Photography : Framing | Istana Kehakiman

tips photography, Istana kehakiman, sudut berbeza, arzmoha, gambar cantik, putrajaya, Perbadanan Putrajaya
Istana Kehakiman, Putrajaya

Salam. Bila nak bercuti mood rasa ceria sangat. Bila dah mula bekerja mood bercuti pun masih ada.
Kena buang jauh-jauh mood tu. Baru hilang rasa malastu. Cuma yang tidak boleh dibuang adalah gambar kenangan. aRz terpandang permandangan ini ketika mengambil gambar Masjid Besi. Jadi dapat dikongsikan untuk semua.



Sebelum aRz cerita lebih lanjut. aRz ingin berleter sikit mengenai bercuti. Macam aRz katakan diatas yang tinggal selepas bercuti adalah gambar dan juga resit. hehe. Resit boleh buang selepas kira-kira total kos percutian. Mungkin boleh dijadikan tanda aras budget untuk percutian akan datang. Gambar boleh simpan untuk kenangan. Jadi bila bergambar cuba hasilkan gambar terbaik.

Baik bila bercerita mengenai photography, gambar terbaik, gambar lawa ada banyak kriteria yang membolehkan gambar itu jadi cantik. Antaranya ilmu, jenis kamera, posisi atau sudut, framing, cuaca dan banyak lagi lah.

Hari ini aRz cuma nak cerita sikit apa yang saya faham mengenai framing.

Framing is simply using the other objects in your photograph to frame the main subject.

Bahasa mudahnya menggunakan object lain seperti pokok, tingkap, gerbang untuk jadikan frame subjek utama kita. Sebagai contoh, gambar diatas telah aRz frame dan sedikit sentuhan colour dari perisian instagram dan juga crop untuk mencantikkan gambar. Hasilnya adalah seperti gambar di bawah.
Juga boleh dilihat di Wordless Wednesday #22 atau di Instagram aRz

Tips, gambar cantik, gambar lawa, photography, architecture, istana kehakiman, palaca of justice, putrajya, malaysia, arzmoha
Palace of Justice | Istana Kehakiman
Di bawah satu lagi contoh framing yang saya ada. Sebenarnya ada lagi cuma tak sempat nak cari :p

Kids, Asyir, Boy, Kids World, photography, pakej photography, arzmoha, gambar cantik, gambar lawa,
Asyir Harith | Kids Potraiture

Framing ini adakalanya membantu kita menyembunyikan gangguan yang mungkin menjadikan gambar tidak cantik seperti orang lalu-lalang, sampah, dan lain-lain. Baik setakat ini dulu. Sekiranya ada persoalan boleh tinggalkan komen di bawah. Jika entri ini memberikan pemahaman buat anda jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan anda yang lain.

Jumpa Lagi.

{ 29 comments.. read them below or add one }

Inani Hazwani Inani Hazwani 26 Feb 2015, 09:57:00
tambah ilmu fotografi hari ni. hihihi. takmau malas malas bro arz. selamat bekerja ^^
Nurulhidayah Nurulhidayah 26 Feb 2015, 11:16:00
Menarik entry ni aRz.. dapat ilmu tentang framing ni.. timekasi :)
Sayidah Napisah Sayidah Napisah 26 Feb 2015, 12:54:00
cmne nak buat framing tu? ehehhe
cikpinz cikpinz 26 Feb 2015, 14:29:00
Framing ni dapat mencantikkan lagi gambar.
Ana Jingga Ana Jingga 26 Feb 2015, 17:59:00
walaupun sudut teknikalnya kak ana tak faham, namun hasilnya sebuah gambar yang sangat cantik aRz...
arzmoha arzmoha 26 Feb 2015, 20:42:00
insyaallah ada masa saya terang lebih lanjut ya
arzmoha arzmoha 26 Feb 2015, 20:46:00
cubalah. tak faham tanya ya
arzmoha arzmoha 26 Feb 2015, 20:57:00
susah juga nak jawab soalan ni. sebenarnya framing salah satu skill dalam photography
arzmoha arzmoha 26 Feb 2015, 21:00:00
terima kasih nurul hidayah
Deanna Morni Deanna Morni 27 Feb 2015, 09:31:00
teknik cenggini akan menjadikan gambar tu lgi cantik coz guna frame yg sdia ada kan...kreatif...hihihi
Unknown Unknown 27 Feb 2015, 09:34:00
ayu dulu mmg minat btl bergamba amek gamba sume
tapi xpandai nak jadikan nye cantekk
so putus ase jjela
heheehhe
Bunda_nora Bunda_nora 27 Feb 2015, 10:34:00
Cantik...macam mana nak buat yea?
Anizz Annisa Anizz Annisa 27 Feb 2015, 14:58:00
cantikkk..pernah tengok org buat cmnie.. baru tau istilah ape..huhu
Unknown Unknown 27 Feb 2015, 23:22:00
rare lah frame yang bawah tu.. banyak seni dalam photografi nie kan...
irrayyan irrayyan 28 Feb 2015, 07:15:00
Gambar asal masjid tu lg lawa...hahaa
SalbiahM SalbiahM 2 Mar 2015, 09:50:00
great tips!elah, kalau pandai trick macam ni, pakai kamera murah pun boleh jadi cantik. Thanks share bro..
adkdayah adkdayah 2 Mar 2015, 13:31:00
thanks kasi info pasal photographer..minat sngt tgkp gmbar >_<
dear anies dear anies 3 Mar 2015, 10:34:00
tingat dedulu pakai kodak. amik gmbr sebaik mungkin... skrg da mcm2 cara bleh buat utk cantikkan gmbr
Amelia Amelia 7 Mar 2015, 13:14:00
perghh. betul2 kat tengah la. lawa lawa.. saya segan nak amek... hahahaa. selalu msti x nampak center macam tu.... gambar Asyir pun comel ^^,
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 8 Mar 2015, 00:59:00
wooah CT faham konsep ni tapi tak tahu technical term yang betul..
kalo amek gambar main tibai saja ehehe..

btw.. boleh tak Arz buat review camera compact yang best2..
budget dalam 1500 tapi nak yang compact saja.. CT skarang guna sony NEX3 da almost 2 tahun..
semua gmbr kat blog mmg amek guna sony tu.. CT suka camera sony. tapi its too big dan lense dia tu bonjol sangat. kalo simpan dalam beg makan space.. CT ingat nak beli compact camera yang terbaaaaik ahaha.. nak usung sana sini kalo jalan2.. banyak sngt kat pasaran xtau mana 1 yang sesuai..

ps : jgn suggest beli dslr tau.. x minat n x reti guna.. ahahaha
arzmoha arzmoha 8 Mar 2015, 16:27:00
NEX3 ramai juga yang guna. insyaallah akan cuba

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih