Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn Tempat Riadah Di Cheras

Taman Tasik (Lake Valley) Bandar Tun Hussein Onn Cheras Tempat Menarik Untuk Beriadah

Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn (Taman tasik BTHO) atau dikenali juga Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn (Lake Vally BTHO) yang terletak di Cheras antara tempat persinggahan aRz ketika berada di kajang, dimana merupakan destinasi seterusnya selepas Family day tempohari. Apa yang menarik di Taman Tasik BTHO ini? Ianya seperti taman tasik biasa yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah di pagi dan petang hari. Dah pernah sampai tak?

lake valley (taman tasik) bandar tun hussein onn, tempat aktiviti riadah menarik di selangor, tempat jogging di waktu pagi dan petang di selangor, beri kan makan di BTHO
Taman tasik ( lake valley) BTHO

Ada Apa Di Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn Cheras

Bila cerita tentang menarik mesti ada yang tanya apa yang menarik. Baik kebetulan ketika di kajang tak ada aktiviti nak buat. Memandangkan menziarahi adik ipar yang baru melahirkan anak kedua dan masih dalam tempoh berpantang jadi aRz dan juga biras bawa anak-anak ke BTHO. Tak jauh dari kajang lebih kurang 5 minit.

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dibuat di taman tasik ni. Semua aktiviti ini adalah aktiviti yang sihat untuk tubuh badan kita. Harap tak adalah yang merosakkan dengan melakukan perkara yang menyakitkan mata dan tidak senonoh.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dan mungkin anda juga tahu semua aktiviti ini.

Jogging

Antara aktiviti utama yang boleh dibuat adalah berjogging. Tapi masa aRz singgah ke sini tak ramai sangat yang jogging. Jogging adalah aktiviti yang bagus untuk mereka yang inginkan badan yang cantik dan sihat. Tapi tak ramai yang akan lakukan. Sanggup lagi makan ubat tu ubat ni... hehe melalut dah ni...

Feed Fish atau Beri Ikan Makan

Aktiviti yang agak menarik dan antara tujuan kami ke sini. Kalau nak berjongging macam agak tak sesuai dengan anak kecil tanpa ada pemantauan dari orang lain. Feed Fish atau beri ikan makan ni pun satu aktiviti yang baik. Asalkan kita beri makanan yang baik dan bersih. Di dalam kolam ini pula terdapat banyak ikan. Yang paling ketara adalah ikan keli dan ikan koi.

Beri makan ikan
Rasa macam tak ada larangan untuk memberi makan. Cuma pastikan bawa makanan yang selamat untuk ikan. Samada makanan ikan atau roti yang dipotong kecil. Boleh tengok nanti video dibawah macam mana ikan-ikan ni makan. Anak-anak pun seronok secara tak sedar kita dah didik anak untuk sayangi hidupan lain. Ye tak?

Cik Puteri pun seronok sambil berlawan dengan Adam (sepupu) beri makan ikan. Bawa dua bantal roti gardenia pun tak cukup. Leka kedua-dua tengok ikan yang berebut mendapatkan makanan.

Roti Gardenia untuk Feed Fish

taman tasik bandar tun hussein onn, kolam ikan keli dan ikan koi di taman tasik bandar tun hussein onn, beri makan ikan di selangor percuma,
Ikan Keli
Selain ikan, burung merpati pun akan datang dekat untuk berkongsi makanan. Lagi banyak bawa makanan lagi baik tapi jangan pula sampai mengotorkan kawasan yang cantik ini. Hargai tama tasik supaya kita juga mendapat kebaikan darinya.

Burung Merpati di Taman Tasik BTHO

Antara satu pesanan jika bawa anak-anak kecil tolong kawal dan perhatikan sebaiknya kerana kawasan kolam ini tidak terdapat railing atau penghadang yang mungkin menyebabkan anak-anak anda terjatuh. aRz sendiri pun tak pasti dalam atau tidak. Tetapi kalau jatuh dikawasan banyak ikan mungkin mendatangkan kecederaan. Hati-hati ya...

Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Tasik BTHO

Antara aktiviti lain adalah bawa anak-anak main di kawasan permainan ini. Kawasan ini membuatkan anak-anak tak mahu balik. Seronok Cik Puteri dan Adam bermain disini. Memang anak-anak perlukan waktu untuk ke taman permainan ia dapat membantu untuk mereka mempunyai keyakinan diri dan sihat.

Taman Permainan Kanak-kanak

Taman Permainan Kanak-kanak Taman Tasik BTHO

Lokasi Lake Valley (Taman Tasik) Bandar Tun Hussein Onn

aRz kongsikan peta bagi memudahkan sekiranya anda ingin ke taman tasik BTHO ini. Lokasi yang agak mudah dijumpai. Mempunyai tempat letak kereta dan mempunyai pengawal.




Semoga perkongsian ini membantu anda menjumpai kawasan untuk beriadah di waktu pagi dan petang yang menarik di Cheras ini. Bila kita singgah ke sini pastikan juga menjaga kebersihan supaya dapat dinikmati oleh orang lain. Jangan pentingkan diri dengan membuang sampah merata-rata. Dalam video diatas boleh nampak ada yang buang duit RM1.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.

{ 31 comments.. read them below or add one }

ayunie ramli ayunie ramli 3 Sep 2016, 11:12:00
Riadah yg brkualiti 😊👍🏻
SalbiahM SalbiahM 3 Sep 2016, 11:22:00
paling penting bab jaga kebersihan tu..
Maman Reen Maman Reen 3 Sep 2016, 11:43:00
Jauh sikit nak ke sana.. Reen dari Ampang. Selalu pergi Tasik Ampang Hilir je.. Dekat. Hihihi
zarul farhana zarul farhana 3 Sep 2016, 12:51:00
bawak budak2 ni seronok la depa.
zarul farhana zarul farhana 3 Sep 2016, 12:52:00
bawak budak2 ni seronok la depa.
Jmbelog Hashim Jmbelog Hashim 3 Sep 2016, 13:42:00
BLOGWALKING

https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-jm-nak-url-blog-1-3september2016.html
hainom OKje hainom OKje 3 Sep 2016, 15:03:00
Dah dekat ngan rumah ahkak tu Arz. Dulu rajin jugak pergi, jogginglah kononnya. Sekarang ni dah mls pulak. Mcm mcm aktiviti belah pagi nak di buat semuanya sessi menambahkan lemak,cari bekfes hihi...
Sue Bee Sue Bee 3 Sep 2016, 16:18:00
belum penah pegi. tapi bila tengok2, lebih kurang seperti Taman Kipas, Miri. Banyak jugak aktiviti riadah boleh buat bersama keluarga,kan
Pha Is Pha Is 3 Sep 2016, 22:24:00
whoa.. banyaknya ikan..
Pha Is Pha Is 3 Sep 2016, 22:27:00
sangat setuju.. sedih bila ke tempat2 riadah yg asalnya cantik tapi sekarang dah x cantik sebab sikap org malaysia yg suka buang sampai merata
Pha Is Pha Is 3 Sep 2016, 22:50:00
tambah plak ada taman permainan macam tu.
SalbiahM SalbiahM 4 Sep 2016, 11:39:00
lepas tu salahkan pihak pembandaran..padahal salah sendiri
aswaleyla aswaleyla 5 Sep 2016, 11:24:00
jauh nya. kalau dekat dah boleh pergi ni
Dunia Zumal Dunia Zumal 5 Sep 2016, 17:52:00
Syok tengok ikan banyak macam tu
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2016, 01:00:00
syok bagi makan ikan..sedar sedar roti dah habis
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2016, 01:07:00
itulah...hari tu pun sebab dah sampai kajang
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2016, 01:08:00
luang masa bersama keluarga
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2016, 01:10:00
ya...mungkin sama di negeri lain....apa yang penting manfaatkannya
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2016, 01:11:00
la dekat rupanya...hehehe....tapi tak tahu pun kak hainom duduk situ....
kalau tak boleh singgah tambah lemak...kak hainom kan pandai masak hehe
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2016, 01:11:00
dunia budak-budak sentiasa seronok huhuhu
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2016, 01:12:00
mana lah tahu sekali sekala nak ubah angin hehehe....mana-mana pun ok...asalkan dapat release tension, keluar peluh...
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2016, 01:13:00
betul...bukan kata taman tasik tapi pantai pun dah kotor..hasil dari camping tapi tak jaga kebersihan
Dunia Zumal Dunia Zumal 7 Sep 2016, 02:32:00
Ikan tu harap ada pengunjung datang bagi makan je tu, mesti depa lapar sangat...
Mummy Julia Mummy Julia 7 Sep 2016, 18:36:00
syoknya jenjalan kat tasik..
Mummy Julia Mummy Julia 7 Sep 2016, 18:36:00
Ikan tu masokk lomak pun sodap tu.. hahaha :p
anajingga anajingga 8 Sep 2016, 22:27:00
seronok kalau petang-petang bawa anak-anak ke tasik ni, betul tu arz, jangan terlepas pandang dengan anak-anak kecil ni bila di tempat2 awam macam ni, utamakan keselamatan :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih