![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Jetty Pulau Aman. Kukuhnya Jeti kerana kukuhnya ikatan satu sama lain. |
Salam. Exchange Feed Blog. Program hangat yang mampu mempromosikan blog supaya lebih dikenali. Cuba bayangkan jika feed blog anda atau 5 tajuk entri anda terpapar di blog yang mempunyai traffic dan pengunjung yang ramai?.
Sudah tentu sedikit sebanyak blog anda terpromosi dengan sendirinya bukan? Tapi apa kebaikan sebenar Exchange Feed Blog?
Kebaikan Exchange Feed Blog
1. Aktiviti ini membantu sesama blogger untuk lebih bersemangat dalam berblogging dan mengambil peluang ini untuk optimumkan faedah berblogging.
2. Selain itu merapatkan ukhuwah antara blogger. Masalah mengenai blog boleh dibincang dan diselesaikan bersama dan sama-sama berkongsi kebaikan berblogging.
3. Seperti saya katakan di atas, menambah trafik ke blog. Secara tidak langsung menaikkan UV.
4. Program ini juga wujud terdapat whatsapp group, dimana ahli setiasa mengingati sesama lain supaya sentiasa update blog. Jadi secara tidak langsung blog anda tidak bersawang dan berhantu :)
Program ini sangat menguntungkan buat yang rajin update entri. Tetapi tiada pengunjung dan tiada komen yang ditinggalkan.
Program ini sangat menguntungkan buat yang rajin update entri. Tetapi tiada pengunjung dan tiada komen yang ditinggalkan.
Syarat-syarat Exchange Feed Blog
Seperti biasa, jika anda ke sekolah, IPTA, Opis, atau buat bisnes sendiri pun perlu ada syarat-syaratnya. Begitu juga program ini. Syaratnya mudah.
1. Exchange Feed setiap 3 hari mengikut jadual.
contoh : blog A pasang exchange feed blog B, B pasang C dan C pasang A.
Selepas 3 hari akan bertukar pula. A pasang C, C pasang B dan B pasang C.
2. Masa perlu exchange feed sebelum jam 9 pagi.
3. Ukhuwah blogwalking. Wajib sekurang-kurangnya terjah blog kawan-kawan sehari sekali. (untuk membantu blog sesama ahli)
4. Setiap ahli Exchange Feed perlu terbuka dengan sebarang teguran dan kritikan membina. Secara tidak langsung dapat menyedarkan sesama ahli yang lama tidak update blog.
5. Kedudukan Exchange feed berada di bahagian atas sebelum entry atau sebelah entri. Dimana memaparkan 5 entry terbaru.
6. Tiada paksaan dalam menyertai group ini. Pilihan di tangan anda. Sekiranya tidak mampu memberikan komitment boleh berundur diri. Alang-alang berblogging biar sampai berjaya.
#letsexchangefeed #exchangefeed #feedblog #blog
#blogger #bloggermalaysia
Jumpa Lagi