Didik Anak Sayangi Haiwan Sejak Dari Kecil
Mendidik anak antara tugas dan tanggungjawab ibubapa. Sejak dari kecil kita boleh tanamkan dalam diri anak-anak supaya sayangi haiwan terutama kucing. Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Waktu anak masih kecil adalah waktu paling mudah dan paling banyak untuk kita luangkan masa bersama. Inilah antara aktiviti petang yang dapat dimanfaatkan bersama cahaya mata pertama yang semakin membesar.
![]() |
Cik Puteri | Senyum lebar melihat kucing makan |
Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya
Peribahasa ini sejak dahulu lagi diulang-ulang mengingati kita golongan muda atau golongan yang baru dalam menjalani asam garam kehidupan. Ianya untuk memberitahu kepada kita bahawa "mendidik anak biarlah sejak dari kecil". Dalam kesibukan sebagai ibubapa mencari rezeki tetapi kita jangan lupa untuk luang masa bersama anak-anak. Masa yang diluangkan itu pula adalah satu peluang untuk kita mendidik.
Macam aRz katakan di atas, waktu anak masih kecil adalah waktu yang paling mudah dan banyak untuk kita luangkan masa bersama. Beberapa bacaan dari buku dan juga pesanan dari golongan terdahulu pun berkata perkara yang sama. Termasuk cium anak ketika waktu ini. Sejak dari Cik Puteri kecil memang aRz agak kerap ciumnya. Ok dah lari tajuk......krik krik krik....
Jom sambung semula
![]() |
Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W |
Jika tidak ada aktiviti lain di petang hari, kebiasaannya aRz akan membawa Cik Puteri meronda sekitar kawasan rumah kebetulan Jeti Nelayan pula bersebelahan rumah ja pun. Di kawasan ini memang terdapat banyak kucing yang tidak bertuan. Sebelum ini kami berdua hanya memerhati saja kumpulan kucing ni. Sekadar tengok dari jauh sebab Cik Puteri suka tengok haiwan samada kucing, burung ( ini ja haiwan yang mudah dijumpai di tengah kawasan bandar). Tapi kucing yang tidak bertuan adakala susah untuk didekati. Bila sampai dekat saja, lari habis kucing ni huhuhu.....
Minggu lepas, balik dari ambil Cik Puteri di rumah pengasuh...singgah rumah sat ambil makanan kucing yang dibeli bulan lepas, langsung tak kurang ( macam mana nak kurang kalau di rumah tak ada kucing). Bila beli makanan kucing, tak nampak kelibat kucing di rumah ni...bila tak ada makanan untuk kucing...banyak pula kucing bermain-main kat depan rumah...Terus bawa Cik Puteri ke kawasan Jeti Nelayan...
Bila sampai...seekor kucing pun tak ada...pelik....panggil punya panggil tak nampak pun....mula dapat idea dengan goncang bekas makanan yang berisi makanan kucing...seekor demi seekor keluar....
![]() |
Makan sambil berhati-hati |
Kucing kat sini semuanya bagai berhati-hati...kalau gerak sikit dia lari. Macam tak biasa langsung dengan manusia. Orang yang paling excited saat ini adalah Cik Puteri, terduduk dan diam ja tengok kucing-kucing ni makan. Sengaja aRz letakkan makanan dekat sekeliling Cik Puteri.
![]() |
Belakang Cik Puteri pun ada beberapa ekor |
Sambil dia khusyuk layan tengok kucing-kucing makan, aRz suruh Cik Puteri sendiri ambilkan dan letak makanan kucing ala-ala friskies ni. Sambil-sambil tu cakap pada Cik Puteri "kesian kucing lapar, nanati kita bagi kucing makan lagi ok?" Cik Puteri angguk tanda setuju.
![]() |
Cik Puteri dan kucing |
Bila tengok gambar di atas ni, teringat masa aRz kecil memang selalu bermain dengan kucing. Tidur sekatil, main peluk-peluk....cuma bila kucing yang aRz bela dari kecil mati..aRz tak bela lagi sehingga hari ini. Tetapi bila dah ada anak, tak mahu anak menjadi takut dengan kucing atau haiwan lain.
Aktiviti macam ni rasanya semua orang mampu lakukan, tak perlu keluar modal yang banyak, tak perlu bersesak-sesak di atas jalanraya sambil tu boleh didik anak sayang pada haiwan seperti kucing serta mengajar untuk memberi sejak dari kecil.
Rugilah kalau waktu petang yang terluang kita sia-siakan untuk bersama anak-anak untuk aktiviti yang mudah. Boleh juga dipenuhi dengan aktiviti lain seperti beriadah di taman dan sebagainya.
Setakat ini dahulu.
Jumpa Lagi.
ARZMOHA
lifestyle.parenting.photography.
azrilmohdhaniffa@gmail.com