![]() |
Tips Makan Pasembor Dengan Harga Murah |
Salam. Awak apa khabar?. Awak kat mana?. Awak di Pulau Pinang.
Tahukah awak Pasembor (atau sebutan orang pulau pinang adalah Pasemboq) adalah antara makanan unik yang digemari oleh orang pulau pinang dan juga negeri lain. Sahabat saya yang berada di Selangor, Kuala Lumpur memanggil dengan panggilan 'rojak ayam'. Bila singgah di Pulau Pinang sebut saja Pasembor.
Baik. Pernah mencuba? berapa harga yang anda selalu bayar untuk merasakan makanan ini?
Hari ini saya ingin berkongsi tips supaya anda tidak perlu lagi membayar Pasembor ini dengan harga RM 20, RM 35 atau RM 45.
Kebiasaannya ketika anda ke gerai pasembor, peniaga akan menyuruh anda memilih sendiri bahan yang anda ingin rasa antaranya cucur, telur, sotong, fishcake, hotdog dan macam-macam lagi.
Sekiranya anda memilih kesemuanya maka anda sedang memilih harga yang mahal melaikan anda memang di kategorikan suka makanan yang mahal.
Tips Makan Pasembor Dengan Harga Murah
Cara saya sebagai seorang anak pulau pinang, bila tiba di gerai terus memesan pasembor ini mengikut harga. Sebagai contoh mulakan dengan harga RM 5 @ 6. Tetapi rasanya tiada lagi harga RM 6 buat masa ini. Sejak semuanya naik harga peniaga pun seakan 'naik minyak'. Terbaru saya makan dengan harga RM 10 dan dapat seperti di dalam gambar. Memang letih untuk dimakan oleh 2 orang.
Jadi sudah dapat tipsnya bukan. Pesan mengikut harga bukan mengikut bahan. Sekiranya anda tersilap bersiap sedia membayar dengan harga yang mahal :)
Dimana saya makan Pasembor baru-baru ini?
Gerai pasembor memang banyak sekitar Pulau Pinang. Cumanya saya nasihatkan untuk makan di Medan Selera (Astaka) Padang Brown. Di Belakang Balai Polis Dato' Keramat.
Semoga percutian anda di Pulau Pinang lebih bermakna.
Jumpa Lagi
Jumpa Lagi