Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 60

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 60

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, ARZMOHA.COM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 60 buat semua rakyat Malaysia. Dengan izin Allah negara kita hari ini menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 60 dalam keadaan aman dan damai. Semoga Allah merahmati jasa semua pejuang negara yang berkorban nyawa demi memperjuangkan negara tercinta. Dibawah merupakan logo dan tema Merdeka yang ke 60.

merdeka, logo merdeka ke 60, merdeka 2017, selamat menyambut hari kemerdekaan ke 60, merdeka, apa erti kemerdekaan, apa erti merdeka,
Logo hari kemerdekaan ke 60 

Apa Erti Merdeka Merdeka Merdeka

Ulangtahun hari merdeka, sudah pasti rakyat Malaysia ramai yang berkumpul di dataran merdeka atau di dataran tertentu di setiap negeri untuk sama-sama melihat perarakan yang berlangsung. Apabila setiap kali merdeka sudah tentu kita tidak lupa jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang negara yang mengorbankan nyawa demi negara tercinta daripada penjajah yang menjajah negara dan agama. Sudah tentu penjajahan mereka bukan saja untuk menjajah negara tetapi menjajah pemikiran dan jiwa kita untuk mengikuti cara dan budaya mereka.

Apa Erti Merdeka? Tema Merdeka yang ke 60 adalah Sehati Sejiwa ianya untuk mengembalikan penyatuan rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Lihat bagaimana rakyat Malaysia bersatu padu dalam menentang penjajah suatu masa dahulu. Selain daripada penjajahan negara penjajahan dari segi pemikiran dan jiwa kita masih belum merdeka sepenuhnya. Penjajahan ini boleh lihat pada cara hidup kita. Sejauh mana kita amalkan Islam dalam kehidupan. 

Teringat lagi Filem dari negara jiran Indonesia "Sang Kiai" ia merakamkan bagaimana Ulama dan guru-guru ditentang dalam usaha melebarkan dakwah agama. Inilah juga antara agenda penjajahan barat setelah jatuhnya Empayar Islam terbesar di Turki, iaitu Turki Uthmaniyyah. Sekiranya ada yang mempelajari Tamadun Islam maka kita dapat lihat bagaimana Malaysia satu masa dahulu adalah berada dalam Empayar Turki Uthmaniyaah. Meremang bulu roma bila membaca sejarah Islam suatu masa dahulu.

Bukan niat nak kongsikan sejarah Islam tetapi sekadar berkongsi untuk kita sama-sama merenung semula sejarah dan kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Kejatuhan empayar-empayar Islam suatu masa dahulu juga mampu memberi pengajaran kita hari ini supaya tidak mengulangi lagi. Antara musuh utama adalah Cintakan Dunia Takutkan Mati

Dengan izin Allah, Negara kita merdeka yang ke 60. Jangan dipersiakan nikmat yang Allah kurniakan. Sama-sama kita bersyukur dengan nikmat yang di anugerahkan. Bersatu padu dan jangan berpecah kerana politik. Ianya merugikan kita dan negara. Sempena hari kemerdekaan yang ke 60 mari kita sama-sama perbaiki diri, keluarga dan anak-anak yang merupakan bakal pemimpin di masa hadapan. Didik mereka dengan ilmu dunia dan akhirat supaya menjadi pemimpin yang Amanah, Jujur dan Bijaksana serta Beriman.

Selamat Hari Merdeka ke 60. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Comments

  1. Salam aidiladha dan selamat hari merdeka saya ucapkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Salam Aidil Adha dan Selamat menyambut hari kemerdekaan

      Delete
  2. Sambutan kali ke-60.Alhamdulillah.Salam kemerdekaan dan selamat hari raya aidiladha untuk arzmoha sekeluarga..cik puteri balik kampung ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha...Cik Puteri tak jadi balik kampung kali ini

      Delete
  3. Merdeka Merdeka Merdeka!
    Dan
    Selamat Hari Raya Aidiladha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merdeka Salam Aidil Adha dan Salam Kemenangan Sukan Sea

      Delete
  4. Salam Aidiladha dan Kemerdekaan. 😊

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 60 dan selamat menyambut Hari Raya Aidul Adha.

    ReplyDelete
  6. Salam merdeka dan Salam Aidil Adha arz.

    ReplyDelete
  7. selamat hari merdeka...semoga kemerdekaan ini dapat dipertahankan.

    p/s: sempoi sangat logo tu..huhu.lagu pun malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...semoga dapat dipertahankan kemerdekaan negara dan jatidiri

      Delete
  8. semoga negara kita kekal aman dan sejahtera. sentiasa dilindungi oleh-Nya..

    ReplyDelete
  9. selamat hari kemerdekaan iya, buat malaysia yang ke 60

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih