Ragam Anak-Anak Bila Semakin Membesar
Ragam anak-anakbila semakin membesar. Adakala mencuit hati, adakala mendatangkan geram, adakala membawa kepada marah tetapi tetap menjadi suatu yang mencuit hati bila terkenang semula. Ia menjadi sebuah kenangan buat semua ibubapa. Perlukah marah anak bila mereka meragam? Patutkah dirungutkan? Jom aRz kongsikan.
![]() |
Cik Puteri ragam depan kamera |
Ragam Anak Yang Mencuit Hati
Setiap anak-anak pasti ada ragam yang tersendiri. Mungkin sesuatu yang menyentuh hati, mungkin juga boleh buat geram di hati, mungkin juga boleh mendatangkan marah tetapi lama-kelamaan atau paling tidak pun bila anak dah tidur bila terkenang kembali ianya mencuit hati. Itu perkara biasa dan orang dulu-dulu selalu kata
"sok hang ada anak hang tau la"
Apa yang aRz ingin kongsikan kali ini adalah ragam Cik Puteri. Bila dia tidur mula terfikir nak kongsikan disini. Sebelum tu ada juga bertanyakan pendapat pada rakan blogger lain yang lebih makan garam antaranya pemilik blog Anajingga.com. Katanya lebih kurang begini.
"masa kecil memang macam-macam ragam, hadapi saja jangan berungut, nanti bila dah besar akan terkenang kenangan dimasa mereka kecil"
Sebenarnya banyak ragam Cik Puteri tetapi aRz kongsikan sikit saja. Yang lain nak orang lain pula yang kongsikan di bahagian komen nanti. Nak tahu apa ragam Cik Puteri sekarang?
1. Ragam Anak Ketika Hendak Mandi
Ragam anak ketika mandi rasanya semua akan hadapi walaupun diwaktu masih lagi bayi. Apalagi bila dah besar. Ada suka mandi, ada yang menangis ketika mandi dan ada juga yang menangis bila dibawa keluar dari bilik air sebab suka main air.
Cik Puteri pula semasa bayi diam saja bila mandi, seakan suka mandi...bila mula mandikan dengan air sejuk lagi suka mandi. Bila kena air suam menangis pula. CUma bila dah semakin membesar ni hampir memasuki umur 3 tahun ada ragam lain pula.
Tak mahu mandi. Cik Puteri ada waktu dan ketika susah untuk mandi contohnya jika sedang menonton televisyen, sedang bermain dengan gadjet atau sedang bermain mainan kesukaan. Kalau angkat pasti menangis, jadi kalau kita memaksa dia akan menangis. Pening juga bila tiba waktu mandi.
Tetiba terfikir, kenapa kalau dalam english movie kebiasaan kita tengok anak-anak mat saleh biasa mandi mensti ada mainan seperti itik dan sebagainya. Jadi aRz gunakan cara yang sama bawa sekali mainan dia ke tempat mandi. Hasilnya memang mudah untuk mandikan tanpa menangis. Tetapi janganlah terlalu lama pandai-pandai pujuk untuk habiskan waktu mandi.
Ada waktunya pula terlebih suka mandi. aRz ambil wudhuk pun dia nak mandi. tapi kena pandai-pandai pujuk la yerrr...
2. Ragam Ketika Hendak Tidur
Waktu bayi rasanya tak banyak ragam sangat. Memang mudah ja Cik Puteri tidur siang atau malam. CUma selepas sel-sel otak berhubung atau bila semakin membesar ini macam-macam ragam kalau tak mahu tidur.
Pernah satu hari aRz ajak tidur petang, ambil bear kesayangan dia tidur sekali dan cakap "cuba tengok ni...bear pun tidur". Pujuk punya pujuk akhirnya abah yang terlelap. Cuma bagusnya Cik Puteri dia tak akan main jauh dari abah. Tak akan masuk ke tandas kalau tak di ajak atau disuruh. Dia akan berada sekitar kawasan aRz ada saja.
Bila terjaga tengok dia masih belum tidur seronok layan cerita "robocar poli" di astro ceria. Sebaliknya yang tidur seperti gambar dibawah. Ambil gambar dan kongsikan pada mama dia. Rupanya CIk Puteri kalau waktu aRz tak ada dia akan tidur di waktu petang. Dengan syarat tutup langsir supaya suasana gelap, tutup televisyen, telefon dan sebagainya baru dia akan tidur.
Semakin besar semakin mencabar untuk pakaikan baju. Berlari kesana kesini dahulu. Adakala nak cepat pun tak jadi cepat. Ehh tapi macam mana aRz tau susah nak bagi pakai baju anak ni?? Aippp Abah Mithali mestilah bagi pakai baju anak :p
Kena umpan dengan sesuatu barulah Cik Puteri beri kerjasama. Adakala marah juga tapi tak jalan jadi kena cari cara lain untuk anak beri kerjasama. Antaranya kena pujuk elok-elok dengan bagi mainan atau sebagainya. Bila waktu yang agak tegang pula macam tengah bersiap nak keluar jalan, bagitau siapa tak pakai baju kena tinggal. Cepat ja beri kerjasama.
Pemilihan baju yang betul juga memudahkan anak-anak ini beri kerjasama. Sebagai contoh bila anak sukakan animasi Puteri, Frozen, atau Upin-Ipin serta sebagainya carilah baju seperti ini kerana ia satu daya penarik yang memudahkan anak-anak pakai baju dengan senang.
Anak Penyeri Rumahtangga
Anak-anak ini memang betul penyeri sesebuah rumahtangga. Tatkala kita balik rumah dengan mood yang tidak elok pandang saja wajah anak terus hilang marah. Tengok pula ragamnya bila kita balik rumah disambut depan tangga sambil berkata
"hai Abahhh...Sayang Abahhh"
Perghhh memang tersentuh hati. Perkataan Abah itu sendiri yang keluar dari mulut anak adalah sesuatu yang amat mengujakan. Jadi benarlah tatkala anak banyak ragam ketika dalam proses pembesaran dimana banyak pertanyaan, banyak bercakap, banyak bermain...layankan saja...Sebab masa akan terus berjalan dan yang tinggal hanya kenangan. Jangan lupa ambil gambar anak diwaktu kecil sebanyaknya agar menjadi kenangan di masa hadapan....
Jumpa Lagi.
Macam dak Kakak.. dia mula menampakkan sisi anak daranya.. dak Adik walau dah besar tapi nak kita mandikan.. dak Nuha perasan dialah yang paling kecik dalam rumah.. ekekeke..