Lirik Lagu Buta Caliph Buskers feat Faizal Tahir

Lirik Lagu Buta Caliph Busker Feat Faizal Tahir

Bila mendengar lirik lagu BUTA nyanyian Caliph Busker feat Faizal Tahir terasa ingin berkongsi dengan pembaca blog. Lirik yang cantik dan baik buat kita. Buat renungan dan muhasabah diri. Kita inginkan kesempurnaan tetapi kita tidak sempurna. Buta mata tidak dapat melihat, buta hati tidak dapat mensyukuri.
Lagu ini mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.

lirik lagu buta caliph buskers feat faizal tahir, buta, lagu buta, butakah mata atau butakah hati, buta mata, buta hati, arzmoha, blog lirik lagu, gambar pantai dan sampah, sampah di pantai,


Apa yang Tuhan tentukan untuk kita tentulah itu yang terbaik buat kita. Jangan mengeluh sebaliknya syukuri. Andai diberi apa yang kita inginkan belum tentu kita mampu syukuri. Takut kita lupa dan hanyut dalam mencari kesempurnaan.

Jom kita sama-sama hayati lirik lagu Buta 

Lirik Lagu Buta Caliph Buskers Feat Faizal Tahir

Pejamkan mata
Dengarkan saja
Apa di minda

Apakah semua yang zahir di mata
Takkan pernah berdusta

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa 
Mensyukuri semuanya

Andai nantiku lihat semua
Adakah ku sempurna
Atau kerna mataku yang leka
Membuatku berdosa

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa 
Mensyukuri semuanya

Tuhan
Segalanya telah Engkau berikan
Tetapkan saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa 
Mensyukuri semuanya

Tanpa Kamu siapalah aku
Tanpa aku tetap saja Kau sempurna
Dan satu
Terangilah hatiku

Oh maafkan aku 
Selalu terlupa mensyukuri semua

Pejamkan mata
Dengarkan saja
Apa di minda


Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Perkongsian lirik lagu ini sebahagian dari sokongan kepada karya artis negara. Terima kasih kerana sudi membaca Lirik Lagu Buta Caliph Buskers feat Faizal Tahir.

Comments

  1. Murah rezeki Caliph sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. Kurang sempurna pada kita namun sudah teramat sempurna untuk Tuhan yang mencipta..syukuri apa adanya.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/rose-face-serum-zeeta-berasaskan-rose.html

    ReplyDelete
  4. walaupun buta tapi celik hati...

    ada yang celik mata tetapi hati buta..

    ReplyDelete
  5. pejamkan mata..mata yang lesu itu, dan mimpikan yang indah...mimpikan aku.....

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok rezeki mereka di dalam bidang muzik ini sentiasa berterusan. alhamdulillah. dan lagu yang disampaikan pun berunsur ketuhanan. mmg thumbs up lah :)

    ReplyDelete
  7. Masih bertahan lagi dalam industri walaupun dengan kekurangan yang ada

    Benarlah Allah itu maha pemurah

    Ulat dalam batu pun boleh makan

    ReplyDelete
  8. Ironinya tajuk lagu ni dengan penyanyinya

    ada maksud metafora ke?

    ReplyDelete
  9. Sangat bangga dengan caliph buskers..:)

    ReplyDelete
  10. Bangga sebab diaorg dari bawah kan ;)

    ReplyDelete
  11. first time dengar..thanks share!

    ReplyDelete
  12. Selalu dengar lagu gitu gitu ajelah.... Mmg jarang dengar dan faham lirik. Rupanya kisah Caliph Busker jugaklah lagu ni ek....

    ReplyDelete
  13. kalau ada FT apa2 lagu mmg kebabom

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih