![]() |
Kek Batik |
Salam. Pernah rasa kecewa?. Kecewa disebabkan apa yang kita inginkan tidak kesampaian. Ya, macam aRz baru-baru ini kecewa bila makan Kek Batik yang dibeli di pasar malam. ceritanya macam ini.
Masa hari-hari terakhir bercuti baru ini ada singgah di sebuah pasar malam. Tahulah dengan cuaca panas yang melanda negara apa yang dijual di pasar malam semua nampak sedap. Kebiasaan aRz akan beli kuih dan nasi. Sampai satu gerai ternampak Kek Batik. Aduhai memang favourite. 1 potong 50 sen. aRz beli RM 3.
Naik ja atas kereta macam biasa tak sabar nak makan bersama air coklat Boboiboy. Air coklat ni aRz bagi rate 5 bintang. Tapi kek batik sangat menyedihkan. Mengecewakan. Biskut banyak tapi coklat sikit sangat. Bila kurangnya coklat memang kerasla stress. aRz tak kisah sangat bab harga mahal kalau betul-betul sedap. Kek Secret Recipe pun rasa murah sebab sedap.
Sampai saja di rumah kakak, wife tanya sedap tak kek batik. Wife tau yang aRz memang peminat kek batik, kek coklat, apa saja coklat mesti suka. Bila dia tengok aRz diam dia tahu ada yang tak kena dengan citarasa.
"it's ok, balik penang kita cari pembuat kek batik yang betul-betul sedap" kata wife. aRz angguk ja malas nak fikirkan.
Kek Batik Sedap Pulau Pinang
Sampai di penang mula bertanya kawan-kawan dimana ada orang buat kek batik yang sedap. Akhirnya temui pembuat kek batik yang membuatkan aRz rasa perlu dikongsi supaya orang tahu. Memang betul berkualiti.
![]() |
Kek Batik Sedap |
Bukan senang nak cari yang betul-betul ikhlas. Tapi mereka ini masih ada. Cuma kita belum jumpa, atau kita terlalu mencari yang murah.
Kek Batik sejukkan dalam peti ais dan makan masa tonton drama atau movie perghh memang best. Tak rugi dan puas hati. Rasa coklatnya yang pekat. Memang tak terkata.
Khas untuk orang Pulau Pinang yang sedang mencari, nak rasa Kek Batik boleh hubungi
Kak Ina
whatsapp/sms/call : 017-4299421
Sekiranya tidak dapat dihubungi
boleh hubungi saya untuk membantu anda
011-27130797
atau emailkan ke
azrilmohdhaniffa@gmail.com
![]() |
Kek Batik Sedap Penang |
Harga asal RM 35. Tetapi khas buat anda yang membaca entri ini jangan lupa untuk maklumkan dari arzmoha.com untuk dapatkan harga RM 28 sahaja.
Jumpa Lagi.