Menggigil Selepas 2 Tahun Meninggalkannya

photography, arzmoha, rain, hujan, gambar cantik, Gerik, Car, Hill, Bukit,
| arzmohdhaniffa photography | Titisan Hujan

Salam. Hari ini cuma nak berkongsi pengalaman. Bagaimana sukarnya nak melakukan sesuatu perkara yang dah lama kita tinggalkan. Bagi aRz 2 tahun itu agak lama. Bagi mereka yang ketagihan menghisap rokok pastinya jangka masa itu sesuatu yang cukup hebat jika berjaya meninggalkan tabiat buruk itu.

Tetapi hari ini apa yang aRz ingin kongsikan bukanlah aRz ini seorang penghisap rokok tegar, atau mengambil benda-benda yang tidak elok.

BUKAN

aRz mengamalkan gaya hidup yang sihat. aRz tahu rokok dan sebagainya merupakan suatu perkara yang merugikan. Tak hensem pun hisap rokok. Tak macho pun. Tak suwett juga.

Jadi apa yang aRz tinggalkan?

Ceritanya begini. Pagi jumaat lepas, aRz terbaca satu memo di atas meja. aRz yakin ia dari tulisan rakan sekerja. Rasa macam nak koyak. Sebabnya memo tersebut mengajak aRz untuk ke kepada perkara yang aRz dah lama tinggalkan. Orang yang terlibat dengan perkara ini pun mungkin terfikir aRz tak mungkin kembali lakukannya.

Tetapi selepas dipujuk beberapa rakan, aRz tarik nafas dan terima ajakan tersebut.

Ya pengaruh rakan sebaya. Tapi tak sebaya sangat pun.

"huh...." Rasa menyesal pun ada. 2 tahun ditinggal pergi. 

Banyak suka dan duka yang dah pun dilalui. Bukan mudah. Tetapi perlu korbankan sesuatu. Masa, wang dan sedikit perhatian.

Teringat kali terakhir.

langkah, erti kalah, jangan mengalah, arzmoha, gambar cantik, photography, foot,
| arzmohdhaniffa photography | Melangkah jangan kenal erti kalah

Ya. Kali terakhir aRz lakukan perkara ini.

Kaki bagaikan bergetar. 

Lutut menggeletar bagai ternampak harimau.

Jantung usah dicakap "dup dap dup dap" bermacam melodi ada cuma masa tu belum ada lagi rentak 'sakitnya tuh disini'

Badan terasa seram sejuk.

Otot-otot tangan dikemaskan. Melihat pada benda tu. 

Bulat. Licin. Agak berat.
Tatkala ini. Hanya Allah saja tahu. aRz sedang melawan dengan jiwa yang memberontak.

aRz perkemaskan nafas, tangan sambil memegang dicelah cari benda bulat itu.
Ternyata ia menguji emosi dan mental.

Masa ini bagai ada suara yang tergiang-giang di telinga, suara yang lembut tidak terlalu menggoda.

"Kau Boleh"
"Fikirkan Kau Boleh"
"Aku Pasti Boleh"

Bak iklan Milo.

Lantas segala telah bersedia aRz memulakan langkah melepaskan bola Bowling yang di hadiahkan oleh seorang rakan ke arah Lorong.

Tapi bukan rezeki. Cubaan pertama masuk longkang. Ternyata aRz bukan dilahirkan sebagai Juara Bowling.

aRz terima hakikat ini. Tetapi esok sekali lagi aRz akan kembali setelah 2 tahun meninggalkannya dengan memperkemaskan langkah, mental dan emosi.

Mudah-mudahan terpilih mewakili pejabat.

Jumpa Lagi.


#exchangefeedblog
#EFGBukanSembangKosong

{ 56 comments.. read them below or add one }

Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 30 Mar 2015, 23:30:00
Amboii tajuk ingat pe laaa tadi huhu
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 30 Mar 2015, 23:30:00
Amboii tajuk ingat pe laaa tadi huhu
Diari Ibu Zarith Diari Ibu Zarith 31 Mar 2015, 02:49:00
hahaha..ingatkan ape tadi. dedo jek baca. siap ada sakitnya tuh disini tuh haha
anajingga anajingga 31 Mar 2015, 08:16:00
suka buat suspen, hehe.. bak kata pepatah EFG tajuk kena kontroversi haha... :)
Nurul Shahira Nurul Shahira 31 Mar 2015, 08:41:00
Tajuk suspen. Permulaan pun suspen. Haish.
Inani Hazwani Inani Hazwani 31 Mar 2015, 09:06:00
hahahhaha. saspenn. zasssss !
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 31 Mar 2015, 14:08:00
Assalammualaikum.. arzmoha,

hahaha.. ingatkan apa tadi... rupa nyer baling bola bowling... suspend aje.. heheh

mselim3
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 31 Mar 2015, 18:52:00
Tu lah, Arz.
Cepat-cepat saya baca nak tau ending.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 31 Mar 2015, 18:53:00
Berdebor2 saya baca.
Kalau bukan rokok
...apa pulak halnye ni?
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 31 Mar 2015, 18:53:00
Kalau doktor, biasa dengan ECG..
Untuk check jantung.
syira yaya syira yaya 31 Mar 2015, 21:15:00
ayat bombastik..bikin saspens je baca..hahaha.
Sobri Yaacob Sobri Yaacob 31 Mar 2015, 23:21:00
owh boling..ingatkan apa tadi bro..
dah agaklah.. nice writtinglah,.
mudahan terpilih..good luck
Manan Qayyim Manan Qayyim 1 Apr 2015, 10:30:00
biase la tu... dah lame tak main bowling....

Owh! Jom Kenal | Segmen - Owh!MananQayyim™
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 1 Apr 2015, 17:08:00
aRz.....!!
ada juga kena hempuk dengan bola bowling jap lagi ni....

arrrggghhhhh.....!! :p :p :p
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 1 Apr 2015, 18:10:00
Tak boleh jadi wakil negara ni, nervous sangat..hehe
aRz MoHa aRz MoHa 1 Apr 2015, 20:49:00
muahahaha...wakil negara training hari hari
aRz MoHa aRz MoHa 1 Apr 2015, 20:50:00
hehe yaka kaka lya dan Dr Shikin...jangan marah aaa
aRz MoHa aRz MoHa 1 Apr 2015, 20:51:00
Tajuk macam ni biasanya orang suka baca kan?
aRz MoHa aRz MoHa 1 Apr 2015, 23:30:00
owhhh ECG check jantung....tp EFG bagi sakit jantung hehe
Anizz Annisa Anizz Annisa 2 Apr 2015, 01:10:00
hahah.. hempuk pakai bola bowling xbest.. durian best..hahah :P
Cikk Mimin Cikk Mimin 2 Apr 2015, 12:23:00
pening jugak nak fahamkan .. 3 kali jugak repeat baca. hahaha
Nani Nani 2 Apr 2015, 16:14:00
hihiii..ingat apa tadi...rupanya main bowling....
teruskan latihan, semoga berjaya...
Siti Aisya Ibrahim Siti Aisya Ibrahim 2 Apr 2015, 20:35:00
abg arzzz....ape ni, xfaham kita story ni... abg arz isap rokok ke main bowling ni.... pening222 :D hahahahah
Jari Manis Jari Manis 2 Apr 2015, 21:01:00
cehh..tu je nk citer...gigil bagai...dap dip dup bagai...ahahaha...setakat bowling je kot...sis JM pejam mata pun boleh strike ahahahah
Jari Manis Jari Manis 2 Apr 2015, 21:02:00
aisya pun pening baca entri ni eh..ahaha...
Jari Manis Jari Manis 2 Apr 2015, 21:04:00
kalau nk terpiluih haruslah byk training...tangan tu pastikan lurus....cara baling pun perlu ada style..x leh main belasah je
aRz MoHa aRz MoHa 2 Apr 2015, 21:11:00
hahaha untuk aisya saya akan buat entry dalam bahasa germany sis JM
aRz MoHa aRz MoHa 2 Apr 2015, 21:12:00
ini bukan men cilok menyorok sis JM kena pejam mata hehe
Jari Manis Jari Manis 2 Apr 2015, 21:29:00
terpiluih? ahahaha...apa lah yg aku tulis nih
Jari Manis Jari Manis 2 Apr 2015, 21:32:00
kalau mencilok pejam mata mmg cari nahas lah
Cik Iput Cik Iput 3 Apr 2015, 12:02:00
ingatkan mendaki gunung kinabalu tadi...hehehe
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 3 Apr 2015, 15:45:00
Anizz nak hempuk dengan durian...??
kurang pulak sorang ahli EFG nanti.. kekekekekeee... :p
Anizz Annisa Anizz Annisa 5 Apr 2015, 10:05:00
ahahahha... typo teruk ni kak JM..hahah
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 5 Apr 2015, 16:21:00
iklan milo bukan ke "Kalu tak pahit bukan tongkat ali namanya"... Salah ehhh? He He He...
Jari Manis Jari Manis 5 Apr 2015, 16:33:00
Anis : Virus Typo bak kata ArZ
Jari Manis Jari Manis 5 Apr 2015, 16:34:00
rupanya x de menda pun kan Sha
Jari Manis Jari Manis 5 Apr 2015, 16:36:00
mcm dalam cite seram ke bang!
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 21:06:00
abc? ecg? EFG? ABC? coding ka ni hehe
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 21:08:00
macam baca novel seram tak?
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 21:09:00
hai syira terima kasih. sebagai blogger kena pelbagaikan cara menulis
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 21:10:00
terima kasih sobri yaacob lama tak dengar kisah mengembara SY
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 21:11:00
virus semakin menular haha
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2015, 21:11:00
ha??? tongkat ali??? pahit?
Jari Manis Jari Manis 5 Apr 2015, 21:28:00
lagu hindustan..pernah dgr...ABCDEFG...XYZ! I love U...
Jari Manis Jari Manis 5 Apr 2015, 21:29:00
sah aRZ x pernah minum..kacip fatimah pernah minum?
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2015, 02:22:00
pernah.... i love u? untuk SS ka?
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2015, 02:23:00
muahaha...alamak cium belakang kereta la
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2015, 02:23:00
rileks baca secara santai ya hehe
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2015, 02:24:00
haaa? kicap cap tamin pernah rasa muahaha

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih