Skip to main content

Key Chain Dari Paris

bungkusan, briefzentrum, germany, post, arzmoha
Bungkusan pertama dari Germany

Salam. Alhamdulillah. Siapa pernah ke Paris?
Saya sendiri pun belum berpeluang untuk berpijak di bumi Paris. Cuma sempat buat lawatan tergempar menggunakan Street View. Ok, Kalau sebelum ini saya terima poskad dari Korea, kemudian Cenderahati dari Sabah, kali ini hadiah Paris Sourvenir Giveaway.
Hadiah ini saya terima disebabkan join Giveaway yang dianjurkan oleh blog http://jindrisska.blogspot.com/ 
Beruntung sebenarnya join giveaway dan juga segmen yang dianjurkan. Lepas ni kita ringankan tangan untuk sama-sama join dan support ok. Saya pun dah lama tak join mana-mana giveaway. Insyaallah esok nak kejar balik giveaway yang ada.

Baik berbalik kepada sampul yang saya terima. Terkejut juga bila tengok sampul bukan dari negeri dalam Malaysia. Tetapi dari luar negara. 

Setem Deutschland, germany
Setem Deutschland
Teringat masa saya masih di bangku sekolah rajin mengutip setem buat koleksi. Tapi hobi tu dah berkubur. Kalau hobi tu masih 'hidup' lagilah excited dapat setem macam ini. Walaupun giveaway sourvenir dari paris dari ianya di pos dari germany, saya rasa la....sebab setem Deutschland dan cop Briefzentrum. Saya pun tanya kawan saya En. Google. Briefzantrum adalah sebuah syarikat pos di germany. Betul ka?
Nanti penghantarnya akan beri jawapan yang betul. Jom tengok keychain dari Eiffel Tower, Paris

Eiffel tower, paris, france, arzmoha
Key Chain Eiffel Tower, Paris, France
Eiffel Tower, Street View
Google Street View - Eiffel Tower
Macam mana, sama tak? Terima kasih buat tuan empunya blog seperti yang saya sebutkan di atas. Sangat menghargai. Mudah-mudahan ada rezeki untuk mengelilingi dunia satu hari nanti buat saya dan juga pembaca blog saya.

Setakat ini saja.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. As'salam ala kira blogger bertuah hari2 dapat hadiah..terbaik bro! lawa ...lah..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah dapet hadiah ke paris hehehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah ArZ..untung kan ber blog dah kenal ramai kawan di alam maya...

    ReplyDelete
  4. Tahniah....! Cantik nye lahai...

    ReplyDelete
  5. anis pun dapat jugak tapi tak sampai2 lagi..hihi.. cantiknyee.. xsabar nak merasa pegang plak.. hihi.. mula2 kita dapat replika je.. mane tahu lepas nie merasa betul2 depan eiffel tower..hihi.. tahniah!! :)

    ReplyDelete
  6. wah cantik sgt ok..
    jealous tu..

    ReplyDelete
  7. Congrats, aRz.
    Setem tu betul2 buat akak tergoda :)

    ReplyDelete
  8. jauhkan aisyah hantar.. tahniah arz :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah Arz..tunggu dari CP pulak ye

    ReplyDelete
  10. tahniah bro Arz :)
    merasa angin paris ^^

    ReplyDelete
  11. wahhh bestnya tahniah...
    nk terjah blog tersebut lah

    ReplyDelete
  12. Tahniah yeh Arz...Memang sejibik dengan yg real hihi!

    ReplyDelete
  13. cantik gambar abg arz amek!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...