Menggeletar Perlu Atasi Segera

Persediaan Diri Ketika Perlawanan

Salam. Banyak perkara tergendala seminggu dua ini. Kesibukan dalam menjalani latihan beberapa minggu sebelum ini. Sekarang tiba musim perlawanan pula. Bersedia atau tidak kena hadapi. Baik pertama sekali aRz kena akui, aRz bukan 'champion' sangat cuma nak kongsi tips yang diberikan oleh rakan-rakan serta pengurus sukan baru baru ini untuk hadapi perlawanan.

|arzmoha | 3 perkara penting

3 perkara diatas adalah bahagian yang perlu dijaga dengan baik. Ketiga-tiga perkara ini amat penting bagi seseorang yang akan menghadapi perlawanan, tidak kira mana peringkat sekalipun. Justeru perkongsian ini mudah-mudahan membantu mereka yang rasa kurang keyakinan menghadapi perlawanan.

Persediaan Fizikal


Persediaan fizikal bukan sesuatu yang mudah tetapi jika kena pada caranya Insyaallah menjadi mudah. Persediaan fizikal lebih kepada kesihatan tubuh badan. Seseorang yang ingin menghadapi perlawanan perlu berada dalam keadaan sihat. Latihan yang lebih awal dari waktu perlawanan antara satu aspek penting untuk memastikan badan kita benar-benar bersedia untuk menghadapi perlawanan yang pastinya meletihkan. Latihan yang cukup dan betul sudah pasti akan mengurangkan kecederaan ketika perlawanan. Jadi ianya aspek yang paling penting. Jika sakit atau cedera bagaimana hendak hadapi lawan yang kemungkinan sangat agresif.

Persediaan Mental


Ini adalah aspek kedua yang amat penting. Mental kita juga kena bersedia. Perlu tanam dalam diri kepercayaan pada kebolehan diri serta kebolehan 'partner' (regu) jika bermain perlawanan yang melibatkan regu. Jika mental tidak bersedia ia mungkin memberi kesan buruk pada prestasi diri. Tidak kira siapapun lawan yang akan dihadapi, Mental kena bersedia untuk mengatakan 'aku boleh'.

Persediaan Emozi

Bab ini sukar untuk aRz sendiri bincangkan. Dalam perlawanan hari ini boleh dikatakan semua akan mengalami tekanan pada emosi, seperti gugup, marah, tidak puashati dan sebagainya. Walaubagaimanapun ianya boleh diatasi dengan persediaan mental yang baik sebelum perlawanan. Menerima kesalahan yang dilakukan oleh regu atau pasukan dan mencuba lagi sehabis baik. Kebiasaan kerugian satu mata adalah normal. Jadi jangan biarkan emosi anda menggangu sepanjang perlawanan. Jika bermain badminton terdapat 21 mata perlu dikutip, jadi jika kehilangan satu mata usah mengeluh dan menyesal yang keterlaluan sehingga memberi kesan buruk pada keseluruhan perlawanan. Cuba sehabis baik.

Kesimpulan

Kesimpulannya ketiga aspek yang aRz kongsikan ini perlu dijaga dengan baik. Insyaallah mampu menghasilkan keputusan yang baik juga. Sebagaimana keputusan hari ini pejabat aRz berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas dalam sukan badminton. Setiap pasukan perlu ada 5 regu. Berbanding tahun lepas hanya 3 Regu. Walaubagaimanapun sikap kerjasama yang tinggi kami berjaya mengekalkan kejuaraan walaupun terpaksa menghadapi perlawanan dengan sengit.

aRz nak kongsikan beberapa keping gambar perlawanan hari ini.

badminton, sebelum permainan, game, sport, fleet,
Keadaan yang tidak terurus

tips hadapi perlawanan, badminton, sport, tekanan, emosi, fizikal, mental,
Gambar ketika perlawanan berlangsung

tips hadapi perlawanan, badminton, sport, sukan,
Bergambar Selepas Menjuarai Perlawanan 

Ini saja gambar yang ada. Esok ada satu lagi game. Doakan aRz dan pasukan berjaya ya.
Insyaallah selepas habis perlawanan aRz akan kembali blogwalking di blog rakan-rakan.

Jumpa Lagi.




Comments

  1. Gud luck arz...tenang kan diri dahulu, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai aisyah ambris terima kasih. lama tak nampak :)

      Delete
  2. good luck! semoga bertuah untuk team abang Arz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih amy J alhamdulillah dah menjuarai kejohanan

      Delete
  3. kalau ada keyakinan disitu pasti ada kejayaan..tahniah abang arz =D

    ReplyDelete
  4. dimana ada kemahuan disitu ada...hiway...go go bro...kikiki..btw header baru ke...?cun la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai bro sham. bukan saja header tapi template baru.

      terima kasih sudi singgah

      Delete
  5. Tahniah dah menang pun adinda aRz dan teamnya :)

    ReplyDelete
  6. persediaan pakaian dan alat sukan yg sesuai pun penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju FR baru dapat beraksi dengan baik

      Delete
  7. errr... Persediaan Emozi tu apa aRz....??
    *hehehehehe...typo semakin berleluasa...!!*

    ReplyDelete
    Replies
    1. emozi? hahaha
      virus typo

      Delete
    2. baru nak komen hat yg tu..hahah... bahasa german ke? peaceee... :D

      Delete
  8. Pernah juga hadiri perlawanan, menggeletar tu takdelah tapi dada je yang kuat dup dap dup dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz dup dap dup dap dah pun kurang cuma menggeletar sedikit ketika perlawanan

      Delete
  9. dh menang pun kan az... tahniah!

    ReplyDelete
  10. teruih hilang ketaq bila dah jadi juara, hehehe

    ReplyDelete
  11. hepp ! kena yakin. baru peroleh kejayaan

    ReplyDelete
  12. menggeletar dengan gemuruh sama tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama saja rasanya. cuma nak bagi sedap tajuk ja

      Delete
  13. Banyak bende nak kena kawal tu. hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih