Cik Puteri dan Nikon DSLR |
Salam. Dunia hari ini sudah berubah. Pantas.
Teknologi hari ini pun sudah murah untuk dimiliki jika nak dibandingkan dengan masa lalu. Teknologi, terutama kamera boleh dikatakan banyak pilihan dan banyak jenis. Boleh dimiliki kerana kehebatannya, kesesuaian dengan jiwa seseorang dari segi warna, dan juga kerana saiznya serta kegunaannya.
Hari ini saya nak kongsi sedikit teknologi kamera yang semakin berlambak di pasaran untuk BLOGGER secara khasnya tetapi boleh juga dibaca oleh mereka di luar sana yang suka merakam gambar khas untuk simpanan, koleksi dan untuk kegunaan yang menjana pendapatan serta mereka yang menyukai media sosial.
Seperti saya, saya lebih suka berkunjung ke blog yang dipenuhi gambar berbanding fakta yang panjang. Susah nak disiplin untuk baca, tetapi tetap kena baca. Membaca itu kan pelita ilmu. Walaubagaimanapun gambar yang cantik dan menarik mampu menarik pembaca ke blog kita.

JENIS KAMERA
Teknologi yg makin hari, makin murah, makin banyak pilihan sehingga susah untuk membuat pilihan. Apa Jenis kamera yang ada hari ini?
DSLR
Digital Single Lens Reflex atau mudahnya seperti gambar diatas. Dahulunya pernah menjadi trend, dimana saja kita boleh lihat rata-rata ianya digalas dan dibawa kemana saja. Kamera ini sudah tentu mampu menghasilkan gambar yang begitu berkualiti dan cantik. Tiada tandingan. Ianya boleh ditukar pelbagai jenis lensa. Harganya juga sudah mampu dimiliki.
Jika kamera jenis ini sedang difikiran anda. Anda harus memikirkan masak-masak supaya anda tidak menyesal membelinya. Antara KELEBIHAN DSLR (sebenarnya banyak tapi saya bagitau mana yang mampu sahaja)
1. Mampu menghasilkan gambar yang cantik.
2. Mampu merakam dan menghasilkan gambar dalam apa jua waktu dan cuaca. (siang, malam, panas, sejuk, mendung)
3. Mampu merakam gambar yang terlalu kecil mahupun terlalu jauh (diluar kemampuan mata biasa)
4. Merakam gambar pada kelajuan yang tinggi. Mengambil gambar yang bergerak tanpa ada kesan blur.
1. Saiz dan Berat. Saiznya agak besar dan agak berat berbanding kamera lain. Mungkin jika anda berseorangan tidak ada masalah. Tetapi setelah berkeluarga, anda perlu mendukung anak, membawa beg anak, beg kamera, itu baru anak seorang jika dua atau tiga orang? Melainkan minat yang mendalam. Anda mampu menggalasnya dengan penuh senyuman.
2. Penjagaan yang rapi. Kamera DSLR bukanlah seperti kamera lain. Ianya perlukan penjagaan rapi. Tidak boleh terlalu panas dan terlalu dingin. Ianya mampu membuatkan anda menjadi penternak fungus yang berjaya ( rujuk gambar di bawah)
3. Kos yang tinggi. Hari ini boleh dikatakan harganya semakin menurun disebabkan ianya bukan lagi trend pada hari ini. Walaubagaimanapun, jika anda membelinya, anda hanya dapat beserta lensa standard yang tidak mampu untuk fokus lebih jauh dan tidak juga berkeupayaan merakan gambar macro. Anda perlu laburkan lagi wang untuk membeli beberapa kelengkapan lain. Itu belum termasuk kos servis dan membaiki jika ada kerosakan.
Di pasaran hari ini, Kamera jenis DSLR sudah dilengkapi dengan keupayaan memuat naik gambar terus ke media sosial menerusi bulit in wifi. Usah risau jika tidak ada masa untuk membuka menerusi laptop atau komputer.
Jika kamera jenis ini sedang difikiran anda. Anda harus memikirkan masak-masak supaya anda tidak menyesal membelinya. Antara KELEBIHAN DSLR (sebenarnya banyak tapi saya bagitau mana yang mampu sahaja)
1. Mampu menghasilkan gambar yang cantik.
2. Mampu merakam dan menghasilkan gambar dalam apa jua waktu dan cuaca. (siang, malam, panas, sejuk, mendung)
3. Mampu merakam gambar yang terlalu kecil mahupun terlalu jauh (diluar kemampuan mata biasa)
4. Merakam gambar pada kelajuan yang tinggi. Mengambil gambar yang bergerak tanpa ada kesan blur.
![]() |
Macro | Google images (webneel.com) |
![]() |
Credit to : https://www.flickr.com/photos/peacezxp/8560790221/in/photostream/ |
KEKURANGAN DSLR
1. Saiz dan Berat. Saiznya agak besar dan agak berat berbanding kamera lain. Mungkin jika anda berseorangan tidak ada masalah. Tetapi setelah berkeluarga, anda perlu mendukung anak, membawa beg anak, beg kamera, itu baru anak seorang jika dua atau tiga orang? Melainkan minat yang mendalam. Anda mampu menggalasnya dengan penuh senyuman.
2. Penjagaan yang rapi. Kamera DSLR bukanlah seperti kamera lain. Ianya perlukan penjagaan rapi. Tidak boleh terlalu panas dan terlalu dingin. Ianya mampu membuatkan anda menjadi penternak fungus yang berjaya ( rujuk gambar di bawah)
![]() |
google images |
KELEBIHAN HARI INI
Di pasaran hari ini, Kamera jenis DSLR sudah dilengkapi dengan keupayaan memuat naik gambar terus ke media sosial menerusi bulit in wifi. Usah risau jika tidak ada masa untuk membuka menerusi laptop atau komputer.
GO PRO HERO
Kamera yang dilengkapi keupayaan merakam gambar dan video dengan kualiti yang agak tinggi. Anda boleh mencari di youtube kualiti video yang dihasilkan oleh kamera ini. Memang menarik dan cantik. Antara blogger yang menggunakan adalah Bro Eshamz Halim boleh juga bertanya pengalaman menggunakan Go Pro di blognya. Cuma apa yang saya boleh kongsikan. Kamera ini bersaiz kecil, ringan, mudah di bawa dan mampu menghasilkan kualiti gambar dan video yang cantik. Sekiranya saya tidak silap Go Pro 3+ mempunyai kelebihan built in wifi yang membolehkan anda transfer gambar ke smartphone anda dan dimuat naik ke media sosial dan sebagainya. Harga sekitar RM 1000++. Kelebihan dan keistimewaan yang paling utama boleh merakam gambar dan video di dalam air. Menarik sangat. Masih dalam wishlist saya. Ada nak sponsor tak? haha.
KAMERA SMARTPHONE
Baik, ini adalah yang terakhir. Hari ini kecanggihan teknologi kamera ini sehinggakan smartphone hari ini dilengkapi kamera yang sangat hebat dan berkualiti. Dengan Nilai RM 500 ke atas anda mungkin mampu memiliki Telefon + internet + kamera + editor dalam satu alat. Saya rasa inilah kamera yang paling sesuai buat blogger yang memerlukan kepantasan dalam mengupload gambar, entry di blog atau media sosial lain. Hari ini kamera dari smartphone serendah kurang dari RM 1000 mampu mengambil gambar dengan kemudahan autofocus. Autofocus kebiasaannya mampu menghasilkan gambar yang 'blur' atau 'bokeh' di bahagian background. Agak-agak faham tak? Dengan harga dari RM 550 - RM 1300 anda mampu memiliki smartphone yang dilengkapi kamera megapixel tinggi 8MP 13MP 5MP. Sudah tentu mampu menghasilkan gambar yang cantik. Selain dari mampu mengambil gambar yang cantik didalamnya tersedia pelbagai aplikasi untuk mengedit gambar supaya lebih cantik dan menarik. Ianya bergantung kepada kreativiti individu.
KESIMPULAN
Tidak kira apa yang saya tulis ianya adalah pendapat peribadi saya. Pemilihan adalah di tangan anda. Jangan kata saya tidak ingatkan pada anda. Walaubagaimanapun jika anda ingin kamera yang terbaik yang mampu melakukan semua perkara mungkin anda perlu memilih kamera yang ada di Smartphone yang harganya semakin hari semakin murah. Pemilihan kamera ini penting agar anda tidak menyesal dalam melaburkan wang anda untuk membeli kamera tetapi tidak menepati jiwa anda. Sehingga berlaku pembaziran. Pernah ada mereka yang melaburkan wang membeli sejenis kamera yang agak mahal tetapi akhirnya menjual semula pada harga yang lebih rendah kerana tidak menggunakannya. Ini saja yang mampu saya coretkan, harap memberi manfaat buat anda semua. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen.
Jumpa Lagi.
Jom baca entri berkaitan:
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan