5D Interactive World Penang | Galeri Seni 5D Tempat Menarik Di Pulau Pinang

5D Interactive World Penang | Galeri Seni dan Tempat Menarik Di Pulau Pinang

5D Interactive World Penang merupakan galeri seni yang mana diantara salah satu tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi di Pulau Pinang. Galeri Seni 5D ini juga merupakan destinasi kami sebahagian Blogger Utara yang dapat hadir bersama pada 31 Ogos lepas. Tapi apa yang dimaksudkan dengan 5D? Baca seterusnya

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Blogger Utara di hadapan pintu masuk 5D Interactive World. Yang mana satu blogger?
5D Interactive World merupakan galeri seni yang mana ingin memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang mengagumkan berbanding lukisan mural. Tahukah Pulau Pinang antara negeri yang terbanyak lukisan mural akhir-akhir ini. 5D pula membawa maksud 5D Methodology iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug), dan menyampai (deliver).

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Pintu Hadapan 5D Interactive World

5D Interactive World antara tempat menarik yang dikunjungi kerana terbahagi kepada 5 Bahagian iaitu Zon Alam Sekitar, Zon Animasi, Zon Magik, Zon Arca dan Zon Tanah Liat. Galeri ini juga ini anda merasakan menikmati kesenian dan persembahan kreatif yang dipersembahkan serta mendapat kesedaran melalui mesej pendidikan. Sehingga akhir entri ini anda akan faham apa itu 5D Interactive World.

Zon Alam Sekitar di 5D Interactive World

Zon alam sekitar ini adalah untuk memberi dan meningkatkan kesedaran kita terutama rakyat Malaysia dan pengunjung dari luar negara mengenai pentingnya menjaga alam sekitar yang semakin hari semakin berkurangan kualitinya. Betul...kalau bukan kita yang menjaganya siapa lagi? Sekiranya semua nikmat ini ditarik balik yang rugi adalah kita juga.

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara, cik puteri di tempat menarik,
Jimat air 
tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Pha Is dan arca Raksasa dari bahan buangan

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Cik Puteri | hargai alam sekitar dan haiwan yang hampir pupus

Endangered Animal

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Kerosakan alam sekitar menyebabkan kepupusan haiwan

Di zon alam sekitar seperti gambar-gambar di atas yang mana memberikan kita kesedaran bahawa pentingnya menjaga alam sekitar supaya kebersihan udara dan juga supaya dapat mengelakkan kepupusan haiwan yang terancam.

Zon Animasi

Zon Animasi biasanya lebih menarik sebab ianya mengaitkan dengan cerita-cerita animasi dahulu. Walaupun animasi tetapi ada juga yang memberikan kesedaran kepada pengunjung. Zon ini sebaiknya dapatkan nasihat dari tour guide yang ada supaya gambar anda kelihatan lebih menarik dan boleh juga mendapatkan bantuan mereka untuk mengambil gambar anda. Sekiranya anda hanya datang berdua...


tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Ninja Turtle

tempat menarik di penang, bahaya bahan terlarang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Incredible Hulk???

Gambar diatas ini juga memberikan sedikit kesedaran khasnya untuk mereka yang inginkan badan yang sado, muka yang cantik, kulit yang gebu dengan jalan yang pantas sehingga sanggup mengambil ubat-ubatan atau produk yang bagaikan "cendawan tumbuh selepas hujan" mungkin memberikan kesan buruk pada diri sendiri. Hati-hati ketika mengambil ubat atau sesuatu produk.

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Cik Puteri bantu abahnya dari diculik

tempat menarik di penang, super saiya, superhero, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Super Saiya

Zon Magik

Di zon magik lebih menampilkan kepada ahli-ahli magik yang terhandal di dunia. Zon magik sekiranya anda datang secara berkumpulan 3 -5 orang akan lebih menarik. Disini anda boleh pose ala-ala ahli sihir terhandal.
Tengok gambar di bawah.

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Mahaguru Indera Kayangan

Dunia Zumal Bersama Mahagurunya
tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Peace...

Kalau anda nak tahu macam mana aRz dan juga rakan blogger lain boleh mempunyai kuasa magik mengapungkan diri. Jangan lupa datang sendiri ke sini dan mencuba. Ada tips dan tricknya hehe


Zon Arca

Zon arca pula dimana merupakan karya seni wayar 3D yang mana membolehkan anda mencetakkan struktur muka, postur badan dan bentuk tangan. Tetapi untuk muka kena hati-hati sebab pedih juga bila muka, maklumlah kulit muka agak lembut.

Give me Five

Pha Is Hikayat Budak Pening dan bentuk badannya

Sama tak?

Muka Zumal....

Zon Tanah Liat

Di zon terakhir ini merupakan zon yang mengembalikan kita kepada alam semula jadi dimana tanah liat merupakan antra mainan dan jug abahan untuk membuat sesuatu produk. Tanah liat jug amerupakan bahan yang digunakan ketika zaman Firaun dahulu dimana mereka sangat mahir dalam teknologi ini sehingga mampu membina Piramid. Betul atau tidak?

Cik Puteri di Zon Tanah Liat
tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Love Blogger Utara Zon Tanah Liat

Family Blogger Utara

Blogger Utara yang hadir

Free Style

Harga Tiket 5D Interactive World

Harga tiket ke galeri 5D Interactive World Penang ini adalah seperti di bawah

Standard (without mykad)

Adult RM 30
Child RM20

With MyKad

Adult RM 18
Child RM 13
Senior Citizen RM13 ( 60 and above)

Harga Tiket 5D Interactive World

Lokasi 5D Interactive World

Lokasi adalah seperti di dalam maps di bawah.


Alamat
F29, Jalan Dato Keramat,
10150 Georgetown
Penang.

Sebarang pertanyaan


Email : info@ace5d.my
Contact No. : +604-218 9676, +6010-8181 089

Semoga perkongsian ini memberikan seribu makna buat anda semua ketika bercuti di Pulau Pinang yang terkenal dengan muzium dan galeri seni serta lukisan mural. Jumpa lagi.

{ 58 comments.. read them below or add one }

Maman Reen Maman Reen 14 Sep 2016, 09:15:00
Yup menarik! Hope one day dapat pergi sini..
timm bill timm bill 14 Sep 2016, 10:53:00
weee~~ syiok2..lagi best sbb BU dpt berkumpul reramai..hehe..
Khir Khalid Khir Khalid 14 Sep 2016, 13:28:00
Bestnya.. menarik dan sempoi tmpt ni... klu ke sana mmg akan singgah sekeluarga.. dpt ilmu dan seronok.. terbaiklah.. thanks sharing Arz.. :) :)
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 14 Sep 2016, 13:53:00
Best..best...nak ke penang lagi! tak puas pegi penang hari tu!
Inani Hazwani Inani Hazwani 15 Sep 2016, 11:58:00
Macam macam tarikan dah ada dekat Penang ni tapi entah bila lah nak sampai. Haha. Harga pun murah aje tu :D
lokman amirul lokman amirul 15 Sep 2016, 20:05:00
Syok nya...nanti nak pi lah!
zarul farhana zarul farhana 16 Sep 2016, 00:03:00
muka zumal xbrapa nk jadi kikiki
Pha Is Pha Is 16 Sep 2016, 16:38:00
sjak bila ninja turtle jadi jahat ntah.. hahaha
Pha Is Pha Is 16 Sep 2016, 16:39:00
tu bukan super saiya la arz.. tapi naruto tgh cuba nk keluarkan cakra kyubi (kurama)...
Pha Is Pha Is 16 Sep 2016, 16:44:00
tu la.. rugi wooo timm x datang.. hehehe
Pha Is Pha Is 16 Sep 2016, 16:45:00
hahaha.. xpandai berlakon kot.. hehehe
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 16 Sep 2016, 19:34:00
bestnya dia. haritu p Penang x sempat nak singgah sning.
kennymerligal kennymerligal 17 Sep 2016, 00:48:00
Sungguh menarik, tempat yang bakal dikunjungi kalau ada kesempatan.thanks for sharing
Pha Is Pha Is 17 Sep 2016, 02:28:00
memang dabom! kan arz kan? hahaha
Pha Is Pha Is 17 Sep 2016, 02:33:00
mai pakat mai penang.. hahaha
Pha Is Pha Is 17 Sep 2016, 17:39:00
memang best.. kak Normi kna datang rasa sendiri..
Dunia Zumal Dunia Zumal 17 Sep 2016, 21:41:00
Owh tu mahaguru ka? Ingat anak sapa kena tinggai
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 11:10:00
next time timm kita jumpa
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 11:11:00
betul...kak normi kena datang cuba sendiri
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 11:12:00
memang menarik dan tak rugi ke penang...banyak lagi tempat menarik...sama-sama bro KK
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 11:24:00
kena mai lagi la net time kak izwa
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 11:25:00
kalau cuti sekolah biasa pack sikit...datang hari biasa lebih selesa
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 11:35:00
aRz lagi bukan pandai berlakon hehe
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 11:37:00
hari tu takmau join sekali lokman
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 12:19:00
jahat ka...bukan selamatkan heroin ka hahaha
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 12:44:00
hahaha...ingatkan ichigo baru nak keluarkan kuasa pedang dia hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 12:48:00
kena singgah juga nanti...kalau sampai tu roger la yer
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2016, 12:48:00
sama-sama kenny singgah la nanti yer
Mummy Julia Mummy Julia 19 Sep 2016, 13:32:00
Wow Muzium Baru.. Balik kampung nanti boleh pi terjah ni.. jenuh la nak berposing..heheh :D
Mummy Julia Mummy Julia 19 Sep 2016, 13:33:00
Naik gerek dr Armanian Street tak jauh kan..
Mummy Julia Mummy Julia 19 Sep 2016, 13:33:00
Hamboii Cik Puteri posing sakan na.. hehehe
Mummy Julia Mummy Julia 19 Sep 2016, 13:35:00
Ish macam makin ramai lak Blogger Utara ni.. nak join gakk.. :D
Dunia Zumal Dunia Zumal 21 Sep 2016, 03:24:00
Hehe, abah dia tembak kalau Zumal tinggai
Dunia Zumal Dunia Zumal 21 Sep 2016, 03:26:00
Eh bestnya kalau Mummy join sama...
aRz MoHa aRz MoHa 21 Sep 2016, 12:34:00
hai mummy julia...insyaallah boleh saja join...
aRz MoHa aRz MoHa 21 Sep 2016, 13:02:00
posing ja dia sekarang ni mummy julia
aRz MoHa aRz MoHa 21 Sep 2016, 13:03:00
tak jauh sangat tapi berpeluh juga la...sebelah GAMA ja ni mummy julia
aRz MoHa aRz MoHa 21 Sep 2016, 13:04:00
posing dan sediakan bateri kamera secukupnya
Jari Manis Jari Manis 21 Sep 2016, 22:08:00
byk betul lah tempat best kat penang ni...tempat mkn best pun byk..ishh..bila nk ke sana nihh
Nora Karim Nora Karim 22 Sep 2016, 00:58:00
Menariknya zon magic dan zon arca tu... bila la nak smpi penang.. aritu lalu je nak ke kedah.. hahaha
Nora Karim Nora Karim 22 Sep 2016, 01:27:00
Menariknya zon magic dan zon arca tu... bila la nak smpi penang.. aritu lalu je nak ke kedah.. hahaha
hainom OKje hainom OKje 22 Sep 2016, 22:26:00
Next time kalau pi Penang bolehlah merayau ke sini.....menarik jugak ni. Boleh tahan noh tiket dia...
aRz MoHa aRz MoHa 23 Sep 2016, 10:12:00
murah ja tiket dia....mai la nanti...
Abe nick Abe nick 3 Oct 2016, 09:49:00
menarik dan harga pon berpatutan
Fhatin Amelia Fhatin Amelia 4 Oct 2016, 17:11:00
wah bestnya :D Done follow sini
Jemput join :https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html
iffah hussin iffah hussin 9 Oct 2016, 12:26:00
Menarik...

Teringin nak pi situ..
Lea Azleeya Lea Azleeya 10 Oct 2016, 22:36:00
E eh menarik la tempat ni.. Tataw pown kewujudan tempat ni sebenarnya.. Kene pergi jugak ni.. Haha.. Lea follow sini.. :)
dear anies dear anies 12 Oct 2016, 11:05:00
wowwww mcm2 benda yg menarik...kalu dtg ni x leh nk keluar ni hahaha
bella zafri bella zafri 25 Oct 2016, 12:19:00
wow, menarik..Disember ni nak turun Penang..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih