Terperangkap Dalam Kesesakan Di Machang

Daerah machang, daerah tanah merah, kesesakan, jem, sesak, musim perayaan
Kesesakan Jalan Raya di Machang ketika musim perayaan

Salam. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kembali bekerja.
Macammana dengan raya korban tahu ini? ada sesiapa ingin berkongsi pengalaman melapah lembu?
Belum ada rezeki tahun ini untuk sama-sama turut serta dalam Korban tahun ini. 
Insyaallah pada tahun hadapan.
Kena niat awal, rancang ekonomi insyaallah dipermudahkan.

Baik berbalik pada tajuk entri.
Yaaaa....
Terperangkap dalam daerah Machang hingga Tanah Merah. Dari waktu Asar hingga masuk waktu Isyak.
Lama kan? sebenarnya nak lepasi kawasan ini lebih kurang 20minit dengan kelajuan 80km/j.

Inilah yang perlu dilalui bagi mereka yang dari Utara nak ke Pantai Timur semasa musim perayaan.
Semasa Hari Raya aidilfitri tempohari saya terselamat kerana cuti panjang. Tetapi untuk Hari Raya Aidil Adha terpaksa tempoh juga.

Adakalanya terdetik di hati saya. Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun, bermacam cukai yang dikenakan. Tetapi tidak mampu menaiktaraf jalan ini yang sudah menjadi jalan utama untuk ke Pantai Timur.

Bermacam persoalan bermain di fikiran saya ketika menghadapi jem/kesesakan ini.

Apakah sekiranya ada tol baru jalan ini hendak dinaiktaraf. Apakah yang akan bermain di fikiran pelancong yang melalui kawasan ini ketika musim perayaan? Atau pihak berwajib tunggu sehingga kadar kematian meningkat akibat dari kemalangan baru hendak menaiktaraf Jalan Utama Machang-Tanah Merah ini?
Atau kerana berlainan politik di negeri ini?
Saya tinggalkan persoalan ini buat anda menjawab didalam hati.

Sepanjang kesesakan ini Cik Puteri mood 'ok' tengok gambar dibawah.
p/s: maaf kamera blackberry kualiti agak teruk.

Cik Puteri mood masih ok
Sempadan Tanah Merah berakhir kesesakan.
sesak, jem, menaiktaraf, jalan utama, musim perayaan
Jambatan Tanah Merah satu lorong antara punca kesesakan.
Sampai sini saja. Mudah-mudahan ada perancangan yang baik bagi menaiktaraf jalan utama ini di dalam budget 2015 oleh Dato' Seri Najib Razak.

Jumpa Lagi.

{ 33 comments.. read them below or add one }

Abe Kie Abe Kie 7 Oct 2014, 13:11:00
kg abe di machang tp abe dok di tanah merah. kalu nak balik kg abe naik motor je...nak elak jam atas jambatan tu. huhuhuhu
Anizz Annisa Anizz Annisa 7 Oct 2014, 13:55:00
boleh pening tgk kereta byk sgt..huhu.. harap2 ade penyelesaian :)
aRz MoHa aRz MoHa 7 Oct 2014, 14:35:00
teruk sangat jem ni abe kie. ini kali kedua saya sangkut
ekjoz buluh ekjoz buluh 7 Oct 2014, 15:19:00
saya yg balik Raub pon terasa tempiasnya! But happy jugak bila difikrkan. hahaha
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 7 Oct 2014, 15:55:00
org takde kg selamat tak kene jem..hehe..
aRz MoHa aRz MoHa 7 Oct 2014, 15:57:00
memang pening jem sampai tak bergerak
anajingga anajingga 7 Oct 2014, 17:39:00
Perjalanan dari teluk Intan ke Rawang yang selalunya dua jam, semalam sepupu kak ana ambil masa empat jam , itu pun keluar hiway masuk jalan lama..hehe..adatlah time perayaan :)
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 7 Oct 2014, 17:46:00
jammed dan malaysia mana boleh berpisah... hihi.. salam aidiladha bro arz :)
aRz MoHa aRz MoHa 7 Oct 2014, 19:50:00
machang-tanah merah jalan perhubungan utama untuk ke terengganu. Sepatutnya perlu ada kerja-kerja manaiktaraf pelebaran jalan dari satu lorong ke dua lorong
hidayu ayumie hidayu ayumie 7 Oct 2014, 20:49:00
tula kalau nk balik klate mesti kene balik awal..
kalau tak mmg sakit pinggang la dlm kete tuu
Etuza Etuza Etuza Etuza 7 Oct 2014, 22:06:00
dah petang kan pic agak kabur ni aRz.selamat kembali bertugas, ini entry sepanjang perjalanan balik kan..
aRz MoHa aRz MoHa 7 Oct 2014, 23:47:00
ya etuza. guna kamera henpon saja kali ini. tak sempat bawa pulang kamera DSLR
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 7 Oct 2014, 23:47:00
Alahai jammed teruk ..kdg2 bila duduk dalam jammed ni boleh buat entry tuk \blog jugak Arz hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 7 Oct 2014, 23:48:00
kalau nak ke klate terengganu ketika musim perayaan perlu rancang masa sebaiknya
aRz MoHa aRz MoHa 7 Oct 2014, 23:49:00
saya memandu kak. kalau duduk di sebelah boleh la draft entry hehe
Jari Manis Jari Manis 8 Oct 2014, 08:31:00
baca tajuk berulang kali...terperangkan dalam di machang?..dalam apa?
rupanya JEm..jalan ke arah pantai timur x pernah x jem kalau waktu hari raya x kira korban or puasa
Mek Onie Mek Onie 8 Oct 2014, 11:56:00
ehhhhh,abg arz ore mache?ke ore umoh? tu ada signboard sempadan daerah tanah merahkan,sebelah tu ada simpang,haaa..area tu la umoh tok onie,kekekekekekeke...rindu kelate...tahun ni family je balik kelantan,onie beraya kat kl sorang diri :(
aRz MoHa aRz MoHa 8 Oct 2014, 14:03:00
Aiseh saya pun tak perasan
aRz MoHa aRz MoHa 8 Oct 2014, 14:28:00
owhhh situ lah selalu jem
Ore umoh ore ganu
Saya oghang utagha.....hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 8 Oct 2014, 14:30:00
terima kasih Akak JM atas teguran dah diubah
Karya Mahirah Karya Mahirah 9 Oct 2014, 13:41:00
alhamdulillah.. dptlah tumbang lembu sekoq haha.. tak sempat nak update lagi..
Eshamz Halim Eshamz Halim 9 Oct 2014, 23:29:00
Mesti stress gila kan.... ermmmm... sabar jer lahhhh... :D
acik watie acik watie 10 Oct 2014, 21:36:00
kat jambatan tu selalu jem ke? dari mana puncanya tu? Yang Acik selalu tempoh ni, jem di Ketereh
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 11 Oct 2014, 07:53:00
Mak oiii memang sesak sangat tu.
Biasalah kalau kelik Klate.
Kg asben kat Tanah Merah :)
aRz MoHa aRz MoHa 11 Oct 2014, 10:14:00
alhamdulillah semoga ibadah korban diterima oleh Allah SWT
Jangan lupa update beri galakkan pada yang lain untuk menyertai ibdah korban
aRz MoHa aRz MoHa 11 Oct 2014, 10:16:00
Persimpangan sebelum dan selepas jambatan itu paling teruk
aRz MoHa aRz MoHa 11 Oct 2014, 10:18:00
Saya mula tersangkut dekat E-rup sup machang sampailah Jambatan di Tanah Merah
farhana mohamad farhana mohamad 12 Oct 2014, 14:35:00
yang ni time excident 7 buah keta tu ke?
memang teruk sangat jem. jarak rumah ke tempat yg dituju 30 minit je sepatutnya, tapi makan masa sampai 2 jam
aRz MoHa aRz MoHa 12 Oct 2014, 15:45:00
Itu saya tak pasti...tapi ada terdengar mengenai excident tu. Sepanajng kesesakan ini tak nampak sebarang kemalangan

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih