Semakin Panjang, Nak Dipotong Sayang

Bila Rambut Cik Puteri Semakin Panjang

Biasanya rambut anak perempuan memang kita tidak sabar nak tunggu panjang. Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Lelaki lain botak pun tak apa. Masa Cik Puteri kecil kadar pertumbuhan rambut agak lambat juga sebenarnya, kalau anak sebayanya mungkin dah pun panjang Cik Puteri masih lagi pendek. Sekarang bila dah panjang rasa sayang nak potong. 

Rambut anak perempuan, kanak-kanak rambut panjang, patutkah kanak-kanak perempuan rambut panjang, cik puteri dan rambut,
aRzMoHa | rambut Cik Puteri
Anak perempuan bila rambut panjang nampak macam 'sweet' tapi ada beberapa dugaan perlu dihadapi. Apa pula dugaannya? 

Pertama bagi anak perempuan yang berumur lebih kurang Cik Puteri memang sangat aktif bermain agak susah sikit nak sikat dan ikat rambut. Berlari ke sana ke sini. Biasalah kanak-kanak dengan dunia mereka. Kita pula kena cari jalan macam mana nak diamkan mereka ni. 

Kedua, bila cuaca panas.. Cik Puteri memang cepat berpeluh, ini mungkin kebiasaan bagi kanak-kanak. Bola berambut panjang semakin bertambah panas dan gatal-gatal bahagian kepala. Pernah juga digaru sampai luka. 

Ketiga, kalau tak diikat biasanya menutupi mata dan masuk ke dalam rambut ketika makan. 

Jadi terasa nak pendekkan rambut Cik Puteri. Apa pendapat anda pula? Wajarkah potong atau biarkan saja..

{ 11 comments.. read them below or add one }

Fendi Rocka Fendi Rocka 16 Sep 2015, 14:26:00
pontong jangan tak potonh, pendekkan
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah 16 Sep 2015, 15:12:00
potong pendek je hehe potong new hairstyle
Dunia Zumal Dunia Zumal 16 Sep 2015, 16:31:00
Tak nampak macam panjang sangat... potong sikit dan cari rawatan untuk rambut elak gatal tu... Hehe komen cam ada anak ^-^
muhammad nizam muhammad nizam 16 Sep 2015, 18:41:00
simpan dulu.... boleh lagi tu...
anajingga anajingga 16 Sep 2015, 19:05:00
sayangnya abah nak potong rambut cik puteri...untuk keselesaan boleh je aRz cuma plsss sangat2 jangan terlalu pendek kay.. jgn lupa hantar gambar nanti ye :)
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 16 Sep 2015, 22:00:00
Alaa... sayang.. rambut dia cantik.. bawah macam curl sikit..

Tak payah la potong...
Ummul Azkee Ummul Azkee 16 Sep 2015, 23:29:00
cntiknya rambut puteri..syg nyer nk potong
Cik Ash Cik Ash 17 Sep 2015, 00:34:00
Bola pun boleh ya arz hihihihi...
Cik Ash Cik Ash 17 Sep 2015, 00:36:00
Sayangnya nak potong rambut cik puteri tu
cikpinz cikpinz 17 Sep 2015, 12:32:00
Potong sikit bagi kemas je Arz. Sayang lak rambut tu

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih