Jenis-Jenis Durian Terdapat Di Malaysia

Jenis-Jenis Durian Di Malaysia

Peminat-peminat durian sudah pasti tak boleh duduk diam bila sampai musim durian ni. Durian pula ada bermacam-macam jenis. Jangan cakap peminat tegar durian kalau belum kenal jenis-jenis durian yang ada di Malaysia. Mungkin ada lebih lagi jenis durian ni. Perkongsian ini sebenarnya sekadar memberi info kepada orang ramai terutama yang memang meminati durian. Mungkin tercari-cari jenis-jenis durian tertentu. Cumanya aRz kongsikan beberapa jenis jela secara santai.


Di antara jenis-jenis Durian yang terdapat di Malaysia adalah


  1. Musang King (Mao Shan Wang), 
  2. Golden Pheonix, 
  3. XO, 
  4. D24, 
  5. D13, 
  6. D1, 
  7. D101, 
  8. Red Prawn, 
  9. Green Bamboo, 
  10. Black Pearl
jenis-jenis durian di Malaysia, perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian, cara makan durian, menu durian,
Google Image Taktau nak kredit kat sapa

Kat atas merupakan antara jenis-jenis Durian yang terdapat di Malaysia. Mungkin ada banyak lagi jenis. Bak kata member sorang tu "macam mana hang tau durian ada 10 jenis ja" haaa.....pening kepala nak jawab. Boleh baca lebih lagi dalam gambar atas tu.

Untuk pengetahuan semua aRz bukan seorang peminat tegar durian. Masa kecil dulu...Ya....memang peminat tegar. Bila semakin meningkat umur bau durian contohnya kalau terperap dalam kereta atau tempat tertutup boleh pening.

Cara Makan Durian

Baik dah tahu mengenai jenis-jenis durian kan...apa kata sekarang kita baca sikit cara makan durian. Sesetengah manusia memang suka makan durian saja tanpa dicampur dengan makanan lain. Kalau campur campur tak ada "aumm". Sesetengah manusia pula suka makan dengan pulut, makan dengan cendol (boleh baca sini Cendol Pulut Kuala Terengganu ), ada juga makan bersama nasi digaul-gaul letak garam dan gula sedikit ( ini kesukaan masa kecil dulu), ada juga dibuat serawa, atau boleh juga di buat cucur durian dan lain-lain. Banyak sebenarnya cara nak makan durian ni....

durian pulut, jenis-jenis durian, tips makan durian, cara makan durian, perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian, gambar durian pulut, musim durian,
Durian dan pulut


Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan Durian

Mungkin kita selalu fokus pada jenis buah durian lepas tu nak buat apa dengna durian samada makan saja atau buat menu lain tetapi......kita selalu lupa perkara yang perlu kita elak lepas dari makan durian.

Sebelum tu tolong fahami bukan semua orang suka bau durian. Bagi orang yang tak makan durian ni bau dia boleh jadi pening. Itu baru bau...bukan bau yang datang dari dalam mulut kita....kalau keluar dari mulut kita atau dalam bahasa lain sendawa bau dia sangat...pffffttttttttt

Antara perkara yang patut kita elak selepas makan durian adalah

  1. Elakkan bercakap sambil menghembuskan nafas, atau bercakap dekat dengan orang lain. Sebabnya kita tak tahu samada kawan kita ni suka durian atau tak. 
  2. Solat tanpa mencuci mulut sebersihnya terlebih dahulu. Bila solat berjemaah kita memang berdiri dekat-dekat kemudian sendawa..tolong k. Melainkan kita solat bersendirian. Tapi berjemaah kan lebih baik.
  3. Jangan hisap rokok selepas makan durian. Dua benda ni bila bergabung dalam mulut memang bau yang dihasilkan sangat teruk. 
  4. Jangan makan ubat. Fakta ini tak pasti sahih atau tidak tapi ada geng-geng senior pesan sesama depa.
  5. Jangan buat-buat lupa bayar selepas makan durian. Almaklumlah durian balik pulau boleh cecah seratus lebih untuk 2 biji.
  6. Jangan lupa tapau untuk anak bini. :)
Setakat itu saja pesanan perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian. Dah kenapa asyik cerita bab durian ni?

Kebetulan tengahari tadi ada sedikit majlis jamuan makan durian bersama pulut. Durian ini kalau tak silap durian biasa-biasa, bau pun tak kuat sangat. Ada ang awarna kuning terang ada yang warna lesu. aRz pilih yang warna lesu saja. Kebiasaan yang warna lesu ni bau dia kurang sikit.

jom makan durian, durian, musim durian, gambar durian, jenis-jenis durian, menu durian, perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian,
Jom makan durian

Sememangnya kaki kaki durian tersenyum dapat makan durian macam ni. Bagi yang tak boleh bau durian pula muka tengok jela. aRz pula rasa juga beberapa ulas. So far hari ini tak terasa pening atau nak muntah bila makan.

jenis-jenis durian, cara makan durian, menu durian, perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian, kanak-kanak dan durian, durian dan kana-kanak,
Cik Puteri dan Durian

Ini pula gambar Cik Puteri semalam dengan durian. Rezeki Mama Cik Puteri nak makan durian ada pula yang jual depan rumah. Beli kan satu tapi rasa macam mahal. Sebelum masuk ke rumah ada seorang budak umur lebih kurang 6-7 tahun melintas dengan tiba-tiba saja dia pesan

"Pakcik hati-hati durian ni duri tajam nanti kena dia" sambil tunjuk ke Cik Puteri. Tergamam. Walaupun rasa macam nak tergelak tapi tak salah dia beri nasihatkan??

Ok setakat ini saja. Semoga memberi manfaat buat semua. Jumpa Lagi

{ 56 comments.. read them below or add one }

Farrah MF Farrah MF 26 Jul 2016, 21:47:00
Terliur,..terus rasa teringin nak makan durian.
Comelnya budak tu pesan suruh hati-hati :)
..in the swim.. ..in the swim.. 26 Jul 2016, 22:19:00
Durian butter cake . . . yum yum
PeRdU cINta PeRdU cINta 26 Jul 2016, 22:28:00
Subhanallah lama dah tak makan durian...kalau musim durian...dengar gugur je cepat cepat ambil terus makan..fresh...yang kecil2 tu sedap..
Diana Rashid Diana Rashid 26 Jul 2016, 22:57:00
tahun ni tak merasa durian pun lagi..sebab diet..lepas tu anak2 pun dah besar masing2 tak suka..tu yang tak beli..satgi masing2 merungut busuk..hingaq la..mula ibu depa nak naik angin ..hahah
The KehalusanKelembutan The KehalusanKelembutan 27 Jul 2016, 06:16:00
salam huhuhu lama dah tak makan durian, tak rasa nak pun
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah 27 Jul 2016, 06:33:00
saya tak gemar durian...mkaan 2 atau 3 ulas dah cukup..kalau sebijik memang tak larat..
Abe nick Abe nick 27 Jul 2016, 06:42:00
ermmm sedapnya durian...
Abe Nik tau mkn je hi3
nama x tau pulak
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 27 Jul 2016, 08:06:00
ada yang tak pernah dengar.. hehehe

btw, cik puteri dah nampak semakin keanakdaraan.. hehe
At-Tarmizi At-Tarmizi 27 Jul 2016, 08:40:00
saya tahu makan ja...susah nak kenal =P
Hanim Hashim Hanim Hashim 27 Jul 2016, 08:52:00
Arghhh sedap tengok durian tu! Tapi raya baru2 ni mak mertua ada belikan durian ...syukur tercapai hajat nak makan hahaha :D
Kamsiah Yusoff Kamsiah Yusoff 27 Jul 2016, 10:24:00
dalam rumah akak ni ada 2 org yg pantang bau durian..anak sulung dan bongsu
yg sulung tu dari kecik tak boleh bau durian
ada sekali dia cuba makan..pening kepala 3 hari..
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 27 Jul 2016, 11:13:00
Ha,yg red prawn tu first time baru nampak masa abang beli time berbuka puasa lepas...
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 27 Jul 2016, 11:31:00
pokok durian kat kg dah 3 pohon mati huuhu..
timm bill timm bill 27 Jul 2016, 13:51:00
haha, selalu mkn durian pokok sndri, jrang mkn durian beli..
hehe..
main bedal je asal sedap, tpi cik timm xsuka isi durian tebal..suka nipis2 je baru xmuak..
Mia Liana Mia Liana 27 Jul 2016, 16:09:00
wahhh.. banyak jenis rupanya...

jemput join ga minyak wangi ya.. http://www.mialiana.com/2016/07/giveaway-minyak-wangi-braveheart.html
Wani Sukarno Wani Sukarno 27 Jul 2016, 17:39:00
salam singgah comelnya cik puteri dgn durian.. last makan sebelum puasa ..lepas raya x jumpa dan makan lagi huuu
kennymerligal kennymerligal 27 Jul 2016, 22:41:00
Bila baca artikel ni, teringat pula kes penjual yang meludah sambil bungkus durian :))
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:55:00
itulah kak....rasa macam terkejut juga dia nasihat...hehe
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:55:00
sedapnya....haha tapi mana nak cari
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:56:00
wah bestnya PC dapat makan durian fresh
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:56:00
haha kalau anak tak suka susah la juga kan....
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:57:00
lor ....rugilah nak tunggu tumbuh balik ambil masa
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:57:00
haa kes yang viral tu kan?
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:57:00
kalau dah lama tak makan memang akan rasa macam tu....yaka?
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:58:00
samalah kita mana pernah nak tahu pasal durian ni
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:59:00
kalau dapat kat kaki makan durian ni sebiji pun tak cukup
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jul 2016, 23:59:00
sama lah kita tak kenal pun...cuma kenal buah durian ja hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 28 Jul 2016, 00:00:00
musim pun rasa macam nak habis dah....
aRz MoHa aRz MoHa 28 Jul 2016, 00:00:00
wah untungnya mak mertua belikan...hehe
aRz MoHa aRz MoHa 28 Jul 2016, 00:01:00
saya ni kadang-kadang ada juga datang pening...adakala boleh pula makan...
aRz MoHa aRz MoHa 28 Jul 2016, 00:01:00
wow..sedap ka rasa dia...tak pernah cuba,...musang king pun tak pernah juga
aRz MoHa aRz MoHa 28 Jul 2016, 00:02:00
terima kasih kak mia...insyaallah
Ummul Azkee Ummul Azkee 28 Jul 2016, 01:45:00
sedapnya durian.terliur. arz, durian crepe pun sedap tau.hehe..
AziRahmanDot Com AziRahmanDot Com 28 Jul 2016, 08:32:00
Baru makan pulut dengan kuah durian selasa lepas. Kat rumah memang semua peminat durian.
Khir Khalid Khir Khalid 28 Jul 2016, 12:07:00
Fuhh puas makan durian mcm tu... manyak syook ooo... bestnya... :) :)
Zie Has Zie Has 28 Jul 2016, 14:17:00
sedapnya ... rasa cam ngidam durian lah pulak :)
Afif Rayyan Afif Rayyan 28 Jul 2016, 15:31:00
Harga durian taun nie mahal giler.. orang kata, durian tak jadi taun nie sebab cuaca panas sangat..
hainom OKje hainom OKje 28 Jul 2016, 18:19:00
Tau makan jer, kalau suruh teka jenis apa mmg tak tau. Kalau org nak tipu pun mungkin tertipu. Camne nak bezakan ek Arz..

Lama tak makan durian, teringin pulak dah...
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 30 Jul 2016, 23:33:00
weh x baik tau tayang durian ngan pulut cemtu.. kejamnya !!!
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 30 Jul 2016, 23:33:00
syukur rini dapat pergi Anjung Indah.. ada lagi durian kat sana..
tataula jenis apa makan tadi.. sedap je ngap hehe..
Pha Is Pha Is 2 Aug 2016, 06:10:00
pasal makan dengan ubat tu, buat masa sekarang mmg beum ada lagi kajian saintifik yang menyokong statement tu, tapi sekadar petua orang tua2... :)
Uncle Zuan Uncle Zuan 2 Aug 2016, 22:40:00
pulut durian emang terbaiK!
aRz MoHa aRz MoHa 3 Aug 2016, 16:02:00
ramai yang minat pulut durian ni
aRz MoHa aRz MoHa 3 Aug 2016, 16:07:00
owh jadi masih sebagai pesan orang tua-tua. terima kasih pha is
aRz MoHa aRz MoHa 3 Aug 2016, 16:10:00
dapat juga makan durian ya siti
aRz MoHa aRz MoHa 3 Aug 2016, 16:11:00
isi nipis ni bau pun tak kuat sangat kan...makan dengan nasi pun sedap
aRz MoHa aRz MoHa 3 Aug 2016, 16:41:00
haha durian crepe pun sedap..tapi nak jumpa yang pandai buat tu susah skit
aRz MoHa aRz MoHa 3 Aug 2016, 16:42:00
kan bro KK...makan banyak-banyak baru puas hehe
raihanah raihanah 4 Aug 2016, 08:59:00
saya memang peminat durian. alhamdulillah baru je suami beli dari perak minggu lepas. seguni besar baru rm120. puas hati
dear anies dear anies 4 Aug 2016, 10:44:00
semua durian sy belasah. tp 1 je sy belum rs lg durian merah. ms g sabah dulu terlupa nk rs.
Jari Manis Jari Manis 21 Aug 2016, 09:54:00
pernah try musang king RM25 sekilo..beli 2 kilo dapat 8 ulas jek..belum puas mkn dah habis
Jari Manis Jari Manis 21 Aug 2016, 09:55:00
kat mana nk mkn durian sampai muntah eh..kat area bangi dan putrajaya ni sekilo durian kg pun mencekik darah..tu belum D24 lah, ioi lah..mcm2 jenis lagi...
Jari Manis Jari Manis 21 Aug 2016, 09:56:00
masih belum puas mkn durian ni..kat mana port paling byk durian..Arz ada dusun..leh g serbu..pas byr terus kopek mkn baru puas hati
Jari Manis Jari Manis 21 Aug 2016, 09:56:00
sedapnya mkn durian ngan pulut tu letk santan sikit..adeh..kempunan!

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih