Produk dan Kelebihan US Potatoes

Produk dan Kelebihan US Potatoes

Baru-baru ini satu seminar mengenai kelebihan ubi dalam diet harian oleh Dietitian Ms Khoo An Jo dan juga demonstrasi masakan oleh Chef Audee Cheah berasaskan Ubi yang berlangsung di The Wimbley A St Giles Hotel Penang. Antara perkara yang aRz faham adalah kebaikan ubi, kelebihan produk US Potatoes dan bermacam hidangan dapat disediakan berasaskan ubi. Di samping dapat merasai menu sihat menggunakan US Potatoes segar. Pernah dengar mengenai US Potatoes?

kebaikan us potatoes, produk us potatoes, kebaikan ubi kentang, hidangna berasaskan ubi kentang, fakta ubi kentang,
US Potatoes

US Potatoes dan kebaikan Ubi Kentang

Sebab apa perlu pilih US Potatoes sedangkan banyak lagi ubi yang terdapat di pasaran hari ini? Sudah tentu ada yang akan bertanya kenapa. Ada beberapa perkara yang menyebabkan US Potatoes sepatutnya menjadi pilihan untuk dihidangkan pada keluarga tersayang. Ianya kerana Kualiti Konsistensi, Nilai Nutrisi, Potassium dan Kepelbagaian.

US Potatoes merupakan sangat berkualiti tinggi ianya disebabkan oleh pokoknya dari biji benih yang melalui proses penilaian yang sangat ketat di US. Begitu juga dengan kosistensi ubi yang diambil di ladang mengikut USDA standard. Hasil yang diambil di ladang disimpan fasiliti yang direka dengan berhati-hati yang mana mengikut kesesuaian haba, cahaya, kelembapan dan pengaliran udara yang baik untuk memastikan ubi kekal segar.

Sedikit info mengenai ubi kentang. Ubi kentang bukan sahaja baik untuk dimakan tetapi baik untuk kesihatan. Ianya makanan yang sesuai kepada semua peringkat umur dan semua jenis masakan.

Kandungan kalori hanya 110 dan lapisan berdekatan lapisan kulit terdapat Vitamin C. Sepatutnya Ubi kentang di makan bersama-sama dengan kulitnya.

Di US sayur kegemaran bukan sahaja lemak, gluten dan juga tanpa kolestrol tetapi mestilah kaya dengan Vitamin C dan juga Potasium. Tahu tak Ubi mengandungi Potasium paling tinggi mengatasi brokoli, pisang dan juga tomato.

Ramai juga yang tidak sedar Ubi merupakan sumber terbaik Vitamin C. Ubi berukuran medium 148g mampu memberikan 30% Vitamin C untuk kegunaan harian. Begitu juga dengan vitamin B6 dan Protein.

Selain itu terdapat lebih 100 kepelbagaian ubi yang dijual di US. Jenis-jenis ubi kentang pula adalah :
  • Ubi Russet 
  • Ubi Merah ( red potaotes)
  • Ubi Putih (white potatoes)
  • Ubi Merah bulat (round red potatoes)
  • Yellow Flesh Potatoes
  • Blue Purple Potatoes
  • Fingerlings
Antara Kategori Produk US Potatoes

  • US Fresh Potatoes - antara boleh ini boleh dilihat seperti yang aRz kongsikan diatas jenis-jenis kentang.
  • US Frozen Potatoes - Wedges, shreds, hashbrown, termasuk curly, crinkle dan lattice fries
  • US Dehydrates Potatoes 

us potatoes product, us potatoes, produk us potatoes, hidangan berasaskan ubi kentang, ubi kentang,
Produk US Potatoes 
us potatoes product, us potatoes, produk us potatoes, hidangan berasaskan ubi kentang, ubi kentang,
Produk US Potatoes

us potatoes product, us potatoes, produk us potatoes, hidangan berasaskan ubi kentang, ubi kentang,
Waffle Cut Fries

Selain diterangkan kebaikan ubi kentang dan produk US potatoes, aRz juga dapat melihat sendiri bagaimana mudahnya Chef Audee Cheah menyediakan masakan mudah menggunakan produk US Potatoes. Nampak mudah tapi kalau aRz masak macam susah hehe...Menu hidangan yang disediakan memang sedap walaupun nampak simple dan mudah. Percaya tak makan ubi buatkan aRz tak makan nasi untuk hari tersebut. Memang kenyang.

us potatoes product, chef audee cheah, us potatoes, produk us potatoes, hidangan berasaskan ubi kentang, ubi kentang,
Chef Audee Cheah

Antara menu yang disediakan oleh Chef Audee Cheah adalah Chillis Flavoured US Potato Wedges in Lettuce Cups, US Potato and Prawn Kerabu, Kimchi Seaweed US Lattice Cut Fries, Curry Chicken Stuffed US Potatoes. 4 menu ini memang sedap. Yang menjadi pilihan aRz adalah US Potato and Prawn Kerabu. Memang betul-betul sedap berulang-ulang makan.

Chillis Flavoured US Potato Wedges in Lettuce Cups, kebaikan ubi kentang, hidangan berasaskan ubi kentang,
Chillis Flavoured US Potato Wedges in Lettuce Cups

Curry Chicken Stuffed US Potatoes, us potatoes, hidangan berasaskan ubi kentang, kebaikan ubi kentang,
Curry Chicken Stuffed US Potatoes

Kimchi Seaweed US Lattice Cut Fries, US Potatoes, hidangan berasaskan ubi kentang,
Kimchi Seaweed US Lattice Cut Fries

makanan dari US Potatoes, hidangan dari produk US Potatoes, US Potatoes, US Potatoes and prawn kerabu, kerabu udang dan ubi kentang,
US Potato and Prawn Kerabu
US Potatoes memang rasa kelainan dari ubi yang terdapat di pasaran yang kebanyakan dari China. Cubalah buat perubahan sekali mencuba US Potatoes memang terdapat kelainan dari segi kualiti. Sekiranya terdapat persoalan mengenai US Potatoes boleh rujuk di sini www.potatousa-malaysia.com

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Produk dan Kelebihan US Potatoes


{ 7 comments.. read them below or add one }

PeRdU cINta PeRdU cINta 3 Sep 2017, 19:16:00
Ubi kentang PC suka..masak sup tak pun rebus makan macam tu je..berkanji tu yang buat perut lambat rasa lapar.Boleh cuba juga ni US Potatoes.
aRzMoHa aRzMoHa 4 Sep 2017, 15:05:00
betul...sehari aRz tak makan nasi cuma makan kentang
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 5 Sep 2017, 23:14:00
sedap haih makan kentang.. tapi dapat frap green tea pun sedap jugak ni.. bilaaa la orang tu nak banjeee hahaha..
PERMATABIRU PERMATABIRU 6 Sep 2017, 16:51:00
buat potatoes waffer sedapp tabur cheese powder
azhani azhar azhani azhar 13 Sep 2017, 15:32:00
memang minat makan kentang..
biasa buat kentag goreng je guna kentang biase potng kecik2..
tapi menu kat atas ni jadi super special pula jadinya..

anajingga anajingga 13 Sep 2017, 20:16:00
kentang yang berkualiti ni memang baik untuk menu makanan sihat :)
dear anies dear anies 27 Sep 2017, 11:50:00
apa sahaja jenis mknn berasaskan kentang, semua sy suka kecuali bila kena suruh kupas kentang byk2 sbb nk buat karipap hahahah

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih