Tiada Gambar Raya Tahun Ini

Sukar Merakam Gambar Anak Yang Mula Membesar

Cuti raya dah habis. Sepatutnya dah kongsi gambar-gambar kelaurga ketika raya 2017. Sedar atau tidak memang sukar merakam gambar anak yang mula membesar. Bermacam karenah ketika sesi mengambil gambar. Berbeza dengan tahun sebelum ini mudah sangat anak saya (Cik Puteri) beri kerjasama. Jadi terasa nak kongsi sikit mengenai sukar merakam gambar anak yang semakin atau mula membesar.

tiada gambar raya 2017, sukar merakam gambar anak bila semakin membesar, gambar raya 2017, kisah cik puteri, cik puteri, arzmoha blogger malaysia, malaysia parenting blogger, malaysia lifestyle blogger
Gambar Raya 2017
Percaya atau tidak, boleh diterima atau tidak, (gambar diatas) merupakan gambar raya kami sekeluarga. Waktu ini saja Cik Puteri beri kerjasama dan beri sedikit senyuman. Ini pun ketika menunggu adik beradik aRz yang lain untuk sama-sama beraya ke rumah Makcik (kakak Emak).

family potrait raya 2017, gambar raya keluarga mohd haniffa, gambar raya keluarga salmah abdul rahman, cucu mak ela, arzmoha, wefie raya 2017, gambar raya terbaik,
Anak Cucu Mohd Haniffa & Salmah Abdul Rahman
Gambar diatas sesi wajib semua ahli keluarga. Walaupun Arwah Mak dan Abah sudah kembali ke Rahmatullah, mudah-mudahan adik beradik masih dapat berkumpul bersama. Seorang lagi kakak dan keluarganya tiada dalam gambar ini masih lagi berada di Putrajaya. Keesokkan harinya, nak bergambar beramai-ramai abang pula tak dapat bersama kerana beraya di sebelah keluarga isteri.

Raya ketiga aRz dan keluarga pula pulang ke Kuala Terengganu. Jadinya tahun ini serba tidak lengkap gambar Raya 2017. 

gambar raya 2017, kurta raya cantik, kurta raya popular, gambar baju kurta,
aRz, Anak sedara & Abang

Serba sedikit aRz perkenalkan abang dan juga anak sedara. Ini saja gambar yang sempat dirakam. Masing-masing ada komitmen dan tempat yang hendak ditujui. Tahun ini boleh dikatakan semua memakai kurta. Abang dengan Kurta Aeril Zafrel, Anak Sedara sedondon kurta Asraaf Zulkipli dan aRz kurta yang ditempah sendiri.

Itu cerita raya pertama, Raya kedua Cik Puteri memakai Jubah tapi nak dapat sekeping gambar punya susah. Berlari ke sana ke sini. Ini saja gambar yang ada untuk tatapan semua huhuhu...bertabahlah. Rakam juga dan berkongsi, mungkin satu hari bila Cik Puteri mula membesar boleh ceritakan semula susahnya nak rakam gambar anak abah Raya 2017.

sukar untuk merakam gambar anak bila semakin membesar, karenah anak-anak ketika merakam gambar, cik puteri, malaysia parenting blogger,
Karenah bila hendak merakam gambar anak

arzmoha gambar raya 2017, gambar raya 2017, cik puteri dan sepupu, gambar kanak-kanak comel, anak blogger yang comel, gambar jubah kanak-kanak,
Sepupu

Tetapi lain pula kisahnya bila berjumpa anak kakak yang tinggal di Putrajaya. Senang pula nak ambil gambar. Sepupu Cik Puteri, Iskandar Sufi. Bukan main senyum Cik Puteri. Bila fikir balik kenapa bila ada kanak-kanak sebaya jadi mudah untuk merakamkan gambar? Macam-macam juga karenah anak yang mula semakin membesar ini.

Apapun rasa mula rindu pada kamera DSLR. Kalau dulu memang rajin bawa DSLR kemana saja. Cuma sekarang ini rasa agak susah. Bukan senang nak dapat gambar yang terbaik kena bersusah-susah dahulu.

Macam aRz kongsikan diatas tadi tahun 2016 lebih mudah merakam gambar keluarga berbanding tahun ini kan? Ada yang nak tengok? Boleh klik di pautan ini >> Berikan Masa Syawal Ini Gambar Raya 2016.

Memang tak dinafikan semakin anak mula membesar semakin sukar untuk merakam gambar. Mungkin atas beberapa faktor. Begitu juga faktor kamera yang digunakan. Banyak perbezaan sekiranya menggunakan telefon pintar dan juga kamera DSLR atau sebagainya.

Macam mana gambar raya anda tahun ini?

Terima kasih kerana sudi membaca Tiada Gambar Raya Tahun Ini

Comments

  1. saya pun suka ambil gambar ! sampai husband naik menyampah .. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah bagus sebenarnya suka ambil gambar ni kak izwa

      Delete
  2. Selamat hari raya aRz.. maaf xahir batin

    ReplyDelete
  3. Suka tengok gambar Cik Puteri dengan sepupunya tu..macam kembar..iras sangat..huhuhu...bila ada kawan atau sepupu moodnya lain..
    Salam Aidilfitri maaf zahir batin untuk aRz sekeluarga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka sepupunya ikut muka akak saya...muka kakak saya iras muka saya...begitu juga cik puteri iras wajah saya.

      Jadinya nampak seakan kembar

      Delete
  4. aah la, lupa nk share gambar raya tahun ni..
    btw, ensem abg arz, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kongsikan...kita beri kesedaran pada yang tak mahu balik kampung berkumpul sanak saudara.

      ok nanti saya belanja makan hehe

      Delete
  5. Hari2 biasa pn blh pakai bju raya amek gmbr

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul papaglamz cumanya mood raya tu tak ada lah

      Delete
  6. samalah..kami punya gambar famili di pagi raya semua tak jadi sebab anak-anak sedara tak reti duduk diam.Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kanak-kanak nak membesar...mereka sedang belajar sesuatu

      Delete
  7. Amik pic ank x sah kalo x goyang2 kan

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya Aidilfitri.
    Kalau dah besar pun masih ada yang banyak karenah

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya .. suka tengok gambar cik puteri tu :)

    ReplyDelete
  10. Haha. Kita geng. Bertabahlah arz anak nak membesar

    ReplyDelete
  11. ramai jg yg hadapi masalah yg sm... ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih