Tanpa Nama Lahirkan Anak

Pengalaman Kucing Beranak Selepas 25 Tahun

Pengalaman berhadapan karenah kucing sebelum dan selepas beranak. Kali terakhir 25 tahun yang lalu. Masa tu masih dibangku Tadika. Kucing ni bukan kucing yang dibela. Sebelum ini aRz ada kongsikan kisah aRz dan Cik Puteri isi waktu petang kami dengan beri makan kucing boleh baca disini Didik Anak Sayang Haiwan. Tapi entah macam mana ada hari yang aRz malas nak keluar hanya tinggalkan sedikit makanan depan pintu rumah. Akhirnya datang dua ekor kucing yang masih sedang membesar.

kucing, gambar kucing,
Tanpa Nama | arzmoha.com

Kucing Tanpa Nama Lahirkan Anak

Kucing inilah yang sentiasa berada di depan pintu rumah pagi tengahari dan petang. Seekor jantan dan seekor betina. Tak lama yang betina mula bunting. Dari awal sampai sekrang tak ada nama. Sebab niat bukan nak bela...Bila semakin hari semakin membesar perut...Celahan pintu pagar pun tak muat untuk menyelit. 

Dua minggu lepas, kerap masuk ke dalam rumah bila pintu dibuka. Mungkin sedang mencari tempat yang sesuai untuk beranak.

Sampailah beberapa hari lepas...dia masuk lagi...kali ini macam tak berapa larat sangat. Masukkan dia dalam kotak yang berisi kain dan tutup lampu. Tengok diam ja dalam tu...

Sampai tengah malam angkat kotak letak luar rumah. Takut dia bergerak ke atas katil atau dalam almari. Nanti lagi susah nak cuci. Esok paginya tak perasan samada dah beranak atau belum. Nampak diam ja dalam kotak. Tengahari balik dari kerja. Ada bau sesuatu. Bila tengok dalam kotak rupanya dah beranak.

kucing lahirkan anak, pengalaman hadapi kucing beranak, perkara yang perlu buat ketika kucing nak beranak,
Kucing Tanpa Nama Keletihan | arzmoha.com

Disebelah petang nampak dia masih letih....ditemani 3 ekor anak. Keletihan agaknya. Sebelah malam baru dia keluar dari kotak dan mula mencari makanan. Lega dia dah kuat. Dua jenis makanan sediakan untuknya makanan kering dan basah. Masa dia kuar makan baru boleh tukar kotak baru. Sebab kotak lama ada sisa uri dan bau busuk.

Semakin kuat | arzmoha.com

Inilah 3 ekor anaknya...maaflah gambar agak tak berapa ok. Tak mahu ganggu sangat, takut dibawa anaknya lari ke tempat lain. Lega sikit bila dah pindahkan ke kotak baru. Kalau tidak bau yang agak busuk sangat. Mula-mula agak cemas juga dibuatnya tengok kucing agak keletihan. Lalu bertanya pendapat pada rakan Blogger Utara ramai yang ada pengalaman antaranya Cik En, Yui, Kak Azi. Dah lama sangat tak bela kucing.

anak kucing

Lepas dah besar nanti pergilah kemana nak pergi. Tak mahu bela. Takut tak terjaga. Lagipun lepas dari kucing aRz mati akibat pertempuran dahsyat dengan kucing jantan lain memang dah tak mahu bela. Sekadar beri makan saja. Inilah sikit pengalaman yang ada.

Moga perkongsian yang berguna.

{ 11 comments.. read them below or add one }

Qaseh Vee Qaseh Vee 10 Sep 2016, 13:31:00
3 ibu kucing sis beranak . jadinya ada 11 ekor anak kucing . dlm bilik sis ni ada seekor ibu dan 3 ekor anaknya . kucing special sikit sbb x nak kuar bilik . klu kuar ikut tingkap pastu masuk balik ikut tingkap juga . klu buka pintu , dia tengok tanpa perasaan je . Agaknya sebab dia berbulu gebus kot , tu sbb perasan special ... heh heh heh ... yg lain , my anak buah yg jaga ... mknn memang ready 5kg utk 2 minggu ( 9 ekor dewasa ). pasir juga sentiasa sedia ... 8 ekor blm ada nama . my anak buah x tahu nak beri nama apa ... hahahahaaa ...
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 10 Sep 2016, 15:35:00
Adik Sha jenis kutip kucing yang datang dan bela. Sampai satu tahap dia macam dah malas. Maka sekadar bagi makan je dan biarkan kucing2 tu bebas berkeliaran. Tapi sedih, jenis asyik bergaduh, lepas tu badan luka jadi kurap. Serba salah pulak..
Nor Azimah Nor Azimah 10 Sep 2016, 16:15:00
Baik hsti arz ni, buat kebajikan terhadap binatang , dia doakan kita.
Abam Kie Abam Kie 10 Sep 2016, 21:48:00
kucing yg dtg ke rumah abe ni jenis liar. pas tu dia menjadi jinak. lama2 beranak pinak di sini plak..
zarul farhana zarul farhana 10 Sep 2016, 23:36:00
anak kucing comei2...
teringat dulu kecik2. bancuh susu..susu pekat manis tu bg kt ank kucing...
Mia Liana Mia Liana 11 Sep 2016, 10:20:00
cute2 je.... dulu pernah bela kucing sampai beberapa ekor. pastu bagi kat orang...
ayunie ramli ayunie ramli 11 Sep 2016, 11:11:00
Tkpe kucing bwk rzeki arz. Mek pn ade kucing yg tnpa nama mcm ni. Xbela tp bg mkn je. Dia pun liar. Tk dtg dekat org. Hr tu branak dlm lgkang. Mati 3 3. Sempat ambik bela tp ibu dia plak yg bongok tk nk mnyusu. Hmm..
Gee Lion Gee Lion 12 Sep 2016, 05:29:00
kucing ni pembawa rezeki, inshaAllah.
takpelah arz, buat apa yg terdaya utk membantu haiwan yg dlm kesusahan sebab selalunya mereka akan mendoakan kita.
selamat hari raya aidiladha buat arz sekeluarga ^_^
Pha Is Pha Is 13 Sep 2016, 09:47:00
ingatkan sapa la tanpa nama tuh..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih