Family Day | Sungai Sedim Part 1

Sedim, Sungai cantik, Lata Sedim, The Tree Top Walk, arzmoha
| arzmohdhaniffa photography | Sungai Sedim, Kulim

Salam. Hampir terlupa. Hampir juga tak ingin cerita.

Hari Cuti sempena Hari Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua rakyat malaysia menggunakan waktu cuti yang ada sebaiknya. Ada yang bercuti, ada yang mengemas rumah, ada yang bercamping, berkelah (saya la tu) dan ada jugak yang berkunjung ke rumah sanak saudara. Rakyat Malaysia sememangnya bersopan santun.



Saya juga menggunakan sebaiknya hari cuti untuk berkelah di Sungai Sedim. Itupun selepas berbincang yang panjang di dalam whatsapp. Bagus juga teknologi yang ada. Guna sebaiknya. Begitu juga dengan masing-masing membawa lauk atau menu sendiri dan berkongsi ketika di sana nanti.

Sungai sedim rasanya tidak asing bagi orang utara. Kesejukan airnya, kecantikan permandangan persekitarannya, dan sentiasa dipenuhi pengunjung.
Untuk pengetahuan anda semua di mana terletaknya Sungai Sedim ini. Sungai Sedim terletak di daerah Kulim. Yang mana jika anda membuat pencarian di google search pasti menjumpainya. Ada beberapa blog di bawah pemerhatian saya mereka menyediakan tempat penginapan dan aktiviti disana. Sebelum itu jika anda yang ingin ke sini buat kali pertama digalakkan menggunakan GPS, waze dan sebagainya bagi memudahkan perjalanan.

The way, Sedim, Sungai Sedim, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | The Tree Top Walk

Ini antara Papan Tanda untuk ke Sungai Sedim. Ikut sahaja papan tanda "the tree top walk".
Insyaallah dengan mudah menjumpai jalan ke Sungai Sedim. Untuk pengetahuan anda berdekatan Sungai Sedim ini ada beberapa lagi sungai yang juga selalu dikunjungi oleh peminat air terjun.

| arzmohdhaniffa photography | Perjalanan menuju Lata Sedim
Ini antara permandangan sebelum sampai ke Sungai Sedim. Menenangkan.

Di Sungai sedim atau lata sedim ini ada berbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya yang paling utama adalah berkelah dan mandi manda. Aktiviti yang lain adalah:
 Water rafting,
jungle tracking, 
summer camp, 
flying fox, 
river cross

Untuk aktiviti lain ikuti apa yang saya beritahu di atas tadi. Terdapat beberapa blog yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada satu lagi yang menarik di Sedim ini adalah The Top Tree Walk.
Saya pun tidak sempat untuk mencuba berjalan di The Top Tree Walk. Insyaallah di lain hari.

Tempat lepak, berkelah, arzmoha, gambar cantik, lata sedim, Sedim
| arzmohdhaniffa photography | tempat yang sesuai untuk berkelah
Camping, holiday, Sedim, Lata Sedim, Jeram Sedim, arzmoha, gambar cantik, my daughter
| arzmohdhaniffa phtography | Cik Puteri melihat air sungai
Kita sering terdengar kes kencing tikus terjangkiti di kawasan perkelahan. Ini mungkin juga disebabkan oleh sifat kita yang tidak pandai menjaga kebersihan. Oleh itu dalam memilih tempat berkelah haruslah jauh dari kawasan lunggukan sampah dan kelihatan bersih. Ini hanyalah langkah berjaga-jaga.

Sungai Sedim, Lata Sedim, gambar cantik, arzmoha, Malaysia, vmy2014
| arzmohdhaniffa photography | Sesi potraiture sebelum mandi-manda
Nephew, gambar cantik, Sedim, Sungai Sedim, arzmoha
| arzmohdhaniffa photography | Salah seorang dari 11 orang anak sedara

Sedim, Sungai Sedim, Gambar cantik, Lata Sedim, Jeram Sedim, Malaysia
| arzmohdhaniffa photography | Potraiture of my brother and her daughter
Seperti biasa sebaik tiba di sesuatu tempat ambil gambar dulu.
Setakat ini saja disambung Part 2. Dalam masa terdekat. Part 2 pastinya lebih kepada aktiviti utama. Mandi-manda serta sedikit sebanyak gambar Sungai atau Lata Sedim ini.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. lama tak pi.. bestnya panas2 dpt berendam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best berendam time panas. Sejuk sangat air di sungai Sedim

      Delete
  2. serius gambar semua cantik-cantik. tak sabar nak tengok part two. nak tengok gambar sungai :)

    ReplyDelete
  3. wow, best gilaaa mandiiiii! hehehe

    ReplyDelete
  4. 3 thn dok disana sekali pon xpernah pegi lgi... cntik la pic2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugilah tak rasa sendiri kesejukan air sungai

      Delete
  5. Bestnyer...dah lame tak g berkelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala pergi berkelah best jugak

      Delete
  6. Bestnya kalau dapat pergi tmpt2 mcm nie. Dapat release tension..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai lagi walaupun orang Kedah hehe

    ReplyDelete
  8. SP pula dah lama tak mandi sungai, rindu pula rasanya..

    ReplyDelete
  9. good info aRz, mana tahu ada rezeki ke utara nanti boleh pi sana .:)

    ReplyDelete
  10. Asalamualikum aRz..bersua kembali, nampaknya Etuza nampak pic pertama ja..sungai air jernih cantik..gambar2 lain late loading. Ok nanti saya terjah balik..apapun semua note sungai di Kulim dah saya baca..bagis riadah yang sihat..kita berbicara degna alam saling memerlukan,..tak ada air sungai mancaman nak mandi kan..dll keperluan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz tak mampu nak kecilkan lagi saiz gambar....

      Delete
  11. Wow! hebat perkelahan ni..bab makan2 bersama lagi seronok anak2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. luangkan masa bersama keluarga memang best

      Delete
  12. bestnya... tapi sy takut sungai.. hehe :D

    ReplyDelete
  13. sekali je pernah jejak sedim ni. setahun lepas masa study kat perlis.

    ReplyDelete
  14. Wahh seronoknyerr dpt berkelah camni..untung kan Malaysia masih ada tempat2 menarik utk berkelah..Arz gambar mandi manda takde ker..takkan la cik puteri tgk jer air tuuu hahaha

    ReplyDelete
  15. Arz..muka ank abg arz yg perempuan tu mcm org puteh laaa...comelll

    ReplyDelete
  16. muka budak2 macam dah tak sabar je tu nak berendam...mau smpai menggigil2 ni...^_^

    ReplyDelete
  17. Lepas nih leh la ajak suami sy gi sana kalo nk cuti cuti nti

    P/s betul ke kalo makan makanan yg kembar leh dpt kembar??hehehe

    ReplyDelete
  18. Lepas nih leh la ajak suami sy gi sana kalo nk cuti cuti nti

    P/s betul ke kalo makan makanan yg kembar leh dpt kembar??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha orang la kata... tapi tak ada bukti dari segi sains....

      Delete
  19. saya kampung kat utara, tapi ni first time dengar pasal sungai sedim. sedihnya. sobs....

    menarik gak erk. banyak xtvt dia... eh, brother's daughter abang Arz macam mat saleh sikit gayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang nampak macam anak mat salleh, kadang macam korea...taktau ikut belah mana hehe

      Delete
  20. berapa org adik beradik aRz...sbb ada 11 org anak saudara?..keluarga besar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 orang adik beradik ja akak JM...11 tak termasuk anak saya

      Delete
  21. seronok kan dapat berkumpul ramai2 begini bersama adik beradik boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim

    ReplyDelete
  22. First time saya dengar ttg sg sedim/lata sedim ni.
    Jauhnya di kulim.
    Seronok pi ramai2..especially bila bawak anak-anak kan?
    Hope enjoy di sana:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sampai ke lata sedim dari pulau pinang ni pun makan masa juga...

      Delete
  23. Betul kata Arz, kene be extra careful dengan penyakit Leptospirosis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susahnya nak sebut Dr Shikin. Dr nanti terang skit mengenai leptospirosis ya

      Delete
    2. Owh...dah ada entri Leptospirosis ni kat blog saya.
      Nanti Arz search je k:)

      Delete
  24. sskali buat event keluarga mcni best kan? sha dlu pernah teringin nak pergi kedah sbb ada org gtau tmpt air terjun d sna mnarik..

    ReplyDelete
  25. Saya pernah bercamping kat sana dulu. Best gilerrr, macam-macam aktiviti boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...menarik tu...saya tak sempat lagi aktiviti lasak. Kena datang semula dengan kawan-kawan

      Delete
  26. dah lama tak mandi cam ni. T^T last mandi manda dekat sungai raya 2 tahun lepas. ><

    ReplyDelete
  27. Memang dalam wishlist aku untuk datang sini... satu hari nanti... :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih