Perlukah Meletakkan Watermark Di Gambar?

Pentingnya Meletakkan Watermark Pada Gambar

Penting sangatkah meletakkan watermark di gambar khasnya pada mereka yang terlibat secara kerap memuatnaik gambar di media sosial samada blog, facebook, twitter, instagram dan sebagainya? Apa kelebihan dan keburukan meletakkan dan menggunakan watermark? Antara yang sering menggunakan media sosial sebagai medium utama pemasaran hasil kerja mereka adalah jurufoto perkahwinan, blogger, jurumekap, pengusaha katering dan macam-macam lagilah. Kebiasaan isu yang menyebabkan seseorang itu meletakkan 'watermark' adalah disebabkan gambar hasil kerja mereka dicuri, dan digunapakai sebagai hak milik orang lain. Seterusnya lebih teruk lagi apabila digunakan untuk menipu orang lain demi mendapat keuntungan, memandangkan perniagaan online amat mendapat sambutan ketika ini. Perlukah meletakkan 'watermark' pada gambar, relevankah dan apa kelebihan dan keburukannya? Jom bincangkan...

perlukah meletakkan watermark pada gambar, kelebihan dan keburukan watermark, apa kata tray cliff mengenai watermark, gambar dicuri, gambar lombong guar petai tasek gelugor, photography apa anda perlu tahu mengenai watermark,
Perlukah meletakkan watermark pada gambar

Apa Kata Tray Cliff Mengenai Watermark?

Sebelum aRz mula berblogging memang aRz lebih ke arah meminati dunia fotografi. Sudah tentu pada masa tu aRz lebih mengikuti kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Masa mula-mula terjerumus dalam bidang ni lagi aRz dah mula meletakkan watermark pada gambar, walaupun gambar pada masa tu hasilnya senang cerita memang 'sampah'. Lalu terbaca perbincangan jurufoto-jurufoto yang lebih lama dan lebih pengalaman berkongsi mengenai watermark. Akhirnya isu ini memang tidak pernah selesai. Sehinggalah Saudara Wazari Wazir ( Malaysian Photojournalist and Travel Blogger yang terkenal dengan hasil gambar yang sangat cantik ) berkongsi mengenai artikel yang ditulis oleh Tray Cliff - Why I Dont Use Watermark
Perbincangan ini tidak pernah habis kerana ia terpulang pada setiap individu.

8 perkara yang dikatakan oleh Tray Cliff mengapa dia tidak menggunakan watermark adalah 

1. Watermark nampak buruk. Setiap kali memandang pada watermark ianya mengganggu. Ia tidak mahu membuang masa memikirkan mengenai watermark dan menurutnya lagi orang ingin melihat hasil gambarnya.

2. Syarikat yang berdaftar tidak akan menggunakan gambar curi. ( komen aRz : Tetapi di Malaysia masih terdapat beberapa kes gambar dicuri oleh sesetengah syarikat berdaftar termasuk IPTA IPTS)

3. Terdapat aplikasi mengesan penggunaan gambar milik kita.

4. Tray mendaftar gambarnya dengan syarikat hakmilik. Penggunaan gambar tanpa izin boleh dikenakan tindakan undang-undang.

5. Tidak perlu menyimpan 2 jenis gambar. Satu beserta watermark satu tiada watermark.

6. Tanpa penggunaan watermark memberikan keistimewaan pada gambar kita untuk digunapakai atau dikongsikan (bukan tujuan perniagaan) sebanyak-banyaknya dan mampu memberikan trafik yang banyak. p/s : itupun kalau mereka jujur dan memberikan link pada blog atau medium perkongsian milik anda.

7. Pencarian gambar dan pengesanan gambar semakin bertambah baik tidak perlu lagi menggunakan watermark kerana terdapat aplikasi atas talian untuk mencari penghasil atau pemilik gambar sebenar.

8. Walaubagaimanapun tanpa watermark gambar tetap akan dicuri dan ia menganggap sebagai kos menjalankan perniagaan atas talian seperti mana kecurian gula-gula di pasaraya. Agak mustahil memelihara hasil kerja kita 100% jika terlibat dengan bisnes online ( atas talian).

p/s : Tray Cliff merupakan seorang yang Travel Photographer yang terkenal dengan penghasilan gambar HDR.

Mengapa Saya Menggunakan Watermark Pada Gambar?

Susah juga nak bincangkan mengenai perkara ini yang ada kelebihan dan kekurangannya. Ini merupakan pendapat aRz secara peribadi. Sebelum ini aRz sendiri pernah melihat bagaimana gambar yang dihasilkan oleh Saudara Wazari Wazir dicuri dan digunakan untuk tujuan pengiklanan. Walaubagaimanapun ia mudah dikesan kerana gambar miliknya mempunyai nilai hasil sentuhan dan kaya dengan warna tersendiri. Kalau sekali tengok memang dah kenal ini gambar miliknya. Beliau juga berpengalaman merakamkan gambar peristiwa bersejarah dan pemimpin negara sudah pasti hasil tangannya dikenali ramai.

Hasil sentuhan sendiri amat penting supaya dikenali dan mudah dikesan sekiranya digunakan untuk tujuan yang boleh membawa keuntungunan sebelah pihak. Tetapi aRz lebih selesa menggunakan watermark walaupun dianggap buruk, mengganggu dan juga membuang masa. Ianya mempunyai kelebihan.

Kelebihan Letak Watermark Pada Gambar 

Kelebihan meletakkan 

1. Memberi keuntungan pada trafik blog sekiranya dikongsikan oleh orang ramai.

2. Hasil sentuhan sendiri belum mampu membuatkan orang mengenali hasil kerja sendiri. Tiada siapa kenal jika gambar kita diambil dan digunapakai untuk tujuan pengiklanan atau perniagaan.

3. Pengalaman sendiri apabila gambar dikongsi oleh laman facebook yang mempunyai pengikut yang ramai seperti Penang Kini, Friends Of Barisan Nasional, Fizo Omar, Backpackerz dan juga Nak Bebel. Hasil perkongsian ini memberikan impak yang besar pada blog.

Gambar-gambar di entri Lombong Guar Petai yang aRz kongsikan mendapat perhatian yang serius pemilik laman facebook. Perkongsian pemilik laman facebook ini memberi impak besar pada trafik blog aRz ketika itu dan aRz memuji sikap mereka kerana mengekalkan watermark url blog aRz pada gambar. Hasil perkongsian ini pada awalnya dikesan oleh anak sedara aRz di twitter oleh Nakbebel serta rakan blogger pada keesokkan harinya apabila di laman Penang Kini dan Friend Of Barisan Nasional. Jom Lihat

gambar guar petai dikongsi oleh nakbebel, nakbebel, kelebihan watermark dan keburukannya,
Perkongsian oleh Nak Bebel

perlukah meletakkan watermark pada gambar, gambar lombong guar petai,
Perkongsian oleh Friends of BN


gambar lombong guar petai dikongsi Penang Kini, kelebihan watermark, pencuri gambar,
Perkongsian oleh Penang Kini


gambar guar petai, kelebihan dan keburukan watermark,
Dikongsikan Oleh Master Mus beserta URL Blog

Walaubagaimanapun terdapat mereka yang sanggup memadam Watermark dan ianya pula dikongsi oleh orang lain. Hasilnya tidak sampai kepada pemilik gambar atau blog. Antara yang aRz dapati oleh beberapa laman facebook seperti dibawah.


gambar dikongsi friends of BN Kedah, gambar lombong guar petai, kelebihan keburukam watermark, cara buat watermark,
Friends of BN Kedah

Backpackerz 

Laman Facebook Backpackerz ini antara yang paling banyak berkongsi gambar milik aRz dimana watermarkmark dikesan dipadamkan. Tidak tahulah siapa yang memadamkan watermark dan seterusnya dikongsikan pula oleh Page Fizo Omar dan lebih menyakitkan hati apabila diberikan kredit pada bukan pemilik gambar. Kalau ini terjadi pada gambar milik anda....Apa yang akan anda rasa?

Fizo Omar

Kauada.com
Gambar dimana tiada watermark dikesan

Untuk gambar terakhir ini mudah sangat mengesan ianya milik aRz, dimana terdapat binting hitam di langit yang mana terhasil daripada fungus yang terdapat pada lensa milik aRz.

Selepas dari belajar dari pengalaman ini, aRz berpendapat untuk meletakkan watermark pada gambar walaupun ianya kelihatan buruk dan mengganggukan. Ianya penting untuk trafik blog. Perlukah meletakkan watermark pada gambar? Selepas dari membaca apa yang aRz kongsikan anda sendiri tentukan mana satu pilihan anda semua. Setiap orang pasti mempunyai pendapat secara peribadi tertentu.

Ini pula pendapat Hikayat Budak Pening Mengenai Watermark...Dah Baca??

Semoga dapat menjawab kebuntuan sekiranya anda tercari-cari penyelesaian pada masalah Watermark

Jumpa Lagi.

{ 50 comments.. read them below or add one }

Irda Garmin Irda Garmin 1 Jul 2016, 07:21:00
wahhh..baru tahu kepentingan watermark...tapi baru belajar nak letak..tapi gambar saya tak sebagus gambar-gambar tuan..boleh tuliskan entry apakah yang sesuai digunakan hp maksud saya untuk jadikan pic lebih menarik di blog...:)sya baru setahun jagun di blog..

boleh jemput singgah irdagarmin.blogspot.com
husna zahidi husna zahidi 1 Jul 2016, 07:21:00
bagaimana pula dengan kedudukan strategik utk watermark tu sendiri??
tak dinafikan, mmg husna tak suka tgk gambaq yg watermark nya besar menghalang subject gambar.. nampak mencacatkan.. last sekali nampak watermark je lebih.. huhuhu..
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 1 Jul 2016, 07:43:00
penting sebab org curi buat karya dlm blog depa.. abis gambar2 step masakan ambik n ayat2 pun ciluk.. mangkuk betul
Jari Manis Jari Manis 1 Jul 2016, 08:22:00
ada watermark pun dorang padam..pastu tak kreditkan lak tu..memang mendidih dgn org mcm tu..tak malu curi hasil kerja org
Jari Manis Jari Manis 1 Jul 2016, 08:23:00
sis JM pun pernah kena..ada watermark pun still pic kena curik!!!
Jari Manis Jari Manis 1 Jul 2016, 08:24:00
isshh geram plak bila baca..
Syamil Ramli Syamil Ramli 1 Jul 2016, 08:52:00
sayangnye kalo ade watermark besar cenggitu...tp nk buat mcm mana gak kan..org kalau nk rembat gambo dh takde nk pikir sape punya...mmg akan ade pro kon dia dlm semua bende

Jom tgk kat sini..sape mamat ni Kenapa Tiada Warna Merah Jambu di Terengganu
Tedi {interpretZZ} Tedi {interpretZZ} 1 Jul 2016, 09:02:00
Ada watermark senang sikit Tedi nak masukkan gambar orang lain ke dalam blog sebab kadang-kadang gambar tu pun tak tahu dari mana datang. nak upload gambar sendiri... kadang-kadang je lah rajin upload..
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 1 Jul 2016, 09:17:00
Pada kakak walau apa pun juga semakin canggih IT sekarang ni letak watermark pun masih ada yg kena curi/ciplak. Hukum mencuri tetap berdosa apa lagi tuan empunya tidak izinkan. Kawan blogger kita Kakcik Nurseroja baru-baru ini pun business jubah DRD milik anaknya di cetak-rompak gambarnya. Warna ditukar, watermark ditukar, kepala budak ditukar. Hebat penangan mencuri yg dibuat kan..

Tapi itulah semakin canggih IT ada saja cara nak 'mencuri' ni.
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2016, 11:03:00
gambar saya pun biasa-biasa. tapi sebenarnya lebih banyak kelebihan berbanding keburukan dalam meleatakkan watermark
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2016, 11:22:00
betul kak...ada juga segelintir yang membuat perniagaan membuat watermark...

kesian mereka yang bersusah payah menyiapkan dan menghasilkan gambar
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2016, 11:25:00
bila tak ada watermark kita kalau nak guna gambar pun tak tahu nak kredit pada siapa kan?
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 1 Jul 2016, 11:29:00
Dulu saya tak peduli pun pasal watermark, tapi lepas dipesan bnyk kali oleh blogger lain baru saya pelan-pelan mengunakan watermark
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2016, 11:32:00
sekurang kurangnya letak kredit dah cukup kan?
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2016, 11:32:00
ramai juga yang terkena rupanya....
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2016, 11:34:00
kalau padam watermark dan claim hak milik sendiri memang sedih laaa
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2016, 11:35:00
kedudukan tu juga penting...tapi ada masanya watermark yang besar tu penting tuk promosikan hasil kerja sendiri....tengok pada keadaan
PeRdU cINta PeRdU cINta 1 Jul 2016, 13:12:00
Biasanya PC akan letak watermark..kalau pun ambil gambar dari google image..sebolehnya kreditkan sumber.
SalbiahM SalbiahM 1 Jul 2016, 13:47:00
walaupun gambar tak sberapa, saya tetap letak watermark. terutama gambar yang ada orang. takut disalah guna
aizamia3 aizamia3 1 Jul 2016, 14:02:00
Dulu tak kisah pun pasal watermark ni tapi bila terbaca ada gambar diambil tanpa izin, lepas tu tiap gambar akan saya letak watermark. Walau gambar tu biasa2 je tapi semuanya ada kenangan tersendiri.
aswaleyla aswaleyla 1 Jul 2016, 14:50:00
terbaiklah abg arz. lela ltk jugak watermark. mcm lawa jugak sebenarnya kalau ada watermark ni. tak kosong sangat
Mila Hilas Mila Hilas 1 Jul 2016, 15:40:00
org yg cri rezeki melalui gmbr mmg penting utk ad watermark, bg sy lah..tp untuk org2 biasa pon kalo rsa gmbr tu berharga pn mmg penting gk.contoh mcm gambar anak ke kn.. mcm sy sbb tu sy jarang2 kongsi pape gmbr kat blog sbb malas sgt nak edit ltk watermark hehehe
Ummul Azkee Ummul Azkee 1 Jul 2016, 23:07:00
Kak ummul pun dah mula ltk watermark..bab kata arz mmg watermark boleh naikkn trafik blog kalau ada yg jujur bg kreadit.kalau yg buang tu xtahu la nk kte..x profesional bg kak ummul..tpi kdg kak ummul ambil juga gmbr kt google dgn rasa bslh.tpi still tulis google images
Pha Is Pha Is 2 Jul 2016, 00:14:00
fuh, mendalam perbincangan nih.. hahha.. kalau boleh tambah bahagian sumber dan rujukan, thorbaik.. hahaha..
Amy J Amy J 2 Jul 2016, 00:18:00
kita pun letak watermark. biarlah menganggu pun asal orang x amek.
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 2 Jul 2016, 01:25:00
Hehehee pnting sebenarnya letak watermark..sbb tu la kak lya mmg akan selalu letak watermark kat gambar..tapi tak nak mencacatkan gambar kak lya letak kat bawah ujung2 jer..Nice sharing ar..baca entri ni kita pulak rasa cam nak buat entri watermark hehehe..
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 01:56:00
buat lah kongsi pandangan kak lya pula
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 01:58:00
setuju juga dengan pendapat amy...bagaimana kalau orang guna gambar kita untuk tujuan yang tidak baik?
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 01:59:00
dah ada link sumber tu...kat atas...
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 02:00:00
macam aRz blogger suam suam kuku ni...baik guna watermark ja...orang belum kenal hasil kerja kita....
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 02:02:00
apatah lagi kalau ada muka kita...takut glamer jadi iklan bukan-bukan
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 02:03:00
kan...kalau tahu cara letak...ok ja
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 02:04:00
kalau tak kongsi gambar lagi senang...tak risau kes kena curi...tapi blog nampak kosong...macam mana pun masing-masing ada cara menulis tersendiri kan?
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 02:05:00
susah-susah ambil gambar tapi orang lain guna tanpa kredit...sedihkan
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2016, 02:06:00
itu sebaiknya...kalau gambar pemandangan takpa lagi kan?
Pha Is Pha Is 2 Jul 2016, 17:15:00
ikut gambar jugak.. sesetegah gambar still nmpak ok kalau letak watermark jelas2/besar2..
Afif Rayyan Afif Rayyan 2 Jul 2016, 19:54:00
Sangat perlu kalau taknak orang lain cilok.. ehehe
..in the swim.. ..in the swim.. 3 Jul 2016, 07:54:00
Saya guna banyak juga gambar dalam posting blog saya. Gambar taklah kualiti cuma so so saja. Traffic tak banyak pun.Perlukah watermark ?

aRz MoHa aRz MoHa 3 Jul 2016, 13:22:00
perlu juga...kalau lah satu hari nanti gambar tu mempunyai nilai yang tinggi....ada juga sikit keuntungan untuk trafik blog
Akashah Kassim Akashah Kassim 3 Jul 2016, 21:18:00
Xkesah org guna gambar kita, lg suka..asalkan bagi kredit, bukan buta2 je amik.. siap copy ayat, alahai..
dear anies dear anies 12 Jul 2016, 11:49:00
sy letak WM utk pic2 yg best2 je hahaha
timm bill timm bill 13 Jul 2016, 00:49:00
watermark penting, sbb tu malas nk update blog..byk step..hehe..
Maman Reen Maman Reen 14 Jul 2016, 21:04:00
Ape lagi Arz.. Pm orang curi tu cara dia salah dan boleh dikenakan saman. Penat tau tangkap gambar.. Bukan tak penat.

Reen pun pernah orang kidnap testimoni dari page Reen dan letak sebagai testimoni mereka. Masa tu baru lagi berbisnes.. Salah Reen juga tak letak watermark. Hihihi
Cik Mimie Cik Mimie 16 Jul 2016, 11:02:00
Cik Mimie akan letak watermark bila ingat.. hehehe. kekadang tu da upload gambar baru perasan lupa letak watermark.. so, biakan jela..:D

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih