![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi |
Salam. Jeruk Asam Boi. Fenomena dah berlalu. Baru Nak Update.
Sebenarnya baru berpeluang mengambil gambar guna DSLR dan sedikit sentuhan Photoshop untuk warna untuk mencantikkan gambar. Sebenarnya saya sendiri pada mula langsung tidak memahami Fenomena Jeruk Asam Boi. Berasal dari mana. Siapa pencetus idea ini.
Semuanya bermula daripada mesej di group Whatsapp. Kakak saya masukkan gambar dengan tagline "Jeruk Asam Boi Sebekas RM 5". Nampak tak permainan disitu. Biar yang lain terliur, jika rasa nak rasa kena beli. Jadi saya pun kata "ok, nak satu". Bila dah rasa, rupanya nak lagi. Sedap betul, rasa masamnya, manis, masin sikit dan pedas. Wowww....
Jadi secara tidak sengaja, saya pun upload ke facebook "Jeruk Asam Boi Pulau Pinang". Tak sampai beberapa jam ada yang mesej bertanya dan sebagainya. Jadi saya pun cerita dari A-Z. Alhamdulillah sehingga hari ini berjaya membantu kakak saya jadikan Jeruk Asam Boi ini sebagai pendapatan sampingan.

| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi Pulau Pinang |
Sebenarnya di Pulau Pinang, ada juga beberapa orang yang pandai mengambil peluang untuk menjadikan fenomena Jeruk Asam boi ini sebagai pendapatan sampingan. Tahniah diucapkan. Bermacam harga yang ada. Pilih yang mana suka.
Jeruk Asam Boi ini pula, Kakak saya buat 3 jenis iaitu Mempelam, Jambu Batu dan Buah Ambra. Di negeri lain saya tak pasti buah Ambra dipanggil apa. Jambu batu saya sendiri dah rasa, rasanya itu yang paling saya suka. Memang menarik. Teringin pula rasa nak tahu siapa pencets idea ini.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi Mesti Mari |
Setakat beli dua bekas rasanya sehari dah habis. Tambahan pula makan bersama keluarga memang asyik tak terkata. Sedap, lazat....Tak tahu nak kata apa.
Jika anda berminat untuk merasainya, hubungi 011-27130797. Pulau Pinang sahaja. Untuk kawasan town insyaallah boleh dihantar terus, tetapi jika kawasan lain sebaiknya mesej terlebih dahulu.
Itu saja yang mampu saya kongsikan.
Jumpa Lagi