Set Dapur Mainan Buat Cik Puteri
Set dapur baru buat Cik Puteri. Sebelum ini memang ada belikan buat Cik Puteri tapi macam tak menarik perhatiannya. Mainan lain pula yang dimain. Jadi saja nak cuba set dapur baru ini harap Cik Puteri suka dan main lama sikit. Ingatkan nak hadiah masa harijadi nanti, tapi mama Cik Puteri yang seronok lebih nak belikan lebih awal. Set dapur mainan ini memang menarik kerana.....baca seterusnya.![]() |
Set Dapur Baru |
Set Permainan Buat Anak Perempuan
Rasanya bila ada anak perempuan biasalah, mesti ada kita cari mainan yang sesuai seperti anak patung, barbie, teddy bear dan sebagainya. Set masak-masak atau set dapur antara mainan yang sesuai juga. Reaksi Cik Puteri bila tengok set dapur mainan ni memang seronok sangat, cuba tengok digambar. Tak sabar nak pasang dan nak main. Abah kena jadi teman bermain, sebab dia faham mama banyak keja rumah nak kena buat. Tak dapat abah nak baring sambil layan siaran televisyen.
![]() |
Senyum bila dapat mainan baru |
Apa Yang Menarik Dengan Mainan Ini
Set mainan ini agak menarik disebabkan beberapa perkara. Pertama mestilah nampak macam dapur sebenar cuma kecil khas untuk kanak-kanak. Ada dapur memasak yang dilengkapi lampu. Bila buka suis, lampu menyala dengan kuasa bateri. Jadi dapat kita ajar mengenai keselamatan di dapur seperti panas dan tutup lampu selepas digunakan serta lain lain.
![]() |
Dilengkapi lampu |
Ruang memasak bawah juga dilengkapi lampu, ala-ala microwave...eh yeke....hehe.Bahagian ini mungkin ibubapa dapat didik anak-anak untuk belajar menutup semula pintu selepas guna. Jadi dapat sedikit sebanyak diaplikasikan di peti sejuk dan sebagainya. Bagus juga permainan set dapur ini.
![]() |
Ruang masak bawah juga dilengkapi lampu |
Ruang basuh tangan atau sinki. Di bahagian ini, bila kita main dengan anak-anak boleh mula mendidik tentang pentingnya menjaga kebersihan dengan basuh tangan sebelum main, walaupun tiada air. Lama-kelamaan ia menjadi tabiat yang baik. Begitu juga membasuh sayur, buah, sudu garfu, dan selepas main. Comelkan set dapur mainan ini...
![]() |
Ruang basuh tangan |
Selain daripada itu, set mainan dapur untuk kanak-kanak ini dilengkapi peralatan ala-ala berada di dapur, seperti pinggan, sudu, garfu, pisau potong ayam, tin, botol tomato dan salad. Ia juga dilengkapi dengan alas memotong, berus, tempat buka tin dan sebagainya.
![]() |
Rak meletakkan pinggan, sudu dan barang lain |
![]() |
Kelengkapan dapur lain |
![]() |
Periuk dan sayur |
Set dapur mainan untuk kanak-kanak perempuan memang menarik. Dengan mainan seperti ini membantu mempelajari sesuatu yang baru, selain dari itu menguragkan masa dari gadjet seperti tablet dan sebagainya. Canggih sungguh zaman sekarang hehe...Canggih juga dengan cara pembelian sekarang ini. aRz cuma order online tak payah bersesak beratur berpeluh nak beli mainan. Terdapat 2 cara untuk anda membeli mainan seperti ini.
Lazada
Lazada memang sudah terkenal dengan platform pembelian online yang dipercayai. Bagi ibu-ibu yang sememangnya sudah biasa membeli di Lazada. Ya ada promosi terbaru yang membantu ibu-ibu, kakak-kakak untuk dapatkan permainan set dapur seakan sama seperti Cik Puteri.
Portable Kitchen + Free Colour Pencil |
Harga juga menarik dengan penjimatan 37% hanya RM 62.80. Kenapa tak percaya? Klik SINI
Lazada juga menawarkan perkhidmatan COD jadi tak perlu risau jika mainan ini tidak sampai. Guna sahaja perkhidmatan COD. Terbaik bukan?
atau anda boleh membeli juga secara online di KEDAI ONLINE BNK TOOLS yang bantu aRz dapatkan mainan yang memuaskan hati ini. Memang berbaloi harga yang ditawarkan di kedai ini. Selain daripada mainan juga terdapat baju dari bayi sampai ke kanak-kanak.
Buat ibubapa pastinya inginkan sesuatu yang berbaloi apabila membeli sesuatu bukan? Kedai ini pastinya memberikan apa yang anda inginkan.
Buat yang ingin melihat sendiri apa yang menarik di BNK Tools ini boleh ke
Facebook : BnK Tools
Semoga dapat membantu anda mengembirakan hati anak-anak anda. aRz sendiri pun rasa seronok bila melihat Cik Puteri tersenyum ketika melihat hadiah yang diterima. Jom shopping...
Jumpa Lagi