LINE | Dapatkan Informasi Terkini

Salam. Hari Sabtu biasanya bagi yang dah berkeluarga seperti aRz, berehat dah lebihkan masa untuk melayani keluarga. Masa bersama keluarga itu penting. Jangan terlalu sibuk mengejar kekayaan, jawatan, popular sehingga lupa bahawa keluarga memerlukan kita disisi mereka.

Jadi, Hari Sabtu kebanyakkan ada yang membawa keluarga berjalan, makan-makan, membeli-belah, atau beriadah. Jadi macam mana nak dapat informasi terkini, diskaun, yang menguntungkan kita? Hari ini aRz nak kongsikan sikit apa yang aRz tahu. Seperti biasa Social Media adalah medan pengantara untuk menyampaikan informasi terkini seperti twitter, facebook, instagram. 

Dah follow Instagram aRz tak???

arzmoha, instagram, media social, follow instagram
Instagram | Nampak saja macam ni follow terus ya

LINE Dapatkan Informasi Terkini

Apa yang aRz nak bagitau hari ini adalah aplikasi LINE selain dari menjadi medan perhubungan tetapi LINE memberikan infomasi terkini seperti diskaun, sale dan macam-macam lagi. Macam mana nak install LINE. Kita hari ini boleh dikatakan semua menggunakan smartphone. Tidak kira apa jenis smartphone boleh install aplikasi ini di Play Store bagi pengguna Android.

line, android, free call, free message,
LINE free call and message

Sebelum ini aRz dapat diskaun RM 5 BHP Petrol dengan isian RM 30. Bebaloi tanpa keluarkan apa-apa modal. Orang bagi free guna jela, memandangkan era GST ni. Rugi atau untung?

Apa pula info terbaru yang aRz dapat?

GUARDIAN Malaysia 6% off

Kita hari ini di era GST setiap pembelian perlu ditambah 6% tapi bila ada diskaun seperti ini perlu direbut. aRz dapat info berguna ini melalui LINE. 

guardian malaysia, 6% off, line, android, shopping,
Guardian Malaysia | Diskaun 6% 

Apa yang aRz faham dari info ini. Berbelanja RM 50 atau lebih pada 19 April 2015 membolehkan kita mendapat Kad penjimatan 6% pada pembelian yang berikut sehingga 30 April 2015. Diskaun ini sangat berguna bagi yang membelanjakan wang untuk membeli supplement, barang kosmetik di Guardian Malaysia.

Beruntungkan? Adakalanya barang-barang di Guardian Pharmacy lebih murah berbanding di Supermarket. Guardian juga membuat promosi dari masa ke semasa. Jadi mengapa belanja lebih ketika boleh berjimat?

Untuk pengetahuan semua, Guardian Pharmacy juga tidak akan menjual mana-mana produk yang mempunyai unsur atau bahan yang merbahaya.

Selain dari pada tu boleh juga follow mana-mana akaun media sosial Guardian Pharmacy untuk mendapatkan info yang lebih jelas mengenai produk dan diskaun.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.

Jumpa Lagi.



Comments

  1. dulu akak ada install LINE ni tp dah delete...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orange mania ada bagi voucher RM 5 untuk yang bertuah. 3 kali saya dapat redeem jimat

      Delete
    2. Orange mania ada bagi voucher RM 5 untuk yang bertuah. 3 kali saya dapat redeem jimat

      Delete
  2. tak pandai laa pulak pakai LINE ni,. pernah jugak install

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak guna. Install dan add mana2 syarikat yang aRz minat untuk dapat informasi terbaru

      Delete
  3. kakcik pun ada LINE.tapi tak guna sgt pun hehehe

    ReplyDelete
  4. waahhh untungla.. ada lg ke promosi tu

    ReplyDelete
  5. Dulu ada line..skrg uninstall,lepaih ni nak install balik..hehe thnx arz

    ReplyDelete
  6. Dulu ada line..skrg uninstall,lepaih ni nak install balik..hehe thnx arz

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. kad jimat 6 % tu pun sis dpt dr guardian . kena guna sebelum 30 april ...

    ReplyDelete
  9. cn tak berapa pandai guna line ni ;)

    ReplyDelete
  10. sy join jg beberapa aktiviti yg dibuat tp pastu senyap je ;-)

    ReplyDelete
  11. saya xley download apps banyak2 kat handphone. sedih betul. hmm..
    tapi best ada diskaun2 ni... itu yang orang nak. haha

    ReplyDelete
  12. dah delete line
    macam tak berapa nak guna

    ReplyDelete
  13. Pernah dengar, tapi belum kesempatan nak cuba aplikasi nie... Thanks for the info...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih