Tips Mengatasi Masalah
Tips Mengatasi Masalah sebenarnya sudah pun di kongsi di Facebook milik saya. Kita tidak akan mampu berpisah dari masalah. Ini kerana hidup ini adalah sebuah ujian dan dugaan. Masalah dalam bahasa yang lebih sedap adalah ujian dan dugaan. Orang yang hebat akan menghadapi masalah dan mengatasinya dan orang yang lemah melarikan diri dari masalah dan biarkan masalah itu membelenggu dirinya.
Tips Mengatasi Masalah | Untuk Kehidupan Yang Lebih Tenang
|
Masalah
Masalah ini juga merupakan satu cara Allah ingin tegur kita atau sedarkan kita bahawa kita ini cumalah hambanya. Sehebat mana pun kita, kita masih tertakluk dibawah KekuasaanNya. Walaubagaimanapun setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian atau jalan keluar.
Tips untuk mengatasi masalah
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah iaitu yang dapat dikongsikan untuk kebaikan bersama.1. Memohon pertolongan daripada Allah.
Segala ujian dan dugaan datang dariNya. Mohonlah pertunjuk dan kekuatan bagi menghadapi setiap permasalahan. Bukan sahaja untuk menghadapi masalah tersebut tetapi supaya masalah yang sama tidak berulang lagi.2. Tenangkan fikiran
Tenang apabila dilanda masalah, diuji dan diduga. Hadapi dengan tenang, mudah-mudahan dijauhi dari kesan lain yang lebih buruk seperti stress dan lain-lain. Sekiranya stress yang berterusan boleh membawa kepada penyakit yang lebih memburukkan keadaan seperti tekanan jiwa, tekanan darah tinggi dan lain-lain. Jadi sentiasa berada dalam keadaan tenang. Sebaiknya perbanyakkan solat, mengaji al-quran dan berzikir serta perkara-perkara lain.3. Berfikir positif
Hidup menjadi lebih tenang apabila kita sentiasa hidup dalam keadaan positif. Cuba lihat sahabat disekeliling kita yang positif hidup mereka nampak tenang. Elakkan dari berfikir negatif sebagai contoh, masalah ini takkan timbul kalau si polan dan si polan ni tak mula dulu. Maka banyak masalah lain pula akan timbul.Be positive
4. Berfikir secara kreatif
Ada masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Ada masanya ianya agak susah, mungkin perlu pemikiran yang kreatif untuk menghadapinya.5. Jangan berputus asa
Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah. Ujian dugaan atau masalah yang Allah berikan tidak akan memberati seseorang melainkan dengan kemampuan seseorang itu.Begitu juga jangan berputus asa berusaha menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut. Adakala sesetengah ujian/dugaan/masalah ini memerlukan penyelesaian jangka panjang.
Paling penting kena banyakkan bersabar dan bersyukur. Masalah yang menimpakan diri kita nampak seakan berat tetapi ada lagi orang disekeliling kita yang ditimpa dengan masalah yang lebih berat. Muka mata dan lihat disekeliling kita. Lihat pada orang yang nasibnya di uji dengan ujian yang lebih berat. Secara tidak langsung akan mudah membuatkan kita berasa syukur.
Setakat ini sahaja perkongsian Tips Mengatasi Masalah. Sekiranya ada cadangan boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.