudkan sesuatu yang menimpa umat Islam yang menyusahkan dirinya juga dianggap sebagai musibah.

Kita ada masa yang lebih kita dengar penerangan di bawah oleh Ustaz Azhar Idrus.


Jumpa lagi




Comments

  1. innalillahiwainnailaihirojiun. :'(

    ReplyDelete
  2. salam Takziah aRz, janjiNya Pasti.

    ReplyDelete
  3. innalillahiwainnalillahiraji'un..

    ReplyDelete
  4. memang kadang2 tu mengejut sangat.. pengajaran buat kita.. kena sentiasa bersedia..
    takziah buat teman Arz tu.. moga ditempatkan dalam golongan yang dikasihi..

    ReplyDelete
  5. Innalillah.. I pun baru kehilangan kawan dan sedara baru2 ni..kematian itu pasti..

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah buat arwah...amin

    ReplyDelete
  7. semoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman.. amin..

    ReplyDelete
  8. al fatihah
    salam takziah untuk keluarga arwah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih