Detik Berharga Tidak Menunggu Kita Bersedia
Detik berharga, biasanya amat susah untuk dirakamkan. Bercakap mengenai photography sesuatu detik berharga itu adakalanya berlaku dengan pantas tanpa kita sedari, ia tidak menunggu kita bersedia. Persoalannya bolehkah sesebuah detik berharga itu dirakamkan?
Photograph by Samuel Cox, National Geographic your shot |
Bila terlihat gambar diatas di laman National Geographic, Photo Of The Day. Teringat suatu masa dulu pernah merakamkan gambar pre-wedding buat seorang rakan, kebetulan terdapat sekumpulan burung sedang berterbangan di sekitar kawasan tersebut.
Biasanya detik seperti ini tidak akan menunggu kita bersedia, ianya berlaku mungkin 2 3 saat dah kemudiannya detik tersebut hilang. Tetapi mungkin dikatakan rezeki juga, burung tersebut hanya berterbangan di sekitar kawasan itu, berulang kali sebelum terbang jauh dan hilang dari pandangan. Apa yang lebih berharga tempat kami ambil gambar pre-wedding sekarang ini telah pun di tutup tidak tahu selamanya atau untuk jangka masa tertentu. Lagipun kawasan tersebut mengalamai banyak kerosakan tidak diselenggara dengan baik.
![]() |
aRzMoHa | Pre-Wedding |
Memang diakui, aRz sendiri pun mungkin tak banyak gambar-gambar detik berharga ini. Ia susah untuk dirakamkan. Cuma perlu bersedia bila-bila masa, tidak kira menggunakan kamera apa pun, sebaliknya jika mempunyai kamera DSLR lebih baik kerana kualiti gambar yang lebih jelas dan mempunyai pelbagai fungsi termasuk mengambil gambar sesuatu yang laju dan berlaku dengan pantas.
Anda ada detik berharga yang berjaya dirakam? Mungkin juga gambar anak anda pertama kali berdiri, berjalan dan mungkin juga pertama kali mencium pipi anda? Tinggalkan komen perasaan anda ketika merakamkan detik tersebut.
Jumpa Lagi.
Jumpa Lagi.