Skip to main content

Disebabkan Kisah Seram..

Menyeramkan Bila Asyik Cerita Kisah Seram

Kisah seram kebiasaannya memang tidak boleh lari dari kehidupan kita terutama bangsa melayu. Dari zaman sekolah ke asrama, dari IPTA ke tempat kerja mesti ada saja cerita seram. Aku juga tidak mampu lari dari terdengar dan mendengar kisah-kisah seram ni. Cuma mungkin dengan izin Allah aku tak pernah melihat atau terkena gangguan. Bukan bercakap besar kalau boleh biarlah tak nampak langsung lagi baik sebab aku bukan jenis berani sangat. (mengaku awal-awal).

kisah seram didalam kereta, kisah seram tapi lucu, cerita seram,
Kisah seram | Casper

Kebetulan petang sebelum balik kerja, teman sepejabat berkongsi mengenai kisah seram masing-masing. Aku hanya dengar sebab tak ada cerita seram nak dikongsikan melainkan kisah orang lain. Balik rumah pun masih teringat apa yang dikongsikan. Macam-macam jenis hantu disebut, tersedaklah diorang. Tiba-tiba terlupa yang minyak kereta belum diisi, esok pagi-pagi nak gunakan kereta. Macam biasa Cik Puteri mesti nak ikut kalau abahnya keluar. Dari kecik lagi.

Dah siap apalagi bawa Cik Puteri masuk dalam kereta. Hidup enjin. Cik Puteri bila masuk dalam kereta mesti nak duduk di kerusi belakang, samada duduk atau baring. Memang dah macam tempat dia. Berbalik kepada cerita asal. Sebelum gerakkan kereta, mata aku asyik memandang cermin pandang belakang. Tengok keadaan Cik Puteri sebelum masukkan gear dan bergerak ke stesen minyak. Cik Puteri ada masa dia memang diam tak bergerak, adakala dia aktif. Risau juga kalau kereta sedang bergerak Cik Puteri dalam keadaan berdiri. Makin pandang cermin pandang belakang makin kisah petang tadi bermain di fikiran. Aku cuba alihkan fikiran ke arah lain. Teringat pula kisah sedara aku cerita kisah lama dia tetiba nampak sesuatu melalui belakang kereta. Argghhhh sudah....jangan fikir, pujuk hati aku. Masukkan gear dan tekan pedal minyak..Aikk kereta macam berat. Aku tengok lagi Cik Puteri. Tekan lagi pedal minyak kenapa berat sangat ni....Mula la cerita petang tadi bermain di tengah-tengah fikiran. Apa pula nak mengusik malam ni. Tak pernah-pernah dibuatnya. 

Aku rileks sat....Istighfar mata mula memandang ke arah dashboard (papan meter) tiba-tibaaa........
Betul orang kata...jangan asyik pandang belakang. Aku langsung tak hirau dashboard sampai tak perasan hand break tak dilepaskan....patutlah berat kereta ni. Hadoiiiii laa........sudah berbelas tahun pandu kereta....macam mana boleh lupa tak lepaskan hand break. Lain kali kalau nak memandu memang betul-betul kena fokus. Apatah lagi guna smartphone. Hati-hati cuma nak ingatkan itu ja....

Jumpa Lagi.

Comments

  1. haha..tak pasal2 cik puteri yg jadi mangsa..

    ReplyDelete
  2. Dah agak dah...mesti brek tangan belum dilepaskan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dah lama memandu...camna boleh lupa bab handbreak

      Delete
  3. Penakut juga rupanya aRz ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan penakut cuma kekadang tu ada juga rasa seram tu :p

      Delete
  4. hahaha.. agak dh.. bukan seram tp lawak..huhu

    ReplyDelete
  5. hihi... apalah abah cik puteri ni.. macam kartun je kan haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kekadang tu tengok cik puteri sampai terlupa fokus

      Delete
  6. ingat nampak hantu tadi rupanya hoho..

    ReplyDelete
  7. hahahaa...tentu pikir ade "something" yang tumpangkan..

    ReplyDelete
  8. Kadang fikiran tidak tenang pun kita jadi bercelaru..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu fikir pasal cik puteri...dia suka berdiri...bahaya juga ketika memandu...takutlah kalau brek mengejut

      Delete
  9. rasanya kau dah lepaskan handbrek, mungkin ada benda lain yang tolong tekan handbrek balik.

    ReplyDelete
  10. hahaha handbrek pun tak lepas, seram bebeno ni :)

    ReplyDelete
  11. Amboi aRz buat trick rupanya...

    ReplyDelete
  12. hahahaha.... handbrake punya pasal je.

    ReplyDelete
  13. mak aih...cam baru bawak kereta je...dah masuk gear pesal x turunkan handbreak..kah kah kah kisah seram jadi alasan...dah dgr tu jgn di ingat ke mmg arz ni penakot hahaha

    ReplyDelete
  14. Emang sih nggak serem kelihatan nya mh lucu banget tapi pass ada berita di tv filem ini serem banget katang ,dan biasa nya filem.ini ada di antv tapu sekarang mh uda ga ada karena gabaik tau ga si aku juga agakngero

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...