Skip to main content

Apa itu Segway

Apa Itu Segway

Apa itu segway. Itulah membuatkan aRz tertanya-tanya bila terbaca mengenai hukum tawaf menggunakan segway. Segway merupakan sebuah alat pengangkutan yang mempunyai dua tayar dan dilengkapi motor untuk menggerakkan seorang manusia. Segway ini ada yang mempunyai pemegang dan ada juga yang tidak mempunyai pemegang seperti gambar di bawah. Secara mudahnya segway ala-ala skuter. Segway juga terdapat jenis satu tayar.

Segway, gambar segway, harga segway, hukum tawaf menggunakan segway,
Segway

Harga Segway Di Malaysia

Bagaimana harga Segway di malaysia? aRz buat sedikit pencarian di lelong.com.my adalah seperti dibawah :

Electric Solo Segway RM 999
Segway Two Wheel RM 7999-8880

Murah tak? Kalau murah boleh cuba satu....Lanjer aRz satu k...

Hukum Tawaf Menggunakan Segway

Menurut Datuk Dr Zukifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat tiga pendapat ulama mengenai isu ini.

Pendapat pertama, sebahagian ulama seperti Al-Khiraqi bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau dibawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi S.A.W bersabda dan bermaksud; Melakukan tawaf di kaabah adalah solat.

"Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan Kaabah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat," 

Pendapat Kedua, yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Makkah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam.

Pendapat Ketiga, hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini adlaah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf'ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi S.A.W telah tawaf dalam keadaan menunggang.

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan itu, Pendapat ketiga selaras dengan Mazhab Syaf'ie, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang jelas jelas beliau.

sambung Dr Zulkifli lagi, namun begitu terdapat beberapa kriteria perlu difahami berkenaan menggunkan teknologi moden semasa tawaf.

"Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin, penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal, jauhi riya', ujub, dan niat bermegah ketika menggunakannyadan jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka."

" Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih baik dan aula (utama) kerana ia perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga Para Sahabat" jelas Mufti Wilayah Persekutuan.

artikel hukum tawaf menggunakan Segway ini dipetik dari Mufti : Hukum Tawaf Guna Segway Harus

Comments

  1. perkongsian yang menarik. thanks arz.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. memang mahal betul segway tu.. Eyda ada baca jugak kat FB pasal hukum nih..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang menarik Arz..

    ReplyDelete
  4. thank you for the sharing...

    boleh tahan rega dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam uols,
      kaaaaaaaannnnn
      rege fengshan nengok he3

      Delete
  5. Bayangkan apa jadi kalau separuh dari jamaah menggunakan Segway. Tak huru hara ke nanti..

    ReplyDelete
  6. Assalam arz,
    semakin canggeh kan3
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. mahalnye. ingat dapatla beli satu kalau murah hihihi

    ReplyDelete
  8. hr tu tbaca gak bab ni...x berani nk komen apa2 cuma klau sihat tubuh badan & mampu bjalan adalah lbh baik bjalan kaki semasa tawaf

    ReplyDelete
  9. mahal juga harganya..satu perkongsian yang baik aRz :)

    ReplyDelete
  10. kalu permukaan jalan berbatu2 berlopak2 acaner tu ya?

    ReplyDelete
  11. lulus naik ke highway tak ? kalo skadar kat taman2 permainan je xpela..
    ni untuk anak2 orang kaya boleh la ni.. n yang memerlukan.. untuk mudahkan pergerakan..
    baik simpan duit pegi travel..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...