Tips Menjaga Hati Pengasuh Bayi (Babysitter) dan Cara Hargai Mereka
Pengasuh bayi atau Babysitter merupakan perkara yang agak penting apabila kehadiran bayi atau anak kecil bagi ibu bapa yang bekerjaya. Sedar atau tidak adakala kita terlupa menjaga hati dan menghargai pengasuh bayi kita. Mungkin juga ada ibubapa yang tidak lupa untuk berbuat demikian. Kalau sebelum ni aRz ada kongsikan Tips Mencari dan Memilih Pengasuh Bayi tetapi rasa macam belum lengkap kalau tak kongsikan entri ini. Sudahkah kita menjaga hati dan menghargai pengasuh kepada anak-anak kita?
![]() |
aRzMoHa | Tips Menjaga Hati dan Menghargai Pengasuh Anak |
Mudahkah Tugas Sebagai Seorang Pengasuh / Babysitter
Perlukah kita menjaga hati dan menghargai pengasuh anak-anak kita? Ingat... bab mengasuh anak bukanlah satu kerja yang mudah. Adakala kita sendiri pun merasa letih dalam mengasuh, mendidik dan membesarkan anak-anak. Biasanya isteri lebih merasa perkara ini, tetapi aRz pun tidak lari dari merasa sendiri pengalaman ini. Tapi membesarkan aak sendiri tidak sama dengan anak orang. Tugas sebagai pengasuh lebih mencabar. Dalam entri lepas baca DISINI, Bunda yang mempunyai pengalaman lebih 21 tahun sebagai pengasuh kanak-kanak menceritakan sikit karenah dan perangai ibubapa. Kata Bunda lagi ibubapa dan pengasuh perlu ada kesefahaman dan Bunda juga menghuraikan beberapa perkara yang tidak sepatutnya ibubapa amalkan ketika menghantar anak ke pengasuh (babysitter)
Perkara yang tidak sepatutnya ada pada ibubapa
- Tidak berkira soal masa, makanan dan upah bulanan.
- Jujur. Jangan menipu contoh pergi shopping, tengok wayang tapi kata jalan jammed
- Tidak peka mengenai anak. Contohnya anak jatuh di rumah tetapi disebabkan ibubapa tidak peka pengasuh pula yang dimarahi sebab lalai.
- Tidak maklumkan cuti kepada pengasuh lebih awal. Tetapi kalau pengasuh yang cuti marah-marah. Tak best la macam ni kan?
Elakkan perkara seperti ini samada pihak ibubapa atau pengasuh. Dalam perkara macam ni sebaik-baiknya kita sentiasa ingatkan diri kita...kalau kita selalu berbuat baik, insyaallah akan dibalas baik. Tapi janganlah harapkan balasan pula.
![]() |
aRzMoHa | Cuci Mata sikit ( Taman Rama-Rama) |
Tips Menjaga Hati Pengasuh Anak-Anak dan Menghargai Jasa Mereka
Tips menjaga hati pengasuh anak-anak dan hargai jasa mereka ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan dua hala antara ibubapa dan pengasuh. Dalam dunia hari ini kita dengar bermacam-macam kes dera, buli mungkin puncanya dari tidak puas hati atau tidak ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sehingga bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa adakala sampai tergadai nyawa. Mudah-mudahan tips ini dapat membuatkan pengasuh anak kita terasa dihargai dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengasuh dengan baik.
- Waktu - Sekiranya boleh, hantar dan ambil waktu yang ditetapkan melainkan hal-hal kecemasan. Macam kes Cik Puteri masa kecil lain pula, ada waktunya pengasuh suruh tinggalkan sebab tak puas bermain.
- Upah Bulanan - Kalau boleh jangan lewatkan. Kita sendiri pun kalau gaji masuk lambat, kita pun bisingkan?
- Saguhati/Hadiah - sekiranya tidak membebankan apa salahnya kita beri saguhati atau hadiah. Bukanlah hadiah yang beratus ringgit tapi kalau mampu tak apa. Contoh : Belikan Milo, Beras, biskut apa saja barang keperluan yang rasanya anak kita pun makan. Paling kurang pun sebelum ambil anak belikan sebungkus maruku, mee goreng atau apa-apa saja.
- Cuti - sekiranya kita akan bercuti maklumkan lebih awal. Agar memudahkan pengasuh anak kita merancang cuti mereka juga begitu juga sebaliknya kalau pengasuh kita ingin bercuti kita cuba bertoleransi.
- Hormat - Jangan sesekali anggap pengasuh anak kita sebagai pekerja. Tetapi anggap seperti adik beradik, kakak, makcik supaya hubungan itu menjadi semakin baik. Sembang-sembang sikit jangan sampai langsung tak kenal.
![]() |
aRzMoHa | Taman Rama-Rama (cuci mata sikit) |
Mungkin ini dahulu tips yang sempat aRz catatkan. Mungkin jika anda mempunyai pendapat tinggalkan di ruangan komen dibawah (bukan blogger pun boleh meninggalkan komen). Ada diantara tips yang aRz berikan sebagai satu peringatan buat diri aRz juga adakalanya terlupa. Mudah-mudahan bermanfaat terutama kepada bakal-bakal ibu dan bapa tidak lama lagi.
Dalam hidup kita ini memang tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan. Allah duga kita mengikut apa yang kita mampu. Jadi dalam hidup ini sentiasa permudahkan Insyaallah hidup kita juga dipermudahkan.
p/s : Isu pengasuh dan ibubapa antara satu isu yang agak berat. Jadi sebab itu aRz sulam dengan gambar rama-rama. Supaya tenang sikit ketika membaca. (gambar paling atas) merupakan waktu Cik Puteri sedang belajar berjalan, sakit dan lenguh pinggang sebab selalu membongkok. Kenangan manis. :)
Baca Juga : Tips Mencari Pengasuh Untuk Bayi Anda
Tips Cerai Lampin ( Potty Train )
Baca Juga : Tips Mencari Pengasuh Untuk Bayi Anda
Tips Cerai Lampin ( Potty Train )
Jumpa Lagi
ARZMOHA
Lifestyle, Parenting and Photography
azrilmohdhanniffa@gmail.com