Skip to main content

Masjid Beijing Rantau Panjang | Tempat Menarik Di Kelantan

Masjid Beijing Rantau Panjang Salah Satu Tempat Menarik Di Rantau Panjang Kelantan

Masjid Beijing merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan yang wajib anda lawati. Ianya terletak di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Masjid ini merupakan salah satu tempat yang sempat dilawati ketika ke Kelantan baru-baru ini. Tahukah anda, nama sebenar Masjid Beijing ini adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Kenapa digelar Masjid Beijing? Semuanya akan dikongsikan dibawah nanti.

Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan, Masjid jubli perak sultan ismail petra, travel blogger, cuti-cuti di kelantan, tempat menarik di kelantan, masjid unik di kelantan, masjid senibina cina, tempat wajib dilawati di kelantan,
Masjid Beijing (Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang Kelantan)

Mengapa Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Dipanggil Masjid Beijing

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Perak yang terletak di pekan Rantau Panjang ini sangat unik kerana menggabungkan senibina cina dan Islam. Ianya dipanggil Masjid Beijing ini kerana dikatakan senibinanya menyerupai Masjid Niujie yang terletak di Beijing, China. Usia masjid Niujie berusia lebih 1000 tahun.

Disebabkan senibinanya hampir sama ianya dipanggil Masjid Beijing. Kalau waktu cuti sekolah berhajat nak ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, bolehlah singgah seketika di masjid yang unik ini dahulu. Menyempurnakan dahulu tanggungjawab sebagai hamba Allah.

masjid beijing kelantan, masjid jubli perak sultan ismail petra kelantan, masjid unik di rantau panjang, masjid menyerupai tokong, masjid unik di malaysia, tempat menarik di kelantan, tempat menarik wajib dikunjungi di rantau panjang kelantan, masjid dengan senibina cina, rekabentuk senibina yang unik, bangunan unik di Malaysia,
Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V pada ogos 2009. Memang sekiranya kali pertama sampai ke masjid ini memang senibinanya memukau pandangan. Walaubagaimanapun aRz sampai awal sebelum masuknya waktu zohor. Hanya singgah seketika dan terus memasuki Zon Bebas Cukai Rantau Panjang sebelum terus pulang ke Pulau Pinang.

masjid beijing kelantan, masjid jubli perak sultan ismail petra kelantan, masjid unik di rantau panjang, masjid menyerupai tokong, masjid unik di malaysia, tempat menarik di kelantan, tempat menarik wajib dikunjungi di rantau panjang kelantan, masjid dengan senibina cina, rekabentuk senibina yang unik, bangunan unik di Malaysia,
Antara pandangan yang boleh dilihat
Sebenarnya dah lama nak singgah ke Masjid Beijing tetapi masa tidak mengizinkan. Kebetulan setahun beberapa kali akan pulang ke Kuala Terengganu. Rantau Panjang tidaklah terlalu jauh sekiranya berhajat untuk singgah sebentar. Memang benar seperti kata orang masjid ini sangat cantik, masjid yang unik dan senibinanya tentu sekali mampu membuatkan peminat-peminat senibina terpukau. Subhanallah.

masjid beijing kelantan, masjid jubli perak sultan ismail petra kelantan, masjid unik di rantau panjang, masjid menyerupai tokong, masjid unik di malaysia, tempat menarik di kelantan, tempat menarik wajib dikunjungi di rantau panjang kelantan, masjid dengan senibina cina, rekabentuk senibina yang unik, bangunan unik di Malaysia,
Menara yang dikatakan berbentuk serban
Jika di negeri lain bangunan yang mempunyai senibina seperti ini biasanya dikaitkan dengan tokong atau tempat ibadat kaum cina. Rasanya masjid ini adalah satu-satunya masjid yang mempunyai senibina yang berlainan dari rupa masjid yang ada di Malaysia. Inilah keunikan Masjid Beijing atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang Kelantan.

masjid beijing kelantan, tempat menarik di kelantan, travel blogger, cuti cuti blogger, masjid jubli perak sultan ismail petra kelantan, masjid unik di rantau panjang, masjid menyerupai tokong, masjid unik di malaysia, tempat menarik di kelantan, tempat menarik wajib dikunjungi di rantau panjang kelantan, masjid dengan senibina cina, rekabentuk senibina yang unik, bangunan unik di Malaysia,
Masjid Beijing Kelantan
Masjid Beijing ini sebenarnya mempunyai 2 tingkat, tingkat atas adalah ruangan solat yang dapat menempatkan 1000 jemaah dalam satu-satu masa dan tingkat bawah untuk kemudahan awam iaitu dewan serbaguna, dewan makan, klinik dan perpustakaan.

Sekiranya bercuti di Kelantan jangan lupa membawa keluarga dan saudara mara bersolat di Masjid Beijing kerana ianya unik dan tempat menarik di Kelantan dan wajib di lawati.

Beruntung orang-orang Kelantan secara khususnya orang pasir mas dan rantau panjang kerana terdapat sebuah masjid unik dan cantik. Bila mana masjid ini menjadi tumpuan pelancong secara tidak langsung membantu membangunkan ekonomi penduduk setempat.

masjid beijing kelantan, arzmoha selfie, masjid jubli perak sultan ismail petra kelantan, masjid unik di rantau panjang, masjid menyerupai tokong, masjid unik di malaysia, tempat menarik di kelantan, tempat menarik wajib dikunjungi di rantau panjang kelantan, masjid dengan senibina cina, rekabentuk senibina yang unik, bangunan unik di Malaysia,
Selfie di hadapan Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan

Selfie sebelum berangkat pulang sebagai bukti telah sampai disini. Banyak lagi tempat menarik di Kelantan yang wajib dilawati samada ketika cuti sekolah atau waktu-waktu lain. Insyaallah dari masa ke semasa akan di kongsikan disini. 

Jangan risau kemudahan tempat parkir kereta disini amat besar boleh memuatkan jumlah yang besar. Jangan lupa singgah disini nanti.

Di terengganu pula juga terdapat masjid yang unik boleh di kunjungi dan dilawati. Akan dikongsikan kelak semoga entri ini membantu anda yang sedang ingin bercuti di kelantan.

Terima kasih kerana membaca mengenai Masjid Beijing Rantau Panjang Tempat Menarik di Kelantan.

Jumpa lagi.

Comments

  1. Memang unik kerana ini satu-satu masjid yang tersedia dewan serbaguna serta kemudahan lain dalam satu bangunan.alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik dan kali pertama memandangnya rasa terpukau...cantik senibinanya

      Delete
  2. belum lagi jejak kaki kat sini.. insyallah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. Pernah jugak pegi sini beberapa tahun lepas... Unik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang unik sangat kan..senibina dia lain dari yang lain

      Delete
  4. Subhanallah..luarbiasa begitu indahnya RumahMu ya Allah ya Rahaman Ya Rahim..

    ReplyDelete
  5. anak second saya dah tamat belajar kat kelantan..rugi dia tyak ke sini..
    namanya lelaki tak minat nak ambil gambar..sangat menawan Qalbu lah Arz tu Masjid tu..nak ke sini jika ada kesempatan travel ke Kelantan..hehehe inshaAllah

    ReplyDelete
  6. Cantiknya masih d ni. Mcm kt oversea

    ReplyDelete
  7. memang cantik dan unik masjid ni.pernah singgah masa ke rantau panjang, rumah abang ipar. kaki fotografi memang suka

    ReplyDelete
  8. Ruang letak kereta luas n ada penjaja di dpn pintu pagar masjid.

    ReplyDelete
  9. SERIUS cantik nyer masjid ni ! tertarik sangat dengan design dia !

    ReplyDelete
  10. tahniah arz dh ada adseng

    ReplyDelete
  11. pergh da sampai Beijing da dia senyap2 hehe..

    ReplyDelete
  12. akak walaupun anak jati kelantan,baru sekali berpeluang mengunjungi masjid Beijing ni

    ReplyDelete
  13. tak pernah jejak kaki lagi di kelantan..huhu..

    ReplyDelete
  14. Cantik masjid ni kan...unik dan lain dari yang lain...saya pun pernah sampai ke sini masa shopping di rantau panjang dulu =)

    ReplyDelete
  15. cntik masjidnya.

    lg cntik bila ramai sggh situ dan beribadah kan..

    ReplyDelete
  16. Cantiknya.... Kalau tak salah saya kat Melaka ada 1 juga kan bentuk macam ni...

    ReplyDelete
  17. cantiknyaaaaa..bila laa berkesempatan nak jejak kaki ke sini..huhu ^_^

    ReplyDelete
  18. yg ada kat melaka tu pun sy lom penah jejak ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su