Tips Mengatasi Masalah

Tips Mengatasi Masalah

Tips Mengatasi Masalah sebenarnya sudah pun di kongsi di Facebook milik saya. Kita tidak akan mampu berpisah dari masalah. Ini kerana hidup ini adalah sebuah ujian dan dugaan. Masalah dalam bahasa yang lebih sedap adalah ujian dan dugaan. Orang yang hebat akan menghadapi masalah dan mengatasinya dan orang yang lemah melarikan diri dari masalah dan biarkan masalah itu membelenggu dirinya.

tips mengatasi masalah, cara mengatasi masalah, tips hadapi ujian dan dugaan, tips mengatasi ujian dan dugaan, gambar terapung, gambar kolam renang, gambar model cantik, photography, marina theme park lumut,
Tips Mengatasi Masalah | Untuk Kehidupan Yang Lebih Tenang

Masalah 

Masalah ini juga merupakan satu cara Allah ingin tegur kita atau sedarkan kita bahawa kita ini cumalah hambanya. Sehebat mana pun kita, kita masih tertakluk dibawah KekuasaanNya. Walaubagaimanapun setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian atau jalan keluar. 

Tips untuk mengatasi masalah

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah iaitu yang dapat dikongsikan untuk kebaikan bersama.

1. Memohon pertolongan daripada Allah.

Segala ujian dan dugaan datang dariNya. Mohonlah pertunjuk dan kekuatan bagi menghadapi setiap permasalahan. Bukan sahaja untuk menghadapi masalah tersebut tetapi supaya masalah yang sama tidak berulang lagi.

2. Tenangkan fikiran

Tenang apabila dilanda masalah, diuji dan diduga. Hadapi dengan tenang, mudah-mudahan dijauhi dari kesan lain yang lebih buruk seperti stress dan lain-lain. Sekiranya stress yang berterusan boleh membawa kepada penyakit yang lebih memburukkan keadaan seperti tekanan jiwa, tekanan darah tinggi dan lain-lain. Jadi sentiasa berada dalam keadaan tenang. Sebaiknya perbanyakkan solat, mengaji al-quran dan berzikir serta perkara-perkara lain.

3. Berfikir positif

Hidup menjadi lebih tenang apabila kita sentiasa hidup dalam keadaan positif. Cuba lihat sahabat disekeliling kita yang positif hidup mereka nampak tenang. Elakkan dari berfikir negatif sebagai contoh, masalah ini takkan timbul kalau si polan dan si polan ni tak mula dulu. Maka banyak masalah lain pula akan timbul.

Be positive

4. Berfikir secara kreatif

Ada masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Ada masanya ianya agak susah, mungkin perlu pemikiran yang kreatif untuk menghadapinya.

5. Jangan berputus asa

Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah. Ujian dugaan atau masalah yang Allah berikan tidak akan memberati seseorang melainkan dengan kemampuan seseorang itu.
Begitu juga jangan berputus asa berusaha menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut. Adakala sesetengah ujian/dugaan/masalah ini memerlukan penyelesaian jangka panjang.

Paling penting kena banyakkan bersabar dan bersyukur. Masalah yang menimpakan diri kita nampak seakan berat tetapi ada lagi orang disekeliling kita yang ditimpa dengan masalah yang lebih berat. Muka mata dan lihat disekeliling kita. Lihat pada orang yang nasibnya di uji dengan ujian yang lebih berat. Secara tidak langsung akan mudah membuatkan kita berasa syukur.

Setakat ini sahaja perkongsian Tips Mengatasi Masalah. Sekiranya ada cadangan boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Comments

  1. nice tips... thanks for sharing... itu yg sebaiknya kan...

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dan di awal timbul setiap ujian atau dugaan,pasti terganggu mental dan emosi..namun seiring waktu bila mental dan emosi sudah boleh menyerap semuanya..saat itu terus mencari solusi terbaik untuk hadapinya..
    Terima kasih perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. Akak suka berfikiran positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. In Shaa Allah, apa-apa pun yg penting sabar jee.

      Delete
  4. Kata orang jika ada masaalah jangan hanya cuba mengelak . . . " take the bull by the horns" seperti kata pepatah . . .

    ReplyDelete
  5. Masalah akan tetap ada. Kena banyak usaha dan bertawakal

    ReplyDelete
  6. Good sharing abg arz. Ye semua orang ada masalah tapi bagaimana cara untuk kite atasi tuh yang membezakan.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. Terbaik tips... Mana ada orang yang takde masalah kan..

    ReplyDelete
  8. thanks tips ni boleh praktik

    ReplyDelete
  9. Apa-apapun jangan pernah lari dari masalah. Yang penting kena sentiasa meminta pertolongan dari-Nya. Terima kasih atas perkongsiannya. Skema pula ayat ;)

    ReplyDelete
  10. Tips yang terbaik adalah berdoa kepada Allah.. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete
  11. allahuakbar beautiful tip saudara..

    pertama dan utama perbanyakkan istighfar moga bantuan Allah sentiasa bersama kita!

    ReplyDelete
  12. Setuju...Lari dari masalah bukan tindakan yang bijak..Nak tak nak kena hadapi juga utk pastikan hati rasa tenang, huhu.

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang bagus. Semua masalah datang dengan izinNya. KepadaNya juga tempat Kita mengadu

    ReplyDelete
  14. masalah sebenarnya seperti bayang2,kadang2 ia hilang,kadang2 ia datang,ia datang dalam satu suasana seperti adanya pantulan cahaya,begitu juga masalah,selagi namanya hidup kita takkan dapat lari dr masalah,namun kita dapat menguranginya.Perkongsian yang menarik,sangat bagus untuk dipraktikkan agar hidup kita lebih tenang dari masalah kerana ada tips dalam mengatasinya.

    ReplyDelete
  15. Ada antara kita yang kalau nak selesaikan masalah dengan komplen tapi tak buat apa2 tindakan huhu kan?

    ReplyDelete
  16. Masalah menjadikan hidup kita berwarna warni.bagi cikla bersangka baik, berusaha dan Berdoa. InshaAllah, dipermudahkan..

    ReplyDelete
  17. apa2 jua yg berlaku mmg perlu kembali kepada-Nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih