Refleksi Dalam Kehidupan

Refleksi Dalam Kehidupan | Tanggungjawab Ibubapa dan Anak

Boleh dikatakan ini adalah entri sambungan dari entri REFLEKSI sebelum ini. Kalau dalam photography Refleksi antara tajuk kecil untuk menghasilkan gambar yang cantik secara semulajadi. Ia lebih kepada waktu dan tempat yang tepat pada satu-satu masa. Mungkin diluar sana lebih banyak gambar yang cantik-cantik di hasilkan oleh peminat photography. Apa yang ingin dikongsikan hari ini sekadar REFLEKSI dalam kehidupan. Sudah tentu aRz lebih fokus mengenai Ibubapa dan anak.

refleksi dalam kehidupan, tanggungjawab seorang anak, tanggungjawab ibubapa kepada anak, perbuatan hari ini refleksi masa hadapan, kata-kata motivasi, gambar cantik kucing, kucing dan bayan-bayang,
Kucing dan bayang-bayang

Refleksi Dalam Kehidupan | Tanggunjawab Ibubapa dan Anak

Refleksi. Dalam photography, antara perkara paling sukar adalah Seni Melihat. Kalau seni ini kita dapat hadam dengan baik mampu membuatkan kita melihat setiap kejadian alam yang berlaku ada hikmah yang boleh dijadikan pengajaran.

Sebagai contoh Refleksi dari cahaya matahari adalah bayang kucing kelihatan besar dari objek. Menampakkan bayangan kucing dengan saiz yang besar dan akan terjadi kelak di kemudian hari.

"Refleksi dari cahaya matahari adalah bayang kucing kelihatan besar dari objek. Menampakkan bayangan kucing dengan saiz yang besar dan akan terjadi kelak di kemudian hari."

Apa pula kena mengena dengan ibubapa dan anak? Dalam kehidupan kita yang sebenar ibubapa dan anak begitu juga anak dan ibubapa. Masing-masing refleks antara satu sama lain. Apa yang kita lakukan hari ini menggambarkan sendiri apa yang akan berlaku di masa depan.

Pandai pula nak tilik masa depan. Bukan macam tu. Tapi apa yang kita buat hari ini adalah pelaburan di masa hadapan. Percaya tak?

Bagi memudahkan memahami apa yang aRz kongsikan ini kita jadikan contoh :

contoh 1 :

Ibubapa memberikan pendidikan akhlak dan ilmu yang baik. Dididik dengan penuh kasih sayang dan adab maka insyaallah anak itu akan membesar menjadi seorang anak yang soleh, baik sekurang-kurangnya menjadi manusia berguna.

Dan apabila dia menjadi ibubapa pula, maka perkara sama akan diterapkan pada anak-anaknya. Maka mampu melahirkan generasi yang berguna.

contoh 2 :

Seorang anak berbakti kepada kedua ibubapanya ketika mereka sudah berusia insyaallah dimasa dia tua anaknya akan berbakti kepada dia pula di masa usianya sudah tua.

"What You Give, You Get Back"

Jangan Abai Ibubapa atau Anak-anak

Hidup ini bagai roda yang berputar. Hari ini kita dibawah esok kita akan berada di atas dan akan kembali ke bawah. Hari ini menjadi seorang anak esoknya kita akan menjadi seorang ibu atau bapa seterusnya atuk dan nenek. Hari ini kita muda esok kita akan tua. Refleksi dalam hidup ini apa yang kita buat hari ini adalah pelaburan di masa hadapan.

Kalau kita hari ini ambil sikap acuh tidak acuh pada kedua ibubapa kita. Perkara yang sama akan berlaku pada kita dimasa tua kelak. Begitu juga kalau kita abai waktu bersama anak-anak kita di masa mereka kecil ianya juga akan memberi kesan apa bila mereka meningkat semakin dewasa.

Ada antara perkara ini aRz lihat di depan mata. Ada juga dikongsikan dan dipesan oleh orang-orang terdahulu. Bila mula ada anak, perkara ini bermain diminda.

Banyakkan berdoa mudah-mudahan kita menjadi anak yang soleh/solehah yang sentiasa berbakti kepada ibubapa begitu juga anak-anak kita. Ibubapa yang mencorakkan anak-anak yang lahirnya bagaikan kain putih.

Tetapi bagaimana pula jika sebaliknya berlaku? Anggaplah ianya dugaan dan nikmat serta Rahmat dari Allah.


Setakat ini dahulu. Sekiranya anda mempunyai pandangan boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

Jumpa Lagi

5 comments.. read them below or add one

Jamil Hashim Jamil Hashim 23 Jul 2016, 18:44:00
terima kasih atas perkongsian
PeRdU cINta PeRdU cINta 23 Jul 2016, 20:51:00
Betul...biasanya automatik..tunai dunia inilah salah satu contohnya...
Irda Garmin Irda Garmin 23 Jul 2016, 21:36:00
terima kasih atas peringatan arz..insyaALLAH..irda akan jaga ibubapa sebaik mungkin
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 30 Jul 2016, 23:43:00
yes setuju.. what you give you will get back.. antara cepat atau lambat itu saja..
buatlah baik sentiasa supaya yang baik2 saja kembali pada kita..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih