Mini Danboard dari Japan

danbo, mini danboard, japan, kreatif, unik
Kotak Danbo Masa Sampai
 Salam. Alhamdulillah. Kembali bersiaran
2 hari rasanya tiada entri. Sakit kepala yang amat. Baring menahan kesakitan. Makan pun tak berapa selera.
Cuba tidur. Mandi. Harapkan sakit kepala hilang. Tetapi hilang tapi muncul balik.
Petang geng badminton beraksi. Saya lepak tepi. Orang sakit kepala nak main macammana kan?
Dalam tengok reaksi kawan-kawan bersukan ada juga terselit aksi lucu. Tak sangka dengan ketawa sakit kepala boleh hilang. Alhamdulillah.
Baik. Kembali kisah Danboard atau nama pendek danbo. Kalau tak silap saya, jika silap boleh tegur ya, danbo berasal dari perkataan "danbooru" yang bermaksud 'style board'. Danbo jugak datang dari sebuah komik. Tapi saya tak ingat pula komik apa. Siapa tahu?

Sebenarnya dah lama mencari danboard ni. Harganya pula ada banyak. Lebih kurang seratus lebih. Ada yang datang beserta banyak kepala, dan macam-macam. Tapi saya sarankan kalau nak membeli, beli saja di Ebay. Selamat sikit.

Saya tak pula beli di ebay. Kebetulan ada seorang kawan yang berada di Japan. Saya pernah bertanya pada dia tolong tengokkan harga danbo disana. Kebetulan juga, sebelum hari raya puasa, kawan saya mesej cakap ada mini danboard. Harga RM 50. Kos penghantaran tak perlu sebab dia memang nak balik Pulau Pinang masa Hari Raya. Apalagi senyum panjang laaa..
mini danbo, japan, kretif, unik
Bila di pusingkan kotak nampaklah danbo.
Baik, Saya tak pernah kaji saiz sebenar danboard, mana satu yang original, walaupun ada pertanyaan dari kawan-kawan saya. Saya jawab dapat miliki yang ini pon dah cukup baik. Ada cop amazon atau tak yang pasti ianya danbo itu dah cukup menggembirakan.

Kalau lihat gambar dibawah pula. Kepala besar danbo itu sebenarnya adalah kotak yang menyimpan danbo.
Kepala besar yang saya maksudkan lihat disini. Saya cuma cabutkan kepala asal dan letakkan kotaknya di atas badan danbo. Danbo ini boleh dileraikan, tangan, kaki, kepala semua boleh dileraikan.

danbo, mini, danboard, japan
Danbo dan Kotak Penyimpannya
Besar mana sebenarnya danbo? Mini danbo ni kecik sikit dari saiz danbo. Tengok gambar dibawah. Rasanya boleh agak kot besar mana mini danbo ni kan? Tak besar sangat. Danbo ni saya letak atas meja di tempat kerja. Kalau bawa balik rumah rasanya tercabut habislah dikerjakan Cik Puteri.

danbo, danboard, mini, japan, creative, gambar cantik
Capturing by One + One Smartphone milik En Fir. Model arzmoha.

Satu lagi cara nak dapatkan danbo. Pesan ada kawan-kawan yang melawat, sambung belajar, bekarja di negara matahari terbit. Kebetulan saya ada juga tanya dengan kawan saya di Japan, ada lagi mini danbo? Malangnya sudah tiada lagi. Saya pun tak tahu samada ini limited stok atau memang dah tak ada stok lagi. Ada masa lapang nak juga uji kreativiti dengan danbo ni. Insyaallah akan berkongsi di blog ini.

Jumpa Lagi.


{ 23 comments.. read them below or add one }

Farrah MF Farrah MF 5 Nov 2014, 12:21:00
Entri ni yg akak tunggu. Thanks, Arz. Kena survey pasal mini danbo ni. Akak berkenan yg kecil comel begini..
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 5 Nov 2014, 13:51:00
Dan board ni guna untuk buat apa?
Tak dapat imagine.
Arham Md Ali Arham Md Ali 5 Nov 2014, 15:35:00
Kawan aku sorang ada Danbo ni, lepas dia beli memang dia bawak kemana-mana untuk sesi fotografi. Pergi pantai bawak, pergi trip bawak :D
Anizz Annisa Anizz Annisa 5 Nov 2014, 18:16:00
laa ingat saje2 org buat.. banyak dalam ayat2 sedih la..kate2 motivasi la..danboard jadi model..huhu.. baru tahu asal usulnye.. ketinggalan sungguh..huhuhu... ape function dye eh? huhu
Jari Manis Jari Manis 5 Nov 2014, 22:08:00
cute sgt tetapi sbg hiasan je ke benda nih
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 23:58:00
Saya dah tanya kalau ada lagi. Insyaallah kalau ada dia akan balas semula. Tapi sebaiknya akak surveyla. Masa saya order ngan dia makan masa jugak nak tunggu jawapan
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 00:00:00
Nak terang takut Dr Shikin kurang faham. Paling mudah nak faham taip ja danboard di google akan keluar semua gambar danboard beserta kegunaannya.

Ia lebih kepada model atau mainan atau juga hobi mereka yang berjinak dengan photography
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 00:02:00
Hebat. Pasti seorang yang kreatif
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 00:04:00
Saya pun baru tahu asal-usul danboard huhu
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 00:09:00
boleh jugak sebagai hiasan akak JM
Amy J Amy J 7 Nov 2014, 06:42:00
oh, tu ke cerita di sebalik Danbo ni.. x pernah tahu lak.. ingatkan saja trend wat kotak macam tu... femes gak danbo di kalangan photographer erk..
Farrah MF Farrah MF 7 Nov 2014, 17:57:00
Hot demand si danbo ni...
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 9 Nov 2014, 15:50:00
Oooo...patutlah Arz minat.
Ada kaitan dengan photography rupanya.
mama 3farhanah mama 3farhanah 12 Nov 2014, 14:57:00
ingatkan barang permainan.
comel sangat
Scha Nazri Scha Nazri 13 Nov 2014, 01:52:00
Domo ni sesuai bagi peminat fotografi. macam2 cerita boleh buat.
aRz MoHa aRz MoHa 13 Nov 2014, 10:58:00
Dah lama sebenarnya danbo ni femes. Saya ja baru tercari-cari.
aRz MoHa aRz MoHa 13 Nov 2014, 11:01:00
Nak jadikan barang permainan pun boleh. tapi takut hancur la hehe
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 21 Nov 2014, 23:57:00
Danbo ???? Seyess tak tahu apa benda la benda tu ..Ingatkan robot kartun jer hehe ..baru tahu setelah diterangkan ..Malu la pulak tak alert hahaa
aRz MoHa aRz MoHa 24 Nov 2014, 10:36:00
danbo di dah femes lama kak lya
Farrah MF Farrah MF 19 Jan 2015, 15:16:00
Akak masih tengah survey2 rege si danbo ni, aRz :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih