Tips Mencari Memilih Pengasuh Bayi

Apakah Tips Mencari dan Memilih Pengasuh Bayi


Salam. Tips Mencari dan Memilih Pengasuh Bayi. Sebenarnya aRz ingin berkongsi sikit kiranya pengalaman 2-3 tahun sudah mencari Pengasuh Bayi untuk Cik Puteri. Cik Puteri ni siapa pula? Anak aRz yang pertama.

Memang agak memeningkan untuk mencari pengasuh. Kebetulan masa tu isteri aRz ditahan di wad lebih kurang 2 bulan lebih sebelum bersalin. Insyaallah ada masa aRz akan kongsikan kenapa ditahan di Wad.

Setiap ibubapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya begitu juga aRz tambahan anak pertama. aRz mula mencari pengasuh ketika kandungan masih dalam 6-8 bulan. Terlalu awal ka? Sebenarnya tak, lebih baik mencari di awal waktu dari tidak berjumpa dengan pengasuh yang sesuai dan terpaksa menghantar juga.

Mungkin ada ibubapa diluar juga sedang mencari pengasuh buat anak yang bakal lahir tidak lama lagi ini adalah sedikit tips yang patut dipertimbangkan untuk mencari dan memilih pengasuh.
rakam detik indah, arzmohadotcom, tips memilih pengasuh, tips mencari pengasuh, pengasuh bayi,

Tips Yang Perlu Dipertimbangkan Ketika Mencari & Memilih Pengasuh

Sebelum ini heboh di media-media negara kita mengenai bayi meninggal ketika dalam jagaan pengasuh, taska dan sebagainya. Ada pula bayi dan kanak-kanak diikat supaya memudahkan kerja pengasuh. Perkara seperti ini membuatkan semua ibubapa termasuk aRz sendiri rasa agak risau. Kemungkinan tips ini membantu anda mendapatkan pengasuh yang baik.

1. Perbanyakkan berdoa dan solat hajat memohon bantuan Allah S.W.T semoga dipermudahkan dalam mencari pengasuh yang baik-baik. Doa dan terus doa walaupun dah jumpa pengasuh yang baik, doa semoga dipermudahkan segala urusan.

2. Carilah pengasuh di awal waktu ( 3-4 bulan sebelum kelahiran bayi) supaya dapat memilih yang pengasuh yang paling terbaik.

3. Cari berdekatan rumah atau tempat kerja. Bila berada berdekatan dengan anda mudahlah untuk membuat spot-check dan sebagainya.

4. Rumah yang bersih. Rumah yang bersih menunjukkan sikap pengasuh itu sendiri yang amat mementingkan kebersihan. Anak anda juga akan dijaga dengan bersih. termasuk botol susu dan sebagainya.
Yang terakhir ini juga sesuatu yang patut dipertimbangkan. Tetapi tidak semua akan dapat berjumpa dengan pengasuh seperti ini.

5. Pengasuh hanya memiliki anak tunggal. (Kebiasaannya pengasuh yang memiliki anak tunggal akan terlalu sayang pada anak anda. Lebih lagi jika beliau cuma ada anak lelaki dan anak anda pula adalah bayi perempuan)

6. Satu tips dari mereka yang terlibat dalam bidang asuhan yang dikongsikan di group pengasuh adalah minta izin untuk gunakan tandas. Tandas adalah tempat yang jarang orang basuh melainkan orang itu betul-betul seorang yang bersih. Jika tandas di jaga ruang lain lebih dijaga. Trust me

Cik Puteri, Dulu dan sekarang, cute baby, arzmoha daughter, tips memilih pengasuh bayi, tips menacari pengasuh bayi, kidsworld, i love baby, baby,

Untuk tips yang terakhir itu, ia sebenarnya pengalaman aRz sendiri dimana pengasuh kepada Cik Puteri hanya mempunyai anak tunggal lelaki. Jadi bila dapat tahu bayi yang akan dihantar adalah perempuan, pengasuh jadi seronok sangat dan sayang macam anak sendiri. Syukur Alhamdulillah. 

Kesimpulannya carilah pengasuh betul-betul menyayangi kanak-kanak Insyaallah ianya terbaik buat anak anda. Sekian saja buat kali ini, jika ada tips lain aRz akan kongsikan untuk kebaikan bersama.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Tips yang terakhir tu betul, bila ibu tunggal, sayang mereka pada anak lebih. Tapi, ada juga jumpa yang anak ramai, tapi sayangnya tetap sama pada semua anak-anaknya.

    *anak saya takda pengasuh sebab isteri saya surirumah sepenuh masa. :)

    ReplyDelete
  2. entri yang baik aRz, walau macam mana pun pic cik puteri juga yang menawan hati kak ana, comelnyaaaaaa.. :)

    ReplyDelete
  3. gud info..boleh apply tips ni masa akan dtg nt :)

    ReplyDelete
  4. betul tu..cari pengasuh yang sayangkan budak..bukan hanya lihat duit semata-mata

    ReplyDelete
  5. tipsnya yang bagus, boleh jadi blog parenting yang baik 👍

    ReplyDelete
  6. pengalaman pertama mencari bs..lagi 3 hari nak kerja baru nak cari.. nak nangis rasa... nak tinggal kan lagi laa rasa...sebab tak kenal kan sapa pengasuh anak.. buat solat istikharah lagi tu..Tp alhamdulillah..sepanjang setahun 2 bulan dia jaga, okey..

    ReplyDelete
  7. sayang anak ditangan tangankan. hikhik

    ReplyDelete
  8. mmg agak sukar mencari pengasuh tetapi tidak sesukar mencari jodoh kan kih kih kih

    ReplyDelete
  9. tips terkakhir...mencari ibu yg mempunyai anak tunggal tu agak susah...

    ReplyDelete
  10. tips terakhir tu kene dgn kita. ibu kite pengasuh dan ade anak seorg, iaitu kite. alhamdulillah ramai dah ibu jaga. hehe.kite pun dah anggap semua yg ibu jaga tu mcm adik sendiri. ^^

    ReplyDelete
  11. Nice Sharing Arz..Moga2 dapat bagi sedikit info utk ibu bapa di luar sana dalam memilih pengasuh bayi..

    ReplyDelete
  12. Untunglah kalau dapat pengasuh yang baik dan bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  13. oh inilah entry psal pengasuh tu ye. bagus2 share info macam ni. barulah new parents tahu.

    ReplyDelete
  14. pengasuh yg baik bkn setakat menjaga bayi shj tetapi jg mendidik dan menyayangi mereka secara tidak langsung...

    ReplyDelete
  15. Bertuahlah Arz dapat pengasuh yang baik camtu yer...tapi bukan kita jer perlu tahu dan selidik banyak dan awal2 tentang pengasuh tau, tapi seorang pengasuh juga perlu selidik hal yang sama tentang kita sebenarnya...

    Barulah ada kesefahaman antara kedua pihak, dan tiada berkira sangat tentang masa, soal makanan dan upah bulanan...asalkan setimpal dengan apa yang di beri dan diterima...saling bertolak ansur dan jangan ada yang tidak jujur, menipu...kata jammed, tapi pergi shopping....

    Ada tu anak dah demam sejaK beberapa hari dari rumah lagi semasa cuti, tak bagitahu, tak bawa jumpa doktor pun... Ada tu ada yang anak2 memang dah lebam..jatuh dan luka bagai semasa cuti dirumah , tak bagitahu pengasuh.....pengasuh pulak tak perasan...balik kerja mak ayah salahkan pengasuh lalai... ada...pernah berlaku camtu..

    Kalau dah set cuti, tak bagitahu pengasuh awal2, bolehlah pengasuh jugak set cuti tu untuk hal peribadi dia sama...ni tak...bila pengasuh ada hal mengejut..emergency...mintak cuti...dah nampak sangat pengasuh asek cuti jer...

    Bunda tahu dan faham sangat hal2 antara pengasuh dan mak bapak anak2 ni... sebab Bunda juga Seorang Pengasuh.. dah masuk 21 tahun dah...macam2 kerenah...tak kerenah anak2,, kerenah mak bapak anak2 tu.. Sabo jer lah..

    Tapi tak tahulah sehingga umur bunda begini pun masih ada yang mahu beri anak kat bunda untuk dijaga...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga bunda....saling memahami dan hormat menghormati antara pengasuh dan ibubapa juga perlu....

      Delete
  16. bagus tips cari pengasuh... lepas ni tips pengasih pulop

    ReplyDelete
  17. tips yg bgus abg arz. anak saudara aina, mak aina sanggup jaga dari makayah diorang tinggalkan kat rumah pengasuh

    ReplyDelete
  18. berguna tips ni. satu lagi, kena tengok juga anak2 pengasuh ni mcm mana.. zizie pernah tolong kawan kakak mengasuh anaknya sebab anak pengasuh dia suka cubit anak dia sampaikan anak dia tak nak pergi rumah pengasuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus juga pandangan zizie...mungkin boleh dijadikan antara satu faktor memilih pengasuh. Berkawan pun kena berkawan dengan yang baik-baik kan?

      Delete
  19. Mmg betul Arz kalau boleh kita mmg nak yg terbaik untuk anak kita tp tulah .....kekadang tak semuanya kita dpt apa yg kita nak. Mmg takut bila dengar berita berita yg buruk pasal pengasuh dan anak ni.

    ReplyDelete
  20. Gud Tips.. Mummy dah banyak sgt pengalaman ngeri bab pengasuh ni.. So cukuplah dua orang... Nak cari pengasuh tuk anak kucing je.. sbb tak lama lagi mummy nk jadi nenek..hahaha :p

    ReplyDelete
  21. tq for sharing

    ReplyDelete
  22. Susah nak dapat pengasuh yang betul-betul sanggup untuk menjaga anak kita.. Terdapat segelintir mereka mengasuh kerana wang..

    ReplyDelete
  23. Pengalaman sendiri takde lagi sebab takde anak.. Pengalaman rakan sekerja yang baru lepas berpantang dan masuk kerja terpaksa mencari pengasuh lain akibat anaknya akan menangis apabila dijaga oleh orang yang tak dikenali.. Akhirnya pengasuh meminta kawan mengambil anak dan hantar kepada orang lain.. Kasihan kawan apabila terpaksa bercuti.. Nasihat kawan, sepatutnya tempoh masa berpantang tu kena ajar anak untuk berpisah seketika dengan ibu.. Ini bagi membiasakan anak dengan ketiadaan ibu apabila pergi bekerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena biasakan dengan tangan orang lain juga kan?

      Delete
  24. Tips yang sangat berguna buat ibu bapa...

    ReplyDelete
  25. Zaman saya dah berlalu dah. Sekarang ni tengah berhempas pulas mengajar putera dan puteri berdikari dan menguruskan diri sendiri pulak

    ReplyDelete
  26. lagi satu cari pengasuh yg tak jaga ramai kanak2. anak kita akan dapat lebih perhatian :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih