Salam. Semoga semua sihat selalu. Masih lagi di bulan November.
Baik sekadar ingin berkongsi pengalaman percutian budget, ringkas, tempoh yang pendek. Sebenarnya ini semua atas permintaan dari Puan Isteri. Rasanya lama juga tak bercuti. Sempena Puan Isteri bakal berhadapan dengan audit, special request untuk bercuti juga walaupun tempoh pendek iaitu satu malam sahaja.
Kalau ikutkan perancangan mula, nak bercuti ke Teluk Batik. Sebab belum pernah jejakkan kaki. Tetapi agak bersyarat. Nak Hotel yang agak selesa, ada breakfast, ada swimming pool dan kedai makan berdekatan. Fuh....bukan mudah nak penuhi permintaan ini. Setelah cari dan cari dan cari dan cari....
Sebenarnya di Teluk Batik boleh dikatakan tiada hotel, yang ada adalah apartment. Tetapi kesemua yang agak memenuhi permintaan dah penuh. Apartment yang masih kosong sebenarnya mendapat komen yang agak tidak berapa cantik di laman Agoda. Sebenarnya bagus juga jika nak dapatkan review tentang hotel atau tempat yang kita ingin tuju dengan merujuk kepada laman Agoda. Tetapi aRz tidak tempah melalui Agoda.
Kembali pada tajuk perbincangan kita tadi. aRz terpaksa mengubah lokasi percutian dan terjumpa dengan sebuah hotel yang rasanya memenuhi citarasa permintaan Puan Isteri.
FLEMINGTON HOTEL, TAMAN TASIK TAIPING, PERAK
Inilah hotel yang dapat memenuhi permintaan Puan Isteri. Ada Swimming pool, bilik yang agak baik, dekat dengan kedai makan, breakfast disediakan, dan extra berhadapan dengan Taman Tasik Taiping.
Memang menarik jika dapat bilik yang berhadapan taman tasik taiping, tentulah memberikan rasa tenang melihat kehijauan. Tapi bilik pada hari ditempah hampir habis. Fuh...nasib baik masih ada kekosongan. Sebelum tu, ok tak swimming pool hotel ini? Tengok gambar yang paling atas. Menarik kan?
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Flemington Hotel, Taiping, Perak |
![]() |
Flemington Hotel Room |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | antara kelengkapan yang disediakan |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Flemington hotel bathroom |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Flemington Hotel |
Bagaimana? Bersih? Cantik? Baik walaubagaimanapun. Semasa check-in, karpet di bilik ini agak berbau, tetapi tidaklah terlalu kuat, mungkin belum kering sepenuhnya. Kedua aircond agak lambat untuk sejuk.
Tetapi bila dah sejuk menjadi agak selesa. SSebenarnya ada satu aktiviti biasa bila dah sampai hotel aRz biasanya berehat dulu. Ingatnya sebelah petang nak lepak di swimming pool saja tapi....
![]() |
Swimming pool Flemington Hotel. Hujan |
Sebab masa check in hujan lebat, jadi tak boleh kemana-mana. Kalau ada yang follow di instagram aRz boleh tahu aRz ada masukkan gambar. Bercadang sebelah malam baru keluar makan, sebelum sampai di Taiping aRz dah pun menjamu selera di RnR berdekatan Bukit Merah. Jadi Nak Pi Mana malam ni?
DOLI KUEY TEOW GORENG
Doli kuey teow goreng, kedai atau restoran yang di cadangkan oleh rakan facebook aRz semasa bercuti kesini juga pada tahun lepas. Bila dah sampai sinim rasa macam kedai makan wajib untuk singgah. Pertama sekali aRz kongsikan dulu lokasi Doli restoren ini. Bagi memudahkan pembaca blog aRz boleh tengok maps dibawah.
Apa yang menarik sangat dengan Doli restoren ni? Doli ni paling famous adalah Kuey Teow Gorengnya. Pertama kali singgah kat sini, tengok ada yang bungkus lagi 2 3. Macam sedap. Bila dah rasa memang betul rasa sedap.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Doli Kuey Teow Goreng dan menu lain |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Kuey Teow Goreng Doli |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Nasi Ayam Doli |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Nasi Ayam Doli |
![]() |
Hadapan Kedai/Restoren Doli |
Rasa macam dah panjang entry ini. Macam biasa :) sambung part 2 kalau rajin. Sebelum tu, percutian kali ini langsung tak masuk zoo. Rasa macam dah kerap sangat masuk zoo. Cuti kali ini nak rehat-rehat saja.
Jumpa Lagi.