Alkisah Nasi Lemak Apom Betawi

Salam. Ini bukan tajuk drama atau tajuk novel yang terkenal. Tapi kisah saya membantu wife saya mencari penyedia makanan untuk jamuan kecil-kecilan di pejabatnya. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi pejabatnya memanggil pembantu dari branch lain 3 atau 6 bulan sekali bagi menjadi 'helper' begitu juga pejabat lain. Walaubagaimanapun sudah menjadi adat bagi mereka menyediakan makanan untuk 'pecahlaju'  (breakfast) staf yang datang membantu. Dukacitanya, segala perbelanjaan makanan ini tidak ditanggung oleh pejabat.

 Pening juga nak memikirkan siapa yang boleh sediakan makanan. Ada juga dari branch lain hanya sediakan nasi lemak RM1. Mudah tak perlu fikir panjang.  Tetapi wife aRz nak sesuatu yang lain, atau erti kata lain macam nak buat kenduri jamu staff lain selain menghargai penat lelah mereka sudi membantu. Alhamdulillah teringat Kak Ina yang jual Kek Batik Sedap Pulau Pinang. Kak ina juga ada sediakan makanan untuk majlis kecil-kecilan seperti tahlil, kenduri kesyukuran, dan sebagainya. Serba boleh semuanya.

Nasi Lemak Apom Betawi Untuk Tempahan

Setelah berbincang panjang, wife aRz setuju untuk jamu nasi lemak dan apom betawi. Nasi lemak sudah tentu ramai yang tahu kan? Tapi apa pula Apom Betawi. Mungkin lain tempat lain panggilannya.
Macam mana rupanya? Jangan risau aRz ada gambar yang sempat dirakamkan untuk kemudahan semua.

Harga Tempahan

Mungkin ada yang bertanya bagaimana harganya? aRz juga ada masukkan harga dan berapa pesanan minimum yang boleh dibuat.

Apom Betawi, Untuk tempahan, Pulau Pinang, Penang, kenduri, majlis tahlil,
Apom Betawi Sedap Penang
Gambar diatas adalah Apom Betawi. Memang lembut. Makan satu dah tentu tak puas. Bukan kata untuk kenduri untuk dimakan saja pun boleh sambil tengok tv. Cik Puteri pun suka.

Minimum order : 50 biji
Harga sebiji : RM 0.25 (25sen)

aRz ada order lebih untuk Cik Puteri dan boleh tahan untuk 2 3 hari. Tapi 2 hari dah habis walaupun kat rumah ni cuma 3 orang hehe.

nasi lemak sedap penang, nasi lemak pulau pinang, untuk tempahan, majlis persaraan, breakfast, foodporn,
Nasi Lemak Sedap Penang
Gambar di atas pula Nasi Lemak Sedap Penang. Nama ni aRz yang letak. Nasi lemak ni memang puas hati makan. Sampai tengahari pun masih kenyang. Bila order untuk wife aRz mesti order lebih. Nak cuba juga sebelum berkongsi disini.

Minimum order : 10 bungkus
Harga sebungkus : RM 2.50

Untuk pengetahuan anda, boleh saja bagitau dengan kak ina untuk dapatkan sambal lebih, jika anda memang suka makan dengan kuah yang banyak. Tiada masalah. Yang penting bagitau awal.

Sesuai Untuk Pelbagai Majlis

Nasi lemak dan juga Apom betawi sesuai untuk bermacam jenis majlis, tengok juga pada waktunya. Kebiasaan nasi lemak di waktu pagi. Sesuai untuk mesyuarat projek, mesyuarat kecil AJK, ataupun majlis gotong royong. 

Apom Betawi pula boleh dijadikan sebagai hantaran, kuih muih, kenduri kesyukuran, majlis harijadi dan sebagainya.
Servis ini hanya di sekitar Pulau Pinang ( PULAU) sahaja. Sekiranya di luar dari kawasan ini sebaiknya bertanya terus dengan Kak Ina seperti dibawah.

Siapa Perlu Dihubungi?

Jika anda berminat untuk menempah Nasi Lemak, Apom Betawi atau ada juadah lain yang ingin ditempah jangan segan silu untuk terus hubungi

KAK INA
WHATSAPP sahaja : 0174299421

jika mengalami sebarang kesulitan
boleh hubungi no aRz :
whatsapp/sms/call 011-27130797
email : azrilmohdhaniffa@gmail.com

Semoga perkongsian ini membantu anda semua

{ 26 comments.. read them below or add one }

adk dayah adk dayah 14 Apr 2015, 22:40:00
sedap tu..tapi sayang..jauh kalau nak tempah pun T_T
Nurul Shahira Nurul Shahira 14 Apr 2015, 23:24:00
Apom betawi tu sama tak dengan apom nasi? Sebab mak panggil kuih apom, apom nasi
Bunda a.k.a KN Bunda a.k.a KN 15 Apr 2015, 07:33:00
Sedap tengok nasi lemak tu pagi2 ni..lepas aRz dah promote ni...mesti berduyun lah orang buat tempahan...Alhamdulillah, semoga bisnes beliau maju jaya..aamiin
Jari Manis Jari Manis 15 Apr 2015, 07:58:00
rupanya nasi lemak DAN Apom Betani..pesal lah tulis nasi lemak apom betawi...confius sudah
Jari Manis Jari Manis 15 Apr 2015, 07:59:00
jauh sgt nk order nasi lemak tu x berbaloi...belum sampai sini dah basi
aRz MoHa aRz MoHa 15 Apr 2015, 08:14:00
sis JM saya memang panggil apom betawi....hahaha
Mirabeads azi Mirabeads azi 15 Apr 2015, 08:28:00
ini macam...kalau ada program kat opis penang boleh try la
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 15 Apr 2015, 14:02:00
semua ni order ngan Kak Ina tu eh.. huntong Kak Ina..
kalo sedap mmg orang repeat order laa...
Jari Manis Jari Manis 15 Apr 2015, 14:09:00
EHH...KEYBORD NIH...ehehehe..keyboard di salahkan
anajingga anajingga 15 Apr 2015, 19:32:00
nampak sedap sambal bilis tu, harganya masih dikira murah lagi jika dibandingkan disini.
aRz MoHa aRz MoHa 15 Apr 2015, 20:40:00
Dalam kawasan pulau pinang ja ya
aRz MoHa aRz MoHa 15 Apr 2015, 20:41:00
Terima kasih bunda semoga bisnes kak ina semakin bertambah maju
aRz MoHa aRz MoHa 15 Apr 2015, 20:42:00
Apom nasi besar lagi kan? Dan dia agak melekat sakit bila pegang serta makan dengan nyior kan?
aRz MoHa aRz MoHa 15 Apr 2015, 20:43:00
Hahaha mungkin tempat lain panggil lain
aRz MoHa aRz MoHa 15 Apr 2015, 20:44:00
Dekat Penang sudahlah. Kasi peluang untuk kak ina Putrajaya pula
aRz MoHa aRz MoHa 15 Apr 2015, 20:45:00
Boleh buat tempahan awal ya
aRz MoHa aRz MoHa 15 Apr 2015, 20:45:00
So far mulut saya rasa sedap dan berbaloi..
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 15 Apr 2015, 21:51:00
nampak apom tu gebu..merekah dgn cantik ja..
Amy J Amy J 17 Apr 2015, 16:14:00
bagus ni.. nanti kalau ada sesiapa nak order makanan, boleh la saya syorkan. in shaa ALLAH. sambal pun nampak penuh tu ha.. ada certain sambal bukan main sikit lagi. mentang2 la nasi lemak, bukan nasi sambal namanya. pfft~
sayidah napisah sayidah napisah 18 Apr 2015, 12:51:00
tak ade taster ke abg arz? ngehngeh
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 20 Apr 2015, 11:30:00
kalau dekat mmg sy akan tempah... terutama hari jumaat
anamizu anamizu 20 Apr 2015, 14:31:00
sipbaik baru lepas makan. kalo tidak konfem meleleh ayaq lioq tengok apom betawi & nasik lemak ni hehe
mama 3farhanah mama 3farhanah 26 Apr 2015, 12:41:00
oooo, 2 makanan yang berbeza
ingatkan nasi lemak tu namanya apam betawi
feveret saya tu
Anizz Annisa Anizz Annisa 27 Apr 2015, 18:20:00
kalau la dekat... boleh je tempah...aduhaiii sedap plak...
Nik Ainaa Nik Ainaa 14 Jun 2015, 23:54:00
apom tu nampak sedap... nasi lemak pun dah lama xmkn. biasa mkn yg mak buat. hmmm rindu masakan mak pulak duk jauh2 ni

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih