Aku Dia dan Germany

blog, blogger malaysia, arzmoha,

Salam. Ini bukan tajuk novel. 
Ini juga bukan tajuk filem Indonesia. Ini bukan juga juga juga cerita cinta aRz masa sekolah menengah. 
Ini cerita lain dari yang lain. Jom baca lagi.

aRz sendiri tak pernah sampai ke germany, negara yang terkenal dengan nama Heronya "Hitler".  Bukan sekali-kali entri ini nak cerita tentang hitler. Walaupun kuasa empayarnya sangat hebat. Cumanya nak ceritakan tentang seorang pasangan warganegara Malaysia yang berpeluang tinggal disana untuk beberapa tahun.
Siapa?
Siapa?
Siapa?

Siti Aisya Ibrahim - jindrisska.blogspot.com

Seorang yang berstatus berkahwin. Seorang pelajar. Seorang blogger. 
Menarik bukan. Lebih menarik lagi pengalaman pasangan ini berada di negara "Hitler". Menjadi seorang pelajar Engineering di Negara ini sudah tentu suatu pengalaman yang hebat bukan. Kalau tetiba 'homesick' nak buat macam mana? Hentuk kepala dekat dindingla. Betul ka dia seorang student?

Student Life, germany, siti aisya
Bukti masih seorang pelajar

Kehidupan di Tempat Orang

Selain dari seorang pelajar. Siti Aisya juga meneruskan alam perkahwinannya di sana bersama suami tercinta. Pergghhh dapat belajar kat sana, bersama pasangan. Tentu seronok. Cuba bayang jap rasa macam mana? Kalau tak boleh bayang, tengok gambar dibawah.

Salji, germany, jindrisska blogspot,
Belajar, berumahtangga dan berjalan

Bab pijak snow aRz sendiri pun jeles baq hang. Baik, macam mana pula cara makan kat sana? Kalau jenis perut macam aRz yang setiap hari asyik teringat nasi kandar. Memang sebulan ja. Pastu terbang balik ke Malaysia. Bagi pasangan ini pula mereka masak sendiri. Paling menarik tanam taugeh sendiri. Mereka juga berkongsi serba sedikit makanan yang menarik disana, ada juga perkongsian secawan kopi - khas buat penggemar kopi macam aRz.

Perkongsian Pengalaman Bercuti

Jeles jangan cakaplah . Berpeluang tinggal di negara yang hebat dari segi architecture dan engineering. Dapat melihat keindahan senibinanya, cara hidup, pemakanan disana.  Tapi yang membuatkan lagi sakit mata ada satu sebab. Perkongsian gambar-gambar sekitar germany, percutian di negara eropah yang lain..

pengalaman, bercuti, negara eropah, itali,
Bersama Sampan di Venezia

Pisa tower, blogger, siti aisya, blogger malaysia
Gergasi yang menyentuh Menara Pisa

Kekadang mata seakan berair. Bukan sebab blogger ini berkongsi kisah sedih. Tetapi perkongsian gambar-gambarnya ketika bercuti bagai diracun. Meleleh air mata tengok. aRz cuma mampu berkongsi gambar Lombong yang terbiar muahaha.

Personalitinya

Ada orang kata, kebiasaan dengar orang yang belajar di luar negara sombong. Mana tidaknya dapat ke negara orang. Sebelum kenal dengan blogger ini jangan tergesa-gesa buat kesimpulan macam tu. aRz kenal dengan blogger ini dari blognya dan semakin mengenali setelah Siti Aisya juga turut serta dalam #ExchangeFeedGroup. Blogger ini sangat ramah, suka berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada, serta tidak sombong untuk berkunjung ke blog blogger lain.

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

Inilah serba sedikit perkongsian aRz mengenai seorang blogger yang lain dari lain. Walaupun jauh dari kampung halaman tetapi ia tetap dihati. aRz boleh bercerita mengenai blogger ini. Betul atau tidak anda tidak perlu percaya sebaliknya perlu nilai sendiri. Rugi kalau belum berkenalan dengan blogger yang ramah ini. aRz berani kongsikan sebab aRz ingin anda juga dapat bersama membaca pengalaman menarik yang dikongsi kan di blognya. TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA.


Siti Aisya juga berkongsi gambar-gambarnya di Instagramnya


dan jangan lupa follow



Jumpa Lagi






{ 48 comments.. read them below or add one }

Nik Ainaa Nik Ainaa 23 Mar 2015, 22:29:00
waaah!! entry khas utk kak Aisya ni. hehe adeh, bestnya prgi german >_______<
aRz MoHa aRz MoHa 23 Mar 2015, 22:59:00
ia ada pengalaman yang menarik kan?
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 23 Mar 2015, 23:24:00
Wah wah wah wah ,.bila arz moha mereview ., fuhh dasyat dasyat..Tahniah Aisya,.byk pengalaman sya kt negara org.,
cikpinz cikpinz 23 Mar 2015, 23:27:00
Ingat Arz yg pergi Germany hehe
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 23 Mar 2015, 23:37:00
Berapa kali dengki dengan Aisya ni sebab rasa dia sangat bertuah... sangat2 bertuah ! Lagi bertuah jadi role model dalam entri bro arz... hahaha
sayidah napisah sayidah napisah 23 Mar 2015, 23:48:00
fuyyoo jeles nyeeee hehhee. abg arz~kc bila pulak? hehhe
Zaidalifah Hussin Zaidalifah Hussin 24 Mar 2015, 00:28:00
Rindu lak rasa nak g travel oversea....
Kakcik Nur Kakcik Nur 24 Mar 2015, 06:04:00
Mudah2an ada rezeki kakcik untuk memijak salji juga... :)
aRz MoHa aRz MoHa 24 Mar 2015, 08:37:00
kakcik nur hari tu tak dapat sentuh salji ka?
aRz MoHa aRz MoHa 24 Mar 2015, 08:38:00
Kalau KC kena buat tajuk, Aku Cekelat dan Cekelat hehehe
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 24 Mar 2015, 08:41:00
ni ala2 review blog la ya,..
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 24 Mar 2015, 12:37:00
bestnya dapat review macam abg arz.. hehe..
Eny Abdullah Eny Abdullah 24 Mar 2015, 14:00:00
waahahhhh bestnyaaa baca review mcm ni!! :D
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 24 Mar 2015, 15:01:00
aarrggghhh... meleleh airmata juga....!! tang pijak ais keruk-kerak-keruk-kerak tu alahaaaiiii,,. bila la ain nak merasa pulaaaa....!! gegegegegee...

apapun... tahniah aRz.. review yang menarik... :)
miminadam miminadam 24 Mar 2015, 17:21:00
memang dream betul, ramai membe yg study kat lua negara, menyayat hati betul tgok gambar cantik2 dari view yg depa snap. lagi laa kak aisya, banyk kenangan manis pahit dia kat sana
Myliferia Myliferia 24 Mar 2015, 18:26:00
Wahhh, tumpang seronok tengok kehebatan negara orang.
anajingga anajingga 24 Mar 2015, 19:14:00
touching nya review aRz buat aisya
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah 24 Mar 2015, 20:30:00
sy pun teringin nak pi negara2 eropah huhu
aRz MoHa aRz MoHa 25 Mar 2015, 00:15:00
insyaallah semoga tercapai hajat
aRz MoHa aRz MoHa 25 Mar 2015, 00:15:00
aduh belum cukup pitis CP
aRz MoHa aRz MoHa 25 Mar 2015, 00:16:00
banyaknya perkataan bertuah hehe.
aRz MoHa aRz MoHa 25 Mar 2015, 00:17:00
huh...betul jeles tahap gaban kat situ
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah 25 Mar 2015, 10:09:00
dulu teringin nak belaja kat german, tp tak berapa cerdik , dapat over the sea di unimas pun jadilah ;)
Bunda a.k.a KN Bunda a.k.a KN 25 Mar 2015, 14:56:00
Wah! Memang hebat blogger Siti Aisyah ni....lepas ni bolehlah bunda terjah blog beliau dan follow insta beliau...
hainom OKje hainom OKje 25 Mar 2015, 16:08:00
Assalam Arz....lama tak singgah sini...
Alahai bestnya dapat jejak kaki ke German......cuma yg tak bestnya sebab belajar huhu...ada tanggungjawab yg nak kena settle.
Tak pelah rezeki orang..... hihi.... rezeki OKje duk rumah tak payah susah susah nak kerja pun dah best sangat dah ni!
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 25 Mar 2015, 19:22:00
Entah bilalah dapat melancong ke luar negara ni..huhu
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 25 Mar 2015, 21:49:00
bestnya dpt peluang bercuti dinegara org kan..dpt la rasa snow kruk kruk haha
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 26 Mar 2015, 02:54:00
Arz.. meh nak habaq something.. hihi rahsia.. ritu chat ngan Aisya tau.. dia cakap dia terharu sngt2 tahap bleh mleleh air mata sbb Arz review dia smpai tahap macam ni..

then CT pun datang la ni nak bace hehe.. peeergh mmg tahap tip top gua kasi tabik spring.. yg bace ni pun rasa terharu eeeh ? ahahaha.. patutla Aisya feeling sendu.. touch the heart gitu =D

ps : blog CT ? ehehehe lawak je..
Kisahati Wanie Kisahati Wanie 26 Mar 2015, 10:03:00
memang impian kebanyakkan orang nak belajar or travel overseas kan?kawan wanie ramai sangat kat overseas...nak jugak..tapi bila kata kat mak, mak kata toksah la...belajar dalam negara je..uhuk! its ok...semoga Aisya terus berjaya dan dipermudahkan kat sana !
aswa leyla aswa leyla 26 Mar 2015, 16:59:00
best nye jadi k.aisya kan.nnti kite p german suruh k.aisya belanja . muahahahaha .*gelak abg arz
Siti Aisya Ibrahim Siti Aisya Ibrahim 27 Mar 2015, 04:47:00
Ya Allah arituh kita komen guna fon, komennya xde plak dekat sini...adoyai... abg arz, meh nak stori...mmg betul kak siti cakap, kita terharu habes masa bace abg arz tulis ni....rasa nak tertumpah ayor mato den ni haa...tq banyak2 abg arz :D
Jari Manis Jari Manis 27 Mar 2015, 11:02:00
blogger Aisya nih? kenal...kenal...
aRz MoHa aRz MoHa 27 Mar 2015, 20:22:00
boleh tinggalkan 10 ribu komen bulan ni muahahaha
aRz MoHa aRz MoHa 27 Mar 2015, 20:23:00
Jangan lah sampai tumpah air mata.....risaua juga masa nak publish takut tak menepati citarasa aisya
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 08:37:00
Review aRz MoHa memang akan buat kite menetes netes kan airmata berbaldi2.... Ha Ha Ha...
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 08:38:00
SS kenal blogger ini... Sometimes I is jeles.... He He He...
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 08:40:00
Ini komen ke karangan? Hi Hi Hi...
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 28 Mar 2015, 08:42:00
Suida pon pernah review pasal SS.. Ha Ha Ha...
Farrah MF Farrah MF 30 Mar 2015, 20:42:00
SS nak tanda karangan ke? Meh tolong saya ;)
Farrah MF Farrah MF 30 Mar 2015, 21:00:00
Simpan air mata tu SS. Berbaldi-baldi boleh buat hantaran pinang puteri gunung ledang :)
Farrah MF Farrah MF 30 Mar 2015, 21:02:00
Memang seronok dan terhibur baca blog Aisya ni :)
Anizz Annisa Anizz Annisa 2 Apr 2015, 01:38:00
aku coco dan coco crunch la abg arz..hahahah
Anizz Annisa Anizz Annisa 2 Apr 2015, 01:40:00
iols bace penuh ketekunan tadi.. setiap titik pada ayat anis perasan..selalu langgar je..hahha... bertuah kak aisya.. review panjangggg tu..huhu

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih