Kisah Penjaga Parking Yang Patut Dicontohi

Kisah Teladan Penjaga Parking | Hak Milik Allah

Kisah teladan seorang penjaga parking yang bila dengar bagaikan lucu tapi memberi teladan dan pengajaran yang baik yang mengingatkan kita akan semua yang kita punya adalah hak milik Allah. Kisah atau cerita ini sebenarnya dikongsikan oleh Ustaz Ferdaus Shahul Hamid di sebuah majlis ilmu. Kisah seperti ini bagus dikongsikan hari ini di mana kita hari ini telah masuk di zaman serba canggih dan penuh teknologi yang menjauhkan kita dengan Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Jom baca kisah Penjaga Parking sebagi satu motivasi buat diri sendiri.

Google Images

Kisah Teladan Penjaga Parking

Kisahnya mungkin agak melucukan tetapi bila difikirkan balik ianya ada mesej yang tersirat. Ianya mengingatkan kembali kepada kita mengenai diri kita cumalah Hamba Allah. Perkongsian ini juga sebagai satu peringatan kepada diri saya yang kerdil dan lemah yang kadangkala terlupa dan hanyut disebalik nikmat yang Allah kurniakan.

Penjaga Parking biasanya menjaga pelbagai jenis kereta daripada yang murah sehingga yang paling mahal dan mewah. Mungkin ada kereta yang kita mungkin tak dapat memilikinya mahupun tengok secara live. betul tak? Penjaga parking ada 3 sikap yang sangat baik yang tak mungkin kita mampu lakukan. Apa 3 sikap tersebut?

1. Penjaga parking menpunyai banyak kereta murah, sedang mahupun terlalu mahal tetapi beliau tidak berbangga dengan kereta yang banyak tersebut. Betulkan...? sebab kesemua kereta itu bukan miliknya.

2. Penjaga parking tidak pernah kisah bila mana kereta tersebut diambil semula. Selepas membayar parking beliau benarkan kereta tersebut diambil semula. Betulkan...? sebab kereta itu bukan miliknya.

3. Penjaga parking mempunyai banyak kereta samada murah atau mahal dia tetap amanah menjaga keselamatan kesemua kereta dibawah jagaannya. Betulkan.....? sebabnya kereta itu bukan miliknya tapi diamaanhkan untuk menjaganya.

Semua Yang Kita Miliki Hari Ini Bukan Milik Kita Tetapi Milik Allah

Kisah penjaga parking diatas memang macam agak lucu lawak, sebabnya memanglah semua kereta bukan miliknya. Cuma yang ke-3 agak logik sikit sebba menjaga amnah yang diberikan. Tetapi teladan iktibar serta pengajaran yang kita boleh belajar dalam kehidupan kita hari ini setiap yang kita punya hari ini tidak kira apapun adalah hak milik kepunyaan Allah S.W.T. 

"setiap yang kita punya hari ini tidak kira apapun adalah hak milik kepunyaan Allah S.W.T"

Rumah, kereta, isteri, anak-anak, jiran, tanah, wang ringgit, termasuk wajah yang cantik, nafas, oksigen segala nikmat adalah kepunyaan Allah dimana satu hari nanti akan diambil oleh Allah S.W.T semula. Perlukah berbangga dengan jawatan yang kita pegang hari ini? Perlukah berbangga dengan harta yang kita miliki hari ini? Perlukah berbangga mempunyai isteri cantik dan anak-anak yang cantik serta bijak?

Maka mulai hari ini anggaplah kesemua yang kita miliki hari ini merupakan pelaburan untuk masa hadapan. Gunakan segala kelebihan yang Allah berikan hari ini  untuk kebaikan dimasa hadapan. Tepuk dada jangan ditanya diselera, Sebab selera tak pernah merasa cukup. Tetapi tanyalah iman. Sekadar berkongsi mudah-mudahan memberi kebaikan buat diri ini dan yang membacanya.

Sharing is caring kan....

{ 18 comments.. read them below or add one }

Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 25 Jul 2016, 12:22:00
Sungguh benar apa pun yg kita ada bukan milik kita yg hakiki.
Hatta kuku kita yg dipotong saban minggu pun bukan milik kita
Apa lagi nyawa dan semua anggota tubuh badan dan harta kita.

Akan tiba masanya semuanya kita tinggalkan atau sebaliknya ia meninggalkan kita.
umi alya umi alya 25 Jul 2016, 12:42:00
Akak setuju sgt2 aRz.. semuanya bukan milik kita yg kekal..
gulew kapas gulew kapas 25 Jul 2016, 16:24:00
betul. apa yang Allah bagi dekat kita atas muka bumi ni segalanya hanya pinjaman semata - mata. Cuma nya bagaimana cara kita menjaganya. Soal amanah dan bertanggungjawab akan jadi benda paling penting dalam menerima segala yang Allah bagi. Baik kekal atau sementara.
Irda Garmin Irda Garmin 25 Jul 2016, 20:28:00
betul tu arz..semua yang kita punya bukanlah hak milik kita,,kita terlalu berbangga dapat beli iphone 6 plus contohnya dengan harga 3k plus..esok2 ntah2 hp tu hilang atau rosak,kita berbangga ada rumah mewah dan sebagainya,esok-esok belum pasti rumah itu kita duduk,,syukur apa adanya dan sentiasa beringat tiada apa yang kita punya..semuanya pinjaman...HAKTA pasangan kita juga adalah pinjaman
Abe nick Abe nick 26 Jul 2016, 06:48:00
ermmm byk pengajaran nie ...
Hidup di dunia hanya sementara dan akhirat adalah tempat yang kekal abadi
Kamsiah Yusoff Kamsiah Yusoff 26 Jul 2016, 07:01:00
pengajaran yg disampaikan secara santai..namun maksud yg tersirat mmg mendalam..tentang kita sebagai hambaNYA..
Pha Is Pha Is 26 Jul 2016, 09:57:00
nice share.. ibrah dari seorang penjaga parking..
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 26 Jul 2016, 10:14:00
Setuju.banyak pengajaran entry nie. Bagus bagus.
At-Tarmizi At-Tarmizi 26 Jul 2016, 17:21:00
perkongsian yang menarik =)
Farrah MF Farrah MF 26 Jul 2016, 21:49:00
Kisah simple tapi dalam maknanya utk kita fikir2 kan :)
Khir Khalid Khir Khalid 28 Jul 2016, 12:09:00
Subhanallah walhamdulillah... peringatan yg baik buat renungan kita semua. T kasih atas perkongsian ini Arz.
Zie Has Zie Has 28 Jul 2016, 14:19:00
kannn ... semuanya pinjaman sahaja
hainom OKje hainom OKje 28 Jul 2016, 18:23:00
Terima kasih Arz dgn entri ni .....Mmg kita tahu bahawa apa yg kita miliki bukan milik hakiki kita tp kita selalu lupa ... dan kita perlu selalu diingatkan...
hainom OKje hainom OKje 28 Jul 2016, 18:25:00
Terima kasih Arz dgn entri ni .....Mmg kita tahu bahawa apa yg kita miliki bukan milik hakiki kita tp kita selalu lupa ... dan kita perlu selalu diingatkan...
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 30 Jul 2016, 23:37:00
kita ni hanya pinjam nikmat yang Tuhan kasi.. mudah2an nikmat yang berikan tak disalah guna.. tegur2 satu sama lain biar tidak terus lalai dan terkandas..
dear anies dear anies 4 Aug 2016, 10:54:00
tiada satu pun di sisi kita adalah milik kita. semuanya pinjaman shj. jd, jgn lah bongkak or sombong dgn kesenangan or kelebihan yg ada. thanks 4 sharing
Jari Manis Jari Manis 21 Aug 2016, 09:58:00
tiada kita punya..semua allah punya..lagu Iwan

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih