 |
Masjid Tuanku Zainal Abidin @ Masjid Besi |
Salam. Jom bercuti dalam malaysia. Memandangkan harga minyak sudah lama turun.
Sebenarnya saya sedang bercuti di Putrajaya. Bandar terancang. Penuh dengan bangunan kerajaan dan tempat yang menarik. Kebetulan sempat solat jumaat di Masjid Besi atau Masjid Sultan Zainal Abidin.
Sebenarnya aRz dah pernah sampai disini sebelum ni. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Masa tu Cik Puteri masih kecil. Lepas singgah solat terus balik. Sebenarnya tujuan utama ke sini ingin melawat dan bertemu dengan Ibu Mertua saya, serta berjumpa dengan kakak saya disini. Bertambah jimat bercuti ke sini bila ada sanak saudara tinggal di tempat destinasi percutian kita. 2 perkara yang kita dapat, pertama menghubungkan tali siratulrahim bila kunjung mengunjung, kedua Jimat kos tempat tinggal.
Berbalik pada tajuk entri, aRz mengambil peluang yang ada bila datang sorang macam ni bergambar untuk berkongsi dengan semua.
 |
Kubah Masjid Besi |
Selepas Solat Jumaat, rehat sekejap, tengok kecantikan binaan dalam masjid besi, permandangan sekitar, memang cantik. Semoga masjid ini sentiasa diimarah. Juga kelihatan kerusi dan meja rasanya ada kelas-kelas pengajian yang aktif di masjid ini. Alhamdulillah.
 |
Bahagian Bawah Kubah Masjid |
 |
Permandangan sebelah tepi kelihatan Masjid Putra |
 |
Permandangan Dari Kolam di tepi Masjid kelihatan Jambatan dan Masjid Putra |
 |
Dinding hadapan |
 |
Keindahan Senibina Tiang |
 |
Permandangan di luar masjid masih kelihatan Masjid Putra |
 |
Permandangan Masjid Besi dari Luar |
 |
Permandangan dari Dalam Masjid Besi |
 |
Selfie Di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Masjid Besi, Putrajaya |
Alhamdulillah dapat juga merakamkan gambar disini. Walaupun Putrajaya ada panas ketika ini. Adakalanya aRz sendiri pun terlupa untuk merakamkan gambar kenangan bila sampai di satu-satu tempat. Bila ada peluang rakam sepuasnya.
Sebelum itu sekadar makluman : Gambar diatas dirakamkan menggunakan Lenovo S850 dengan 13 Megapixels dan 5 Megapixel untuk kamera hadapan khas untuk peminat selfie.
Baca mengenai Lenovo S850 disini.
Jumpa Lagi.