Percutian Di Hotel Mewah Dengan Harga Berpatutan
Percutian Di Hotel Mewah Dengan Harga Berpatutan. Setiap kali weekend rasanya anda semua ke mana? Duduk rumah saja? atau tak tahu nak pergi mana?? Jom la pergi bercuti di bandaraya Kuala Lumpur. Banyak tempat best di Kuala Lumpur. Bukan tempat menarik saja tapi tempat untuk shopping pon banyak. Tetapi ada juga yang tak berminat shopping dan juga berjalan. Tiada masalah sebab hotel yang dikongsikan ini memang menarik dan boleh dijadikan tempat untuk menghabiskan masa yang terluang.
 |
Hotel Hilton Kuala Lumpur |
Hotel yang nak dikongsikan pada kali ni ialah Hotel Hilton Kuala Lumpur. Kepada yang tak tahu hotel ni terletak di mana, fasiliti and servis yang terdapat di sini, jom teruskan membaca sebab nak dikongsikan kali ini.. Hilton Hotel Kuala Lumpur terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur di mana hotel ni bertentangan dengan Muzium Negara, jadi kalau nak pergi ke Muzium Negara boleh la berjalan kaki saja sebab dekat sangat dengan hotel ni..
 |
Muzium Negara |
Hotel ini pon berdekatan dengan KL Sentral iaitu dalam jarak 2 minit dengan berjalan kaki..dekat sangat kannn.. Kalau nak tahu, kat KL Sentral ada satu pusat membeli belah taw iaitu Nu Sentral.. So memang tak salah lagi la kalau hotel ni menjadi salah sebuah penginapan kalau datang ke Kuala Lumpur ni…Yela dekat dengan tempat shopping sapa tak nak kan..(khas untuk wanita hehehe) Bukan itu saja, kalau nak pergi ke Masjid india ataupun Jalan tar pun mudah sangat boleh naik LRT kat KL Sental and turun Masjid Jamek..mudah sangat…Tak payah pun nak bawa kereta dalam jem untuk ke Masjid India. Jem di Kuala Lumpur ini lain dari yang lain.
 |
Nu Sentral |
Lebih daripada sepuluh pilihan bilik yang terdapat di Hilton Hotel ni.. boleh la pilih ikut keselesaaan dan yang paling penting ialah ikut bajet kita.. Tak perlu risau harga yang ditawarkan di sini sangat berbaloi ok.. Bilik-bilik yang terdapat di sini berkonsepkan moden di mana setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata yang besar, tingkap-tingkap besar yang menawarkan pemandangan pusat bandaraya Kuala Lumpur, bilik mandi yang mempunyai marmar yang mewah serta menawarkan pancuran mandian hujan. Kalau nak pilih bilik Suite Executive, bilik ini menawarkan akses ke Executive Lounge…harga berbeza sedikit la dengan bilik yang lain tetapi ia still berbaloi okay!
 |
Hotel Hilton Kuala Lumpur |
 |
Hotel Hilton Kuala Lumpur |
Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah kolam renang, tab mandi panas/jakuzi, khidmat urutan, pusat kecantikan dan spa, pusat kecergasan dan sauna, khidmat pembersihan, kemudahan kedai-kedai dan banyak lagi la… Sebab itula aRz dah cakap tadi, boleh habiskan masa terluang dengan duduk saja dalam hotel ni sebab banyak sangat fasiliti yang disediakan di sini..yang paling penting harga yang ditawarkan sangat berbaloi.
 |
Spa Hotel Hilton Kuala Lumpur |
Kalau nak makan tak perlu risau sebab kat sini boleh menikmati santapan sepanjang hari di Restoran Vasco dimana ia menyajikan pilihan hidangan antarabangsa dan tempatan. Kalau ada yang suka makan makanan Eropah moden, makanan laut dan barbeku segar boleh la cuba makan di GRAZE... Ada yang kata kalau dah ke Hotel Hilton Kuala Lumpur kena cuba makan makanan yang terdapat dalam hotel ni..Rugi tau kalau tak mencuba yang penting makanan yang disediakan kat sini adalah HALAL.
 |
Graze Hotel Hilton Kuala Lumpur |
Selain melakukan aktiviti dalam hotel tuh, korang jugak boleh ke tempat yang berdekatan dengan hotel ni.. Actually banyak tempat yang boleh pergi yang terdapat di sekitar hotel ni. Antaranya ialah Bird Park, Masjid Negara, Muzium Negara, Islamic Art Museum, Berjaya Times Square, Aquaria KLCC dan banyak lagi…Jadi, luangkanlah hujung minggu dengan bercuti di bandaraya Kuala Lumpur…Kalau tak mahu naik kereta pun tak apa seba kat KL ni terdapat banyak pengangkutan awam yang boleh diguna dan yang penting jimat masa and tenaga.. Dari penat penat nak tempuh jem lagi kan better naik LRT je..
 |
Bird Park Kuala Lumpur credit to wazariwazir.com |
 |
Islamic Art Museum Malaysia |
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan