Idea Menghias Bilik Tidur Bersaiz Kecil
Idea menghias bilik tidur bersaiz kecil. Rata-rata setiap rumah hari ini pasti mempunyai bilik yang bersaiz kecil. Bagaimana untuk menghias supaya bilik tidur kecil ini kelihatan luas, selesa dan cantik? Mungkin perkongsian idea menghias bilik tidur bersaiz kecil ini mampu membantu anda semua. Idea ini mungkin mampu memberikan keselesaan dan mencantikkan ruang bilik tidur khasnya buat anak-anak anda atau bagi remaja sendiri.
Mengapa Perlu Bilik Tidur Kelihatan Kemas dan Selesa?
Bilik tidur yang kelihatan kemas dan selesa amat perlu bagi memberikan kelesaan kepada penghuninya. Samada anda sendiri wahai golongan remaja atau anak-anak anda. Keselesaan ini akan membuatkan anak-anak anda lebih suka tinggal dirumah dan kurangkan masa diluar dan mungkin bercampur rakan-rakan yang mampu mempengaruhi kepada perkara negatif. Idea ini mungkin tidak menepati ciri sebenar saiz bilik tidur sebenar tetapi ianya sebagai idea yang dapat diolah supaya menjadikan bilik tidur yang lebih baik.
Add caption |
Walaubagaimanapun, kemungkinan untuk memiliki bilik tidur sepertidi dalam gambar di atas ini memakan kos agak tinggi pada permulaannya tetapi mampu memberikan keselesaan yang berpanjangan. Walaubagaimanapun bilik tidur yang selesa adalah dengan penggunaan warna yang sesuai iaitu warna cerah dan mengurangkan segala perabot atau barang-barang yang tidak perlu. Ianya perlu diasingkan dan dibuang.
Semoga tips atau idea ini mampu membantu anda menghasilkan bilik tidur yang selesa untuk anak-anak anda atau untuk anda yang seorang remaja yang sedang menjadi idea menghias bilik. Bilik tidur yang kemas juga membuatkan aRz suatu masa dahulu seorang yang lebih suka duduk di rumah dan kurang berada diluar rumah. Tetapi aRz bukan pula seorang yang anti aktiviti sosial. Keluar juga bersama kawan-kawan tetapi tidak melebihi waktu berada dirumah. Tetapi ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting iaitu memberikan masa yang berkualiti bersama anak-anak juga.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan kebaikan buat semua
Jumpa Lagi.
image credit to :
nelsonfair.com
indecoo.com
freshome.com
agrotianmoment.com
architectureartdesigns.com
cnbhomes.com