Lombong Cantik Guar Petai Tasik Gelugor Berhantu
Lombong cantik di guar petai yang mempunyai air berwarna biru dan kehijauan. Permandangannya sangat cantik. Lombong ini sebenarnya berada di dalam kawasan Tasek Gelugor Pulau Pinang. Setelah lombong ini menjadi viral di Facebook tiba-tiba keluar cerita mengenai seorang wanita yang mengambil gambar bersama lembaga. Benarkah lombong ini berpenunggu? Benarkah kewujudannya? Jom teruskan membaca...
Sebelum aRz meneruskan cerita mengenai penunggu di lombong guar petai yang dikongsi di media sosial ketika lombong ini diviralkan. Sebenarnya aRz telah pun ke sini pada March 2015. Mungkin yang mengikuti blog aRz telah pun membacanya. Terima kasih juga buat mereka yang berkongsi gambar dari blog aRz tanpa membuang "watermark". Gambar yang baik aRz benarkan dikongsi. Silakan...
Ceritanya begini, awal pagi 1 September anak sedara aRz mesej katanya ada yang kongsikan gambar paksu di twitter sambil screenshot. Kemudian diikuti rakan-rakan lain maklumkan dikongsikan di laman Facebook. Jadi aRz kata kongsikanlah entri lokasi lombong di guar petai ini. Mudah-mudahan mereka dapat menjumpai dan dapat merakamkan gambar buat kenangan. Mana kita mampu jangka apa akan jadi pada tempat ini di masa depan kelak, mungkin kering, mungkin ditutup.
![]() |
Berpenunggu?? |
Selepas dikongsikan entri ini ada rakannya pula yang kongsikan gambar yang dirakam bersama lembaga ( seperti gambar diatas). Terus dia tanya aRz mengenai perkara itu. Jawapan aRz???
![]() |
aRzMoHa | Rasa Macam atas Kapal Titanic |
Benarkah Lombong Guar Petai Berpenunggu?
Lombong Guar Petai berpenunggu? Kamera apa yang digunakan sehingga mampu merakam gambar lembaga tersebut? Baik...ketika aRz berkunjung ke tempat ini kami membawa 3 kamera DSLR, 1 SJcam, 2 smartphone dan 1 Blackberry. Tetapi satu pun tidak berjaya merakam gambar lembaga tersebut.
![]() |
aRzMoHa | Di Lombong Cantik Guar Petai |
Bukanlah diri yang kerdil ini ingin bercakap besar... Tidak.. tetapi kita kena yakin bahawa perkara ghaib itu wujud, tetapi tidak semua orang akan nampak. Mungkin sepanjang hidup tidak akan nampak. Ada orang Allah lebihkan dia untuk nampak. Tapi tak pasti ada orang mampu merakamkan perkara ghaib ini. Lagipun didalam gambar tersebut tak boleh jelaskan dimana dia berada. Benarkah dia berada di lombong tersebut?
Jika anda benar-benar ingin ke tempat ini ikuti langkah-langkah yang aRz akan kongsikan ini. Insyaallah selamat.
Jika anda benar-benar ingin ke tempat ini ikuti langkah-langkah yang aRz akan kongsikan ini. Insyaallah selamat.
![]() |
aRzMoHa | Pokok ini saja tempat untuk berteduh |
Langkah-langkah keselamatan jika ingin ke lombong Guar Petai
1. Jangan ke sana seorang diri. Pergilah secara berkumpulan. Sebaiknya menaiki kereta. Terutama perempuan kerana jauh dari kawasan penduduk kampung. Mungkin jika berlaku sesuatu tiada siapa mampu mendengar suara anda.
2. Perbetulkan niat, jangan bercakap besar, bacalah Ayatul Qursi ( dan doa lain jika tahu) memohon perlindungan kepada Allah bukan sahaja daripada gangguan syaitan tetapi perkara lain yang tidak diingini.
3. Pergilah pada awal waktu pagi, sebab kawasan memang panas litlit kalau dah tengahari apalagi kalau jam 2 3 petang. Elakkan pada waktu yang hampir maghrib atau senja.
4. Selamatkah mandi di lombong ini? aRz tak pasti dan tak galakkan. Kalau boleh elakkan sebab kita sendiri tak tahu apa yang ada di dalam air tersebut.
4. Selamatkah mandi di lombong ini? aRz tak pasti dan tak galakkan. Kalau boleh elakkan sebab kita sendiri tak tahu apa yang ada di dalam air tersebut.
4. Jangan lupa bawa air, dan jangan lupa kongsi artikel ini pada rakan-rakan anda.
Pergilah dengan cara yang baik, jangan terlalu seronok atau terjerit-jerit. Sama juga seperti masuk ke hutan. Bercerita tentang gangguan dimana-mana sahaja boleh ada gangguan. Dalam tandas pun ada syaitan. Kenapa kita tak cerita .."bahayanya dalam tandas pun ada penunggu"....Janganlah takut pada makhluk Allah melebihi takut kepada Allah SWT.
Setakat ini dahulu perkongsian semoga anda bertemu lombong ini yang tiada sebarang penunjuk arah atau "signboard". Jangan lupa baca dua entry mengenai lombong cantik di guar petai, tasik gelugor, Pulau Pinang.
Jumpa Lagi.
kalo ada anak2 kecil, pergi mana2 pun kena hati gitew