Cik Puteri Bertemu Ibu Ana

Pertemuan Cik Puteri Dan Blogger Ibu Anajingga

Pertemuan Cik Puteri dan Blogger Anajingga sebenarnya tidak dirancang senang kata. Kebetulan bercuti bersama keluarga ke Marina Cove Resort (pengalaman bercuti ke Marina Cove Resort Lumut aRz cerita di entri lain) kalau ikutkan pelan asal kami nak ke Rockbound Fishing Chalet tetapi ada beberapa perkara yang tidak sesuai jadi terpaksa mengubah pelan Family Day kali ini. Tetapi alhamdulillah dengan program Family Day telah membawa kepada pertemuan dengan Blogger Ibu Anajingga yang berasal dari Teluk Intan.

bertemu blogger anajingga, cik puteri dan blogger anajingga,
Bersama Blogger Anajingga
Selepas dari family day pada hari ahad sepatutnya dah balik Penang tetapi kebetulan adik ipar dijangka bersalin pada hari Jumaat, jadi aRz dah pun memohon cuti sehingga hari Selasa. Memandangkan baki cuti masih banyak dan kalau nak ke Kajang sekalipun agak dekat. Kalau masih belum bersalin maknanya balik Penang dan batalkan cuti.

Alhamdulillah tepat pagi Jumaat adik ipar selamat melahirkan anak perempuan. Jadi mengikut pelan asal selepas family day terus ke Kajang. Sesudah sampai di kajang sempat whatsapp Kak Ana ( blogger anajingga ) bagitau yang ada di Kajang. Sebelum ini pernah juga nak bertemu tapi tak sempat ada beberapa perkara menyebabkan tak dapat nak berjumpa. Jadi pesan pada Kak Ana, tak berani janji tapi kalau betul-betul nak sampai dekat dengan tempat tinggal kak ana barulah aRz mesej semula.

Alhamdulillah pertemuan dipermudahkan, nak cari jalan ke rumah kak Ana pun mudah. Guna google maps. Inilah kali pertama bertemu selama ini hanya berkenalan di alam blog dan media sosial. Kalau dulu Kak ana yang rajin singgah di blog aRz, masa tu 'mood blogwalking' pun masih ke laut. Kak Ana juga seorang kakak, rakan, mentor yang tak henti-henti memberi nasihat, pandangan tanpa rasa jemu sebagai seorang kakak kepada adiknya.

Kedatangan di sambut oleh Kak Ana dan Abang Halim ( suami ) macam datang raya kebetulan masih lagi bulan Syawal. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan aRz dan keluarga. Cik Puteri macam biasa, awal-awal memang malu sangat, lepas 10-20 minit dah boleh membiasakan diri. ( malu macam abah dia laa :p) Pertemuan yang rasa macam agak singkat. Tak sempat nak berbual panjang. Tapi Kak Ana tetap dengan memberi nasihat dalam blogging dan pesanan dalam melalui hari-hari mendatang.

Inilah kali pertama pertemuan antara Cik Puteri dan Ibu Ana. Selama ini Ibu Ana selalu ssangat cakap nak jumpa dengan Cik Puteri tapi tak berkesempatan. Terima kasih atas jamuan dan buah tangan yang diberikan. Semoga Kak Ana dan Suami serta anak sentiasa dirahmati oleh Allah, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan. amin...

Buat yang belum mengenali Blogger Anajingga atau panggilan mesra Kak Ana boleh ke :
blog miliknya www.anajingga.com
instagram@anajingga

kalau ada yang nak tengok gambar Cik Puteri dengan Ibu Ana >>TEKAN INI<<
Rugi kalau tak berkenalan dengan Blogger Anajingga seorang yang rajin rajin menulis entri berkongsi mengenai kehidupan, resepi, produk dan juga tempat menarik di Teluk Intan. aRz juga banyak belajar dari Kak Ana mengenai blogging. Semoga Kak Ana sihat selalu dan dapat berkongsi lebih banyak ilmu dan nasihat buat kita semua. Insyaallah.

Comments

  1. wahhh! jeles ni cik puteri jmpe kak ana dlu neh! ish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sally. dah lama nak bawa cik puteri jumpa kak ana tapi tak kesampaian. alang dah sampai Kl tu singgah sebelum balik penang

      Delete
  2. wah..bertuah nya cik puteri dah jumpa anajingga. :)

    ReplyDelete
  3. hehehe..best kan dapat jumpa sesama blogger ni..kita yang kat melaka ni, takda orang nak datang tengok ke? hahahaha..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti aRz singgah Melaka kita jumpa ya Ejoy...

      Delete
  4. Seronoklahkan Arz bila dapat jumpa rakan blogger di luar. Akak ni pun baru sekali aje terserempak dengan rakan blogger yang paling mesra pulak tu di alam maya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Semoga pertemuan mengeratkan dan membawa kebaikan.

      Delete
  5. bagusnya kunjung berkunjungan gitu :) mngeratkan ukhwah blogger :)

    ReplyDelete
  6. Bertambah kenalan maya yang jadi kenalan alam nyata ;)

    ReplyDelete
  7. Wah...bila nak jumpa titew pula

    ReplyDelete
  8. Akak teringin nak jumpa kak ana jingga ni..tapi tengok muda lagi dia..boleh ke panggil akak..entah2 dia baya2 akak je..heheh

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    dari dunia maya ke alam nyata...

    ReplyDelete
  10. Abg aRz yang dari Penang pun dah sempat jumpa kak Ana, Nani ni tak lepas lepas lagi nak jumpa. Hahah. In sha allah nanti ada masa boleh jumpa jugak kak Ana :)

    ReplyDelete
  11. yeay ..dah jumpa dah tu dengan kak ana..berjaya jugaklah akhirnya .. anyway pasal google analytics tu pernah dengar tapi tak berapa faham ..dia macam lebih kurang nuffnang ke..

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya dari alamaya bertemu di alam nyata. Satgi nk singgah gak kt blog anajingga.

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya dari alamaya bertemu di alam nyata. Satgi nk singgah gak kt blog anajingga.

    ReplyDelete
  14. Untungnya dapat menjalinkan ukhuwah sesama blogger ni.. banyak ilmu.

    ReplyDelete
  15. Wahh best la.. saya tak pernah jumpa kak Ana lagi.. eh.. bro Arz pun blum pernah jumpa lah.. in shaa Allah, nak juga jumpa semua blogger nanti... :) :)

    ReplyDelete
  16. dari alam maya ke dunia realiti ...

    ReplyDelete
  17. Akhirnya.....
    Seronok bila dapat geng bloggerkan Arz...lepas tu pasangan sporting pulak tu...mmg terjalinlah ukhwah tu....

    ReplyDelete
  18. bila nk jumpa sis JM lak ni ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih