Virus Typo Semakin Menular

Salam. Ahad. Selamat berhujung minggu.
Sejak aRz join group Exchange Feed Group (EFG) dengan motto Bukan Sembang Kosong banyak ilmu blogging yang dapat disedut. Antara ilmu blogging yang paling penting dikongsikan adalah tips SEO.


EFG, exchangefeedgroup, bukan sembang kosong, tips blogging, Blog Mesra SEO,
#bukansembangkosong

Sebagai seorang blogger teknik SEO adalah amat penting untuk memastikan blog kita menjadi mudah dijumpa oleh enjin pencarian. Antaranya teknik dan tips SEO yang aRz dah pelajari tapi belum mahir sepenuhnya, ( biasalah menuntut ilmu bukan mudah mahir dalam masa yang singkat ) melalui group ini adalah :

1. Bagaimana memastikan blog mendapat markah 100%  SEO di chkme.
( periksa score SEO blog anda)
2. Cara meningkatkan UV ( Unique View )
3. Tips Entri SEO
4. Coding ( untuk memasang widget dan sebagainya )
5. Penyebaran virus Typo

Penyebaran Virus Typo 

Untuk pengetahuan anda semua. Setelah group EFG ditubuhkan maka group whatsapp EFG juga telah ditubuhkan serta merta menjadi medan perkongsian dan perbincangan serta pengajaran ilmu blogging. Disini bermulanya VIRUS TYPO yang aRz katakan di tajuk entri kali ini. Typo atau erti kata lain kesilapan ketika menaip perkataan. Mungkin antara faktor utama typo adalah menaip dengan terlalu cepat dan juga faktor smartphone yang digunakan.

Kini virus ini sedang melalui proses penyebarannya ke seluruh negara. Fakta ini dibuktikan melalui Search Keywords di blog aRz. Betul ka? Tak Percaya? Jom tengok gambar dibawah

Search, keywords, arzmoha, blog, blogger malaysia,
typo di search keyword

Haha ingatkan masa menaip di group saja ada typo rupanya search keyword pun typo juga. Walau apa pun terima kasih sebab sudi taip dan masuk ke blog aRz.

Alang-alang dah bercerita mengenai ExchangeFeedGroup diatas tadi jadi aRz panjangkan sedikit mengenai apa yang aRz dah belajar mudah-mudahan ia menjadi perkongsian yang bermanfaat.

Blog Capai 100% SEO

chkme, SEO, score SEO, 100, tips blogging,
SEO score

aRz yakin semua inginkan blog masing-masing mesra SEO bukan? Apa guna adanya blog jika tidak mampu sampaikan pada pembaca yang benar-benar ingin mencari maklumat yang sedang anda sebarkan. Jika anda menjalankan perniagaan pastinya anda inginkan blog anda sentiasa berada di page pertama carian enjin Google.

Jika anda ingin perubahan ketara, jawapannya anda perlu mencari penyelesaiannya dengan segera. Antaranya menuntut ilmu, mengupah pada yang pakar, membuat penyelidikan di google atau bersama-sama dengan aRz serta kawan-kawan di EFG

blog mesra seo, chkme, SEO,
Senarai barisan ahli EFG beserta Score SEO

Jika anda ingin sama-sama berjaya dan berkongsi ilmu blogging ringan jari jemari anda turut serta bersama kami. Tiada bayaran dikenakan setakat ini. Ianya PERCUMA. Berpeluang mengenali blogger lelaki yang KACAK, MACHO, COMEL tetapi semuanya sudah berpunya. Tidak lupa barisan blogger wanita yang Comel, Manis, Segak, Cantik ada yang sudah berpunya dan masih lagi single and available. 

Walaubagaimanapun ruang whatsapp ini dikhaskan untuk bertanyakan mengenai blogging, perkongsian ilmu, pertanyaan rasmi dan juga tidak rasmi sahaja.

Baiklah aRz hanya berkongsi sesuatu yang baik untuk anda. Tepuk dada tanya selera. Mahu berada ditempat yang sama atau membuat perubahan demi untuk sebuah kejayaan. Jika anda berminat untuk sama-sama menyertai aRz dan kawan-kawan bolehlah 

emailkan pada :
azrilmohdhaniffa@gmail.com

atau whatsapp/sms/call :
011-27130797

atau hubungi seperti yang tertera di dalam gambar di bawah

Jumpa Lagi

EFG, Exchange Feed Group, BUkan Sembang Kosong,
ExchangeFeedGroup



{ 43 comments.. read them below or add one }

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 5 Apr 2015, 12:22:00
Assalammualaikum... arzmoha,

mselim3 pun tak dapat seo chme nie 100 % ... oklah... boleh aje mselim3 macam mana nak dapat 100 % nie...

mselim3
adk dayah adk dayah 5 Apr 2015, 12:43:00
search keyword guna ubat gigi tu yang x tahan..haha
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 12:50:00
itu mungiin bersihkan lampu kereta guna ubat gigi rasanya
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 12:52:00
jom mselim join kami di efg. ramai yang akan membantu
Cetusan Minda Cetusan Minda 5 Apr 2015, 14:05:00
sis kerap juga typo ... heh heh
shamiera osment shamiera osment 5 Apr 2015, 14:30:00
ada polis typo tu x tahan kan.. cc:kc :P
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 14:57:00
haha KC sentiasa memerhati typo
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 14:57:00
haha KC sentiasa memerhati typo
Jari Manis Jari Manis 5 Apr 2015, 15:43:00
nk citer pasal virus typo tu satu perenggan je...selebihnya pasal EFG.....tajuknya berkenaan Virus Type hurmmm...ponink den
Jari Manis Jari Manis 5 Apr 2015, 15:44:00
tahniah kerana blog ArZ mesra SEO...blog sis JM..totally out
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 5 Apr 2015, 16:14:00
Apa nih? Kejap EFG.. Kejap SEO... ABC mana? Hausss dah nih!
Eny Abdullah Eny Abdullah 5 Apr 2015, 16:34:00
eh bukan kak eny tau yg search tu hahaahhahaha
anajingga anajingga 5 Apr 2015, 16:46:00
huhu filem indon best giler pun melekat di arzmoha , ada ke entri tu ... EFG bukan sembang kosong.. :)
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 19:44:00
sebabnya virus ni banyak datang dari group EFG sis JM
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 19:45:00
ada kak ana masih melekat sampai sekarang
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 19:47:00
muahaha kak eny saya tak sebut pun hehe
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 19:48:00
betul jia kalau taip laju-laju pasti banyak typo
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 19:49:00
sis JM tak perlu SEO sebab ramai peminat
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 19:51:00
ada cerita pasal ABC ka? haha
Amy J Amy J 5 Apr 2015, 21:21:00
macam best pula exchange2 ni... nanti saya wssap abang arz ye mengenai seo ni..
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2015, 01:47:00
memang best sedikit sebanyak memberi kesan pada UV blog
Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL 6 Apr 2015, 09:42:00
jangan lepaskan peluang .."Berpeluang mengenali blogger lelaki yang KACAK, MACHO, COMEL tetapi semuanya sudah berpunya. Tidak lupa barisan blogger wanita yang Comel, Manis, Segak, Cantik ada yang sudah berpunya dan masih lagi single and available. "
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2015, 11:18:00
hahaha......tawaran istimewa
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 6 Apr 2015, 11:48:00
SP tak pernah rajin nak join group whatsapp, malas sangat nak on..hehe
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 6 Apr 2015, 14:45:00
Aah,Arz...type lelaju mesti typo.
Mmg betul faktor smartphone jugak..otomatik keluar anything yang related.
Farrah MF Farrah MF 6 Apr 2015, 22:13:00
Betul kata Sis JM. Gigih gak akak membaca nak sampai ke part virus typo tu :)
Farrah MF Farrah MF 6 Apr 2015, 22:15:00
Terhibur jap baca keywords kat atas :)
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 7 Apr 2015, 14:25:00
typo x pe tp jgn terbawa2 msk ke dlm dewan exam ;)
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 7 Apr 2015, 20:37:00
hahahahaaahaa... #EFG kena keluarkan ubat mengatasi penyakit typo ni... confirm laku...!!

ehhh... jap... tapi kan Typo Tu Comel....!! hehehehehe... :)
sayidah napisah sayidah napisah 8 Apr 2015, 02:50:00
perghhh terharunya abg arz puji kc. yela kat atas tu kata blogger comel. kc kan? muahahaha
aRz MoHa aRz MoHa 8 Apr 2015, 08:49:00
Lupa pula nak letak blogger COMOT hahaha
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah 8 Apr 2015, 17:15:00
Search keyword pun typo gak tuh,dsyatnya penyebaran virus typo ni ;)
Nik Ainaa Nik Ainaa 8 Apr 2015, 21:07:00
geng efg kaki typo. yeah!
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 10 Apr 2015, 14:33:00
typo..salahkan keyboard..hehe..
bestnya mesra SEO..
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 13 Apr 2015, 12:07:00
kalau tak selalu update blog boleh ke join ? itewww malu hahaha..
mama 3farhanah mama 3farhanah 26 Apr 2015, 12:48:00
saya pun selalu typo jugak
dah nampak tapi malas nak perbetul

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih